CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
Post time 30-12-2014 09:16 PM | Show all posts
elia201 replied at 30-12-2014 12:58 PM
Sengaja Jie ingin membuat kejutan untuk tunangannya. Kereta diparkir jauh. Dia berjalan kaki masuk k ...

Asal sikit ni, tak puas nafsu aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 09:16 PM
Asal sikit ni, tak puas nafsu aku.

Tak tau nape note tak bole type pjg2. Sorry off topic sat. Kene tukar PC edition ker? .
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 10:20 PM | Show all posts
elia201 replied at 30-12-2014 01:28 PM
Tak tau nape note tak bole type pjg2. Sorry off topic sat. Kene tukar PC edition ker? .

Awok guna Sean kingston app for Android. Or bookwriter free. Search kat google playstore. Dua software tu blh taip pnjng2..

Sorry ot mod. Ni tang penulisan gak.
Es post chapter menggunakan pc edition..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 10:57 PM | Show all posts
Esmiria replied at 30-12-2014 10:20 PM
Awok guna Sean kingston app for Android. Or bookwriter free. Search kat google playstore. Dua soft ...

thanks for the info

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 11:23 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-12-2014 12:56 AM

Nampaknya Tengku Safiah termakan dengan kata katanya. Wajah wanita itu tampak sugul apabila mendengar ceritanya. Bodoh ! Segala gambar yang diedit menyokong penceritaannya.

Hanim puas. Segala rancangan yang dirancang berjalan lancar. Rancangan pertama adalah untuk memporak perandakan hubungan bakal mertua dan bakal menantu. Serasanya agak berjaya kerana Tengku Safiah sudah masuk ke perangkap.

Rancangan seterusnya membuat pasangan kekasih yang sedang asyik dilamun cinta bertelagah. Matanya sakit melihat kemesraan pasangan itu hari demi hari. Macamlah loving sangat..

Bila hari hari bertelagah rasanya cinta agung mana sekalipun akan pudar sekelip mata. Hanim tersenyum sendiri. Bila pasangan itu sudah berpatah arang, dia akan mengambil peluang untuk merampas kembali insan yang sepatutnya menjadi miliknya dari awal dulu.

Bergembiralah Rayyan dan Jie selagi kalian ada masa bersama. Hargailah setiap saat kalian bersama..
Hanim yakin rancangannya untuk memisahkan mereka akan berjaya. Dia tidak akan putus asa selagi hasrat hatinya tidak tercapai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:55 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 31-12-2014 04:08 PM

Tengku Safiah bergegas ke ICB Tower dengan harapan untuk menemui Rayyan. Namun hampa dirasakan apabila mendapat tahu Rayyan tiada. Kata kata yang keluar dari bibir gadis yang memperkenalkan diri sebagai Hanim membuat hatinya tidak senang. Lantaran tidak tahu untuk berbuat apa lagi Tengku Safiah mengambil keputusan untuk menanti sahaja sehingga Rayyan kembali ke pejabat.

Duduknya terasa tidak selesa. Jam hampir menunjukkan pukul 3 petang namun bayang anaknya masih tak kunjung tiba. Tengku Safiah cuba menghubungi Rayyan namun panggilannya tidak berjawab.

Rayyan yang baru kembali ke pejabat terkejut dengan kehadiran Tengku Safiah yang tak diduga. Pantas Mamanya dihampiri.

" Mama dah tunggu lama ke? Ray keluar makan dengan Jie tadi ." Tanpa dipinta Rayyan menerangkan sebab kelewatannya.

Tengku Safiah mencebik apabila mendengar nama Jie disebut. Menyampah.  "Keluar makan sampai lambat masuk office? Ray cakap dengan perempuan tu Ray ni kerja, tak boleh sesuka hati buang masa."

"Mama ini dah kenapa? Nama dia Jie, Ma, bukan perempuan itu ! Salah ke spend time dengan tunang Ray sendiri?" Rayyan tak faham kenapa  secara tiba tiba Mama 'memusuhi' Jie.

