CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 28-12-2014 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari buat hal! Grr..
Cari buat hal, sebab tu takleh post.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts

Ada sesape experience tak benda ni? Tension la type type crite x kuar
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cian elia taip2 x kuar.. teruskan usaha.. apa lagi agaknya konflik rayyan ngn jie nie..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cian elia taip2 x kuar.. teruskan usaha.. apa lagi agaknya konflik rayyan ngn jie nie..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hope rayyan n jie cpt2 nikah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 12:21 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-12-2014 04:26 AM

Sakit mata dan sakit hati. Itulah yang dirasakan Zack saat ini. Tak sengaja mata terlihat aksi 'romantik' pasangan itu.

Rayyan Hardy ! Benci hati mengingati nama itu. Saat Jie memperkenalkan lelaki itu sebagai bakal suami hati bagai diruntun pilu. Pedih menusuk kalbu.

Zack sedar dia bersalah kerana tega meninggalkan Jie. Namun dia melakukannya bersebab. Malah sehingga kini dia tidak pernah melupakan gadis itu. Mana mungkin segala kenangan cinta mereka luput dari ingatan.

I still love you Najiha !  Kalaulah kau tahu.. Tidak sanggup lagi melihat gadis itu disamping lelaki lain Zack mengambil keputusan untuk berlalu. Langkah diatur pergi membawa bersama sekeping hati yang duka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2014 12:36 AM | Show all posts
Benarlah kata orang cinta pertama abadi untuk selamanya. Sheera pilu mengenangkan cinta yang tak akan pernah kesampaian antara dirinya dan dia. Kalaulah dia mempunyai keberanian walau sekali untuk meluahkan isi hati, pasti si dia yang dipuja menjadi milik abadi. Sayangnya Sheera hanya mampu melihat 'si dia' yang kini sedang berbahagia bersama insan lain.

Foto yang terletak di meja direnung, sayu. Tak lama lagi kau akan jadi milik orang ! Aku sayang kan kau tapi kenapa kau tak pernah nampak kewujudan aku? Hati merintih lagi. Bukan Sheera tak pernah cuba untuk melupakan, namun semakin dicuba perasaan cinta itu semakin mencengkam.

Aku takkan biarkan kau jadi milik dia ! Sheera nekad. Lantas satu nombor didail menggunakan telefon bimbit. Tidak sabar menanti panggilan berjawab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 01:03 AM | Show all posts

Bab 18

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:18 PM

Termeterai sudah satu janji ! Secara rasmi mereka adalah pasangan tunang. Rayyan meluahkan rasa syukur apabila memikirkan hubungan antara Jie dan dirinya sudah melangkah ke satu tahap. Alhamdulillah ! Semoga segala perancangan mereka untuk bersatu dalam masa 6 bulan dari sekarang berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Kalau ikutkan hati, Rayyan tidak mahu bertangguh lagi namun dia terpaksa menurut kehendak Jie. Gadis itu ingin masa untuk membuat persiapan bagi memastikan hari bahagia mereka berjalan mengikut impiannya.

Mata mencuri pandang ke arah gadis yang kini tunangannya. Jie kelihatan sangat jelita. Mama dan Papa juga nampak ceria bersembang dengan bakal besan mereka.

Khalid dan Viana kelihatan sibuk melayani tetamu yang masih tidak putus putus datang.

Rayyan tiba tiba tersenyum  memikirkan situasi antara dia, Khalid, Jie dan Viana. Macam keluarga 69 ! Khalid menikahi Viana kakak kepada Jie, maka Khalid adalah abang ipar Jie dan Viana adalah adik iparnya.  Selepas dia mengahwini Jie, Viana adalah kakak iparnya dan Jie pula akan bergelar kakak ipar Khalid. Rasa macam kekok pula.

Tapi bagi Rayyan itu bukan masalah. Asalkan hubungan mereka sah disisi agama dia tidak kisah. Biarkan saja. Malas nak pening kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2014 01:17 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-12-2014 04:27 AM

Tengku Safiah terkejut melihat gambar yang diletak dalam sampul berwarna coklat di peti surat. Dia tidak pasti siapa yang menghantar atau dari mana sampul itu dihantar. Tiada setem terlekat pada sampul surat. Seperti sampul itu sengaja diletak di situ. Tapi siapa yang melakukannya? Persoalan terbit dihati.

Ini tak boleh jadi ! Tengku Safiah berlari masuk ke dalam banglo.