"Mama peduli apa siapa nama dia ! Kira sopan lagilah Mama panggil dia perempuan, dengan perangai dia yang teruk tu layak dipanggil betina !" Tengku Safiah mula beremosi. Kata kata Hanim bermain difikirannya.

"Mama!!" Rayyan tidak menduga kata kata sebegitu keluar dari mulut Mama. "Apa yang Jie buat sampai Mama benci sangat dengan dia?! Kalau pasal gambar tu Mama sendiri dah dengar dari mulut Karl kan yang Jie tak salah ! Apa lagi yang Mama tak puas hati?!" Tanpa sedar Rayyan meninggi suara.

Tengku Safiah terdiam. Kali pertama Rayyan meninggi suara padanya. Semua kerana perempuan itu. Jie ! Rasa benci semakin mendalam terhadap gadis itu.

"Mama tak pernah sangka anak Mama sanggup tengking Mama sebab nak pertahankan perempuan itu. Apa yang perempuan tu dah bagi Ray makan sampai Ray jadi bodoh ni ha ?! Sampai buta tak nampak semua perangai buruk dia?!" Tengku Safiah mula sebak. Air mata jatuh membasahi pipi.

" Mama cuma tak nak anak Mama diperbodohkan! Dia bukan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, Ray. Malah, Mama dapat tahu dia sebenarnya memang ada hubungan dengan Karl. Sampai sekarang ! Walaupun  Karl dah kahwin dengan kakak kandungnya dan dia sendiri dah bertunang dengan Ray! Bayangkan dia perempuan jenis apa sampai sanggup khianati kakak kandung sendiri. Baik ke perempuan macam tu?!" Puas rasa hati setelah semua diluahkan.

Rayyan sukar menerima kata kata Mama. Tak mungkin Karl dan Jie sanggup melakukan perkara terkutuk dibelakangnya. Walau apa pun terjadi dia kena siasat. Pasti ada orang yang merancang untuk memerangkap Karl dan Jie. Kenapa dan untuk apa, itu Rayyan tak pasti.

"Mama dapat tau semua ni dari mana?" Rayyan mula berlembut. Hati tersentuh melihat air mata Mama. Pantas tubuh Mama diraih dalam pelukan untuk memujuk.

" Ada perempuan nama Hanim call Mama. Dia kata dia staff Kencana Murni.  Mama tak tahu kenapa dia bagitahu semua pada Mama. Tapi dia ada bukti bergambar untuk mengesahkan kesahihan cerita dia." Tengku Safiah berharap hati Rayyan akan terbuka untuk menerima kenyataan siapa diri tunangnya yang sebenar.

Hanim? Rayyan rasa dia pernah mendengar nama itu. Adakah ia gadis yang sama ? Dia perlu cari tahu siapa gadis itu ! Kalau tak salah gadis itu yang pernah menabur fitnah pada Jie dulu. Jie dikatakan hidup mewah kerana menjadi perempuan simpanan VIP sedangkan Jie sendiri sememangnya berasal dari keluarga yang kaya raya.

Rayyan cuma mendiamkan hal itu kerana dia tahu itu semua fitnah semata.

Tapi nampaknya fitnah semakin berleluasa sehingga wanita bernama Hanim itu berani menyebar cerita sampai ke  Mama.

Rayyan tahu sesuatu harus dilakukan untuk menghentikan semua ini.

Wait ! Kalau staff Kencana Murni mesti seseorang yang Karl atau Jie sendiri kenal.. Rayyan mula terfikir. Pantas telefon bimbit dicapai. Satu nombor di dial. Panggilan disambungkan.

Satu rancangan tercerna dimindanya.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2014 08:16 AM | Show all posts
banyak betul dugaan JIE...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:38 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 31-12-2014 09:44 AM

Hanim ni bukan nama sebenar kan?.... ntah2 musang berbulu ayam, tak pun gunting dalam lipatan, duri dalam daging...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 12:53 PM | Show all posts
dugaan lg buat jie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 31-12-2014 06:47 PM

Seperti yang dijanjikan melalui perbualan lewat telefon Rayyan dan Jie menanti Khalid dan isteri di Souled Out untuk berbincang.

Misteri disebalik wanita bernama Hanim perlu dirungkai segera. Kalau tidak Rayyan sendiri tak tahu apa lagi cerita buruk yang bakal direka.

"Sorry bro, lambat !" Khalid terus mengambil tempat duduk dihadapan abangnya. Viana mengambil tempat disebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 06:51 PM | Show all posts
elia201 replied at 31-12-2014 10:36 AM
Seperti yang dijanjikan melalui perbualan lewat telefon Rayyan dan Jie menanti Khalid dan isteri di  ...

Aku makin menyampah. sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 31-12-2014 06:51 PM
Aku makin menyampah. sekian.

Ala bgla komen utk improve. Jgn menyampah dlu
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:44 PM | Show all posts
elia201 replied at 31-12-2014 01:03 PM
Ala bgla komen utk improve. Jgn menyampah dlu

Erk.okay ..Aku geram dgn Sheera. Aku syak dia gay la..Haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:45 PM | Show all posts
Edited by Esmiria at 31-12-2014 01:48 PM
elia201 replied at 31-12-2014 01:03 PM
Ala bgla komen utk improve. Jgn menyampah dlu


Dableeeeeeeeeeeee
Nanti aku komen sis!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 12:22 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-1-2015 01:39 PM

Tanpa membuang masa, Rayyan menceritakan semua. Bermula dengan bagaimana Hanim memunculkan diri kali pertama sehinggalah ke kemuncak pertelingkahan dengan Mama siang tadi. Khalid menjadi pendengar setia.

Usai bercerita Rayyan menarik nafas. Wajah Khalid ditenung. " You ada bawa tak senarai nama staff you?" Khalid cuma angguk. Satu fail diserahkan ke Rayyan.

" I dah check dengan HR department. Memang ada staff nama Hanim. Sharifah Hanim binti Mokthar dari Finance department. Tapi dia dah berhenti 3 bulan lepas. Alamat terakhir dia ada dalam fail tu." Khalid menerangkan tanpa diminta.

" I tak pernah liase dengan sesiapa nama Hanim sepanjang I kerja sana. Atau Hanim adalah nama samaran? Maksud I orang lain yang guna nama Hanim?" Jie menyuarakan pendapatnya.

"Mungkin !" Viana menyampuk. "  Tapi Vee rasa Hanim ini macam gunakan Karl untuk kenakan Jie. Mungkin dia tahu kisah Karl dan Jie dulu. Ada tak  sesiapa dekat office tahu Karl pernah ada hati dengan Jie dulu?" Dia menyoal kemudiannya.

Rayyan rasa tak selesa dengan soalan itu. Baginya kisah Khalid dan Jie dahulu sangat sensitif untuk dibicarakan sekarang.

" I tanya bukan sebab nak ungkit benda dah lepas. Tapi nak cari motif sebenar. " Viana  menerangkan maksud sebenar disebalik soalannya apabila melihat riak wajah Rayyan berubah. Cemburu mungkin. "Cuba fikir. Kenapa Hanim send gambar tu dekat Mama and Ray? Untuk buat Mama benci Jie dan Ray curiga dengan Jie. Hanim gunakan history Karl and Jie dulu sebagai 'leverage' untuk dia. Jadi sesiapa pun dia, dia pasti tahu kisah Jie dan Karl dulu"

Khalid mula memikir. " I tak rasa ada orang office lain tahu pasal tu. But wait..." Minda mula teringat sesuatu.  Sheera ! Rasanya dia pernah beritahu Sheera tentang cintanya pada Jie dulu sebelum dirinya terlibat dengan kemalangan. " I rasa cuma seorang saje yang tahu." Serentak itu kata kata Sheera mula bermain semula difikiran. Samar samar.