Dia ingin mendapatkan maklumat penghantar sampul itu melalui CCTV yang dipasang dihalaman rumah. Bimbang sekiranya ada pihak yang sengaja menabur fitnah dan cuba memecah belahkan keluarganya.

Ya Allah lindungilah kami sekeluarga dari sebarang fitnah ! Pinta Tengku Safiah dalam hati.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 02:01 AM | Show all posts
elia201 replied at 28-12-2014 04:36 PM
Benarlah kata orang cinta pertama abadi untuk selamanya. Sheera pilu mengenangkan cinta yang tak aka ...

Baca perenggan ni buat aku fikir yang Shera minat Khalid..Ahh..teka teki lagii..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 10:50 AM | Show all posts
apa je dugaan yg mendatang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 01:57 PM | Show all posts
dugaan apa pulak yang akan dating...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 29-12-2014 10:02 PM

Sampul yang diterimanya dibuka. Entah siapa yang meletak sampul itu dikeretanya. Rayyan tergamam melihat gambar gambar yang terkandung di dalamnya.

Syak wasangka mula bertandang. Tak mahu tersalah hukum Rayyan menghubungi Khalid.

Talian bersambung namun tidak berjawab. Rayyan mendail lagi. Masih lagi tidak berjawab.

Tidak mahu membuang masa pesanan ringkas dihantar melalui aplikasi whatsapp. Seribu satu persoalan mula menghantui minda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:16 AM | Show all posts
elia201 replied at 29-12-2014 08:35 AM
Sampul yang diterimanya dibuka. Entah siapa yang meletak sampul itu dikeretanya. Rayyan tergamam mel ...

Sikitnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 12:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-12-2014 12:40 AM

Terdetik perasaan simpati dalam hati Viana melihat adiknya disoal seperti seorang penjenayah. Ikutkan hati mahu saja dia mempertahankan Jie dari diasak 'serangan' bertubi tubi soalan dari Tengku Safiah. Walaupun di asak bertalu talu wajah Jie tetap tenang.

Manakala Khalid cuma terpaku. Tak pernah menyangka ada orang yang mengambil gambar Jie dan dirinya pada hari dia kemalangan. Seingatnya malam itu dia mabuk kerana kecewa dengan Jie. Didorong emosi yang tidak stabil , dia bertindak memeluk gadis itu. Tidak lebih dari itu ! Walaupun pada mulanya 'syaitan' menghasut untuk dia berbuat 'lebih' dari itu namun Khalid cepat sedar dari meneruskan hasrat keji tersebut. Tak sanggup  menganiayai Jie yang pada masa itu amat dicintainya.

Mungkin ada orang yang merancang untuk mengenakan Jie dan dirinya. Tapi siapa? Khalid sendiri buntu.

Rayyan pula masih sabar menanti butir bicara yang bakal keluar dari mulut adik dan tunangnya.

Jie cuma diam. Dia tidak akan sekali kali membuka mulut. Tidak mahu rumah tangga Khalid dan kakaknya goyah seandainya dia bercerita kisah disebalik gambar itu. Lagi pula Khalid mabuk ketika itu. Cukuplah ia menjadi rahsia Khalid dan dirinya. Jie takkan sesekali mendedahkan aib orang lain.

" Mama , sebenarnya .. "Khalid menghela nafas. Berat untuk bercerita kerana melibatkan hati isteri tercinta.

"Pasal gambar tu Karl boleh explain. Tapi, percayalah Karl dan Jie tak pernah buat perbuatan terlarang macam Mama fikir."

"Berpelukan lelaki dan perempuan bukan muhrim itu bukan perbuatan terlarang?!" Tengku Safiah menyoal sinis. Karl tahu tak ?!  Apa orang luar akan fikir bila nampak gambar macam ni? Mama malu Karl. Malu ! Spontan gambar dicampak ke arah Khalid.

" Kamu Najiha, sebagai perempuan, takkan kamu sesuka hati membiarkan lelaki lain sentuh kamu?! Takkan semurah itu harga diri kamu?! Tengku Safiah beralih pula melepas geram pada Jie. Gadis itu dilihat masih lagi diam tidak menjawab."Sampai sekarang Mama tak faham apa yang Ray nakkan sangat perempuan macam ni sampai sanggup putus tunang dengan Zeeta." Hatinya puas dapat meluahkan segala yang terbuku  dalam hati. Memang dia lebih berharap Zeeta yang menjadi isteri Rayyan bukannya Jie. Tetapi bila memikirkan anaknya yang separuh mati menggilai gadis itu , Tengku Safiah terpaksa mengalah. Maka kehendak Rayyan diturutkan jua.