"Jie!" Lantas Khalid berpaling ke arah Jie yang duduk bersebelahan Rayyan. " I rasa ada something wrong dengan kawan baik you Sheera. You kena hati hati dengan dia."

"Kenapa?" Jie pelik tiba tiba nama kawan baiknya disebut.

"Masa dia tahu I sukakan you, dia suruh I lupakan hasrat I sebab katanya you ni bukan gadis yang baik. Kikis duit lelaki kaya untuk hidup mewah, you suka permainkan hati lelaki dan ada lagi yang dia cakap cuma I tak ingat." Bukan niat Khalid untuk membuat dua sahabat baik bergaduh namun itulah kata kata yang lahir dari mulut Sheera sendiri. Dan dia terus percaya tanpa usul periksa pada masa itu.

Jie tergamam mendengar cerita Khalid. Tak mungkin Sheera sanggup memburukkannya. Tapi mustahil pula kalau  Khalid membuat cerita. Kusut mula dirasakan.

" Hanim pernah datang jumpa you kan Ray?" Wajah Rayyan ditenung meminta kepastian. Rayyan angguk.  " Cuba you tengok gambar ni. Orang yang sama ke?" Jie menunjuk gambar Sheera di dalam telefon bimbit  kepada Rayyan.

Rayyan meneliti gambar yang tertera di skrin telefon bimbit. " Bukan. Yang jumpa I tu lain."

"Apa pun Vee nak Jie jauhkan diri dari Sheera. Kalau dia kawan baik Jie , dia takkan sesekali burukkan Jie. Tentang siapa Hanim kita akan find out later."  Viana tidak mahu adiknya disakiti oleh sesiapapun.

"I ada terima call pagi tadi dekat office . Suara lelaki ! Dia suruh I tinggalkan Jie. Kalau I tak buat , dia ugut untuk buat something. " Rayyan baru teringat panggilan misteri yang diterima pagi tadi.

" Ini kes bahaya. Elok you report polis." Karl mula rasa tak sedap hati.

" Tak apa. I dah 'hire' PI untuk investigate. Kita tunggu update pasal ini." Rayyan enggan menyemakkan kepala dengan masalah itu. Esok dia akan berjumpa dengan penyiasat persendirian yang diupah untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang hal ini.

Buat masa sekarang fokusnya hanya untuk memastikan keselamatan Jie terjamin. Pemanggil misteri itu mengugut untuk mencederakan Jie sekiranya dia enggan meninggalkan gadis itu.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2015 01:48 AM | Show all posts

Bab 20

Edited by elia201 at 5-1-2015 10:23 PM

Jie berpakaian seperti lelaki untuk melindungi identitinya yang sebenar. Rambutnya yang separas bahu disorok di dalam topi. Cermin mata hitam dipakai. Gara gara untuk menjalankan 'misi mustahil'nya Jie menunggang Monster S2R yang selama ini tersadai dirumah Mummy tanpa menghiraukan matahari yang panas terik. Seronok dirasakan setelah sekian lama tidak menunggang motosikal.

Sesampainya ditempat yang dituju, Jie memberhentikan motosikalnya. Usai parkir dia terus menuju ke sebuah rumah. Namun langkah Jie terhenti. Rasanya tak logik kalau dia terus terjah ke rumah Hanim. Pasti akan ada syak wasangka yang timbul. Lagipun dia sendiri tak kenal siapa Hanim.

Setelah menimbang semula, Jie membuat keputusan untuk lepak di taman permainan berdekatan perumahan itu sambil meninjau pergerakan di rumah Hanim.

Hampir 2 jam menjadi 'stalker' tak bertauliah Jie mula bosan. Nampaknya dia gagal mendapatkan apa apa maklumat hari ini. Jie berkira kira untuk pulang. Dia berjalan menuju ke tempat dimana dia memarkir  motorsikal.

Sewaktu melewati kawasan rumah Hanim Jie perasan ada sebuah kereta Toyota Vios berhenti betul betul dihadapan rumah. Jie mencatat nombor pendaftaran lalu disave dalam telefon bimbit. Mata ditala ke arah tempat duduk pemandu. Tinted yang agak gelap menyukarkan Jie untuk mengecam wajah pemandu kereta itu. Yang pasti kereta itu dipandu seorang wanita.

Pemandu kereta Vios keluar dari kereta untuk membuka pagar. Jie mengambil peluang ini untuk melihat wajah itu sambil kamera Nikon yang dibawanya di zoom untuk mengambil gambar. Jie cuba mencari helah untuk mendekati pemandu kereta Vios itu.

"Assalamualaikum Kak. Boleh tumpang tanya?" Wanita yang sedang membuka mangga pagar tersentak melihat Jie.

"Waalaikumussalam. Nak tanya apa tu dik?" Wanita itu menyoal ramah.

"Saya Nadia. Tak familiar dengan area sini. Hajat hati nak jumpa pakcik saya tapi lupa nombor rumah pula. Rasanya dia duduk sini.  Nak telefon kredit pulak habis.  Akak kenal tak Azman bin Yahya?"

Wanita itu menggeleng. "Akak jarang campur dengan orang orang sini. Nadia ni dari mana?"

"Saya dari Seremban." Jie tipu sunat.  Tak apalah kak kalau macam tu. Saya balik dulu. By the way nama akak siapa ek?"

" Nama akak Sharifah Haslin. Panggil saje Kak Lin." Senyuman tak lekang dari wajah wanita itu.

"Oh Kak Lin ! Nama akak macam nama kawan saya. Tapi kawan saya Sharifah Hanim."

"La kebetulannya. Adik akak pun nama Sharifah Hanim. Tu dia, panjang umur !" Kak Lin menunjuk ke arah dalam rumah. Seorang gadis cantik keluar dari dalam rumah lalu berjalan ke arah Jie dan Kak Lin.

Jie segera mengenakan kaca mata hitam. Takut sekiranya dikenali. Lantas dia berlalu setelah meminta diri untuk pulang.

Namun,  dia sempat menangkap gambar Hanim dari jarak jauh. Boleh ditunjuk kepada Rayyan untuk mengesahkan adakah itu Hanim yang pernah ditemuinya. Mujur penantiannya selama 2 jam membuahkan hasil. Jie senyum puas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2015 08:53 AM | Show all posts
elia201 replied at 30-12-2014 04:55 PM
Tengku Safiah bergegas ke ICB Tower dengan harapan untuk menemui Rayyan. Namun hampa dirasakan apabi ...

Orang skang, klo dengki, emang wat fitnah. Tapi ada tu lagi best, dia upah bomoh suh bomoh tu tuba orang tu sampai mati, Acaner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 08:54 AM | Show all posts
elia201 replied at 30-12-2014 04:55 PM
Tengku Safiah bergegas ke ICB Tower dengan harapan untuk menemui Rayyan. Namun hampa dirasakan apabi ...

Orang skang, klo dengki, emang wat fitnah. Tapi ada tu lagi best, dia upah bomoh suh bomoh tu tuba orang tu sampai mati, Acaner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 09:00 AM | Show all posts
elia201 replied at 31-12-2014 04:22 PM
Tanpa memnbuang masa, Rayyan menceritakan semua. Bermula dengan bagaimana Hanim memunculkan diri kal ...

Susah derr siasat..haha..tapi tapi kalo ada ilmu firasat, sure tahu siapa orang tu.

Ntah2 Shera. Hanim just kambing hitam. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2015 11:03 AM | Show all posts
makin best citer ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.534561 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list