Rayyan berubah riak. Tak sangka Mama sanggup berkata begitu dihadapan Jie.

"Ma, Jie tak macam tu. Karl yang salah." Khalid terpaksa menceritakan hal sebenar. Tak sanggup rasa melihat Jie dianggap 'perempuan murah' oleh Mama.

" Malam tu Karl mabuk sebab kecewa sangat dengan Jie. Karl rasa cemburu dan tercabar bila tengok Jie mesra dengan Ray. Sedangkan Jie tak pernah layan Karl semesra itu.  Karl tak dapat kawal diri. Karl yang peluk Jie secara paksa bila Jie tak nak ikut kehendak Karl. Mungkin masa itulah gambar di ambil." Khalid menjeling sekilas isterinya. Risau Viana terasa hati.

Tengku Safiah tersentak mendengar kebenaran yang keluar dari mulut anaknya. Wajah Jie direnung. Rasa menyesal mula bertandang bila mengingatkan kembali kata kata yang dihambur tadi.

Rayyan pula tidak pernah menduga Khalid pernah mempunyai niat tidak elok terhadap Jie.

Namun semua itu sudah lepas dan tidak perlu dibangkit lagi. Yang penting sekarang adalah mencari gerangan penghantar gambar itu. Apa motif gambar itu dihantar pada Mama dan dirinya? Masih tiada jawapan tercerna.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 08:32 AM | Show all posts
elia201 replied at 29-12-2014 04:38 PM
Terdetik perasaan simpati dalam hati Viana melihat adiknya disoal seperti seorang penjenayah. Ikutka ...

Hampir2 aku nk mki kat sini sebab jie tutup mulut..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 09:53 AM | Show all posts
kesian JIE...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts

Bab 19

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:20 PM

Tengku Safiah dihantui rasa bersalah. Entah kenapa mulutnya terlalu lancang berbicara sehingga mengungkit kembali perihal Rayyan dan Zeeta. Meskipun Jie cuma diam namun dia yakin sedikit sebanyak gadis itu pasti berkecil hati dengan kata kata yang diucapkannya pada malam itu.

Rayyan juga seperti mula menjauhkan diri. Jarang sekali melekat dirumah.

Manakala Khalid juga tidak kerap menjenguk muka.  Cuma Viana menantunya masih melayani seperti biasa. Namun layanan dirasakan tidak semesra dulu. Sekadar menjaga hati mungkin.

Deringan telefon menyentak lamunan Tengku Safiah. Langkah diatur untuk menjawab. Hatinya berdebar tiba tiba..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:24 PM | Show all posts
kesian kt jie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 30-12-2014 11:01 PM

Sengaja Jie ingin membuat kejutan untuk tunangnya. Kereta diparkir jauh. Dia berjalan kaki masuk ke perkarangan ICB Tower. Menyorok disatu sudut sambil menanti Rayyan. Sambil menanti Jie membuang masa membaca gosip hiburan di internet melalui Note 4.

Penat dirasakan setelah berdiri hampir 30 minit. Jam ditangan dibelek. Pukul 12 tengah hari. Setahunya waktu waktu macam ini Rayyan akan keluar makan tengah hari.

Jie mengambil keputusan untuk menanti lagi 15 minit.Andai kata bayang Rayyan masih lagi tak muncul, dia pulang saja.

Senyuman terukir di bibir tatkala melihat pujaan hati sedang berjalan keluar. Jie pantas melangkah untuk mendapatkan Rayyan.

"Hi, Encik Rayyan nak pergi mana tu?" Nak ikut boleh?" Jie cuba menyakat.

Rayyan yang sedang ligat memikir menoleh."La sayang rupanya. Ingat ada awek cun mana nak tackle I. Baru nak perasan handsome sikit. Sayang nak belanja I makan ke?"

"Ala awak, kita penganggur lah bukan CEO macam awak. Awaklah belanja kita." Bergurau sambil Jie membuat 'muka comel'.

Rayyan hanya tersenyum dengan gaya keanak anakan Jie. Lega sedikit tekanan yang dirasakan sejak menerima panggilan misteri pagi tadi .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.110699 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list