|
LANCASHIRE (England): Seorang lelaki gelandangan yang menawarkan sedikit wang untuk membantu seorang wanita yang kehilangan beg duit 4 Disember lalu, berasa amat terharu apabila wanita itu berjaya mengumpul lebih £21,000 (RM114,383) untuknya.
Dominique Harrison-Bentzen, 22, tidur semalaman di tepi jalan untuk mengumpul dana bagi membantu lelaki gelandangan dikenali sebagai Robbie selepas lelaki itu menawarkan £3 (RM16) sebagai tambang teksi kerana kad bank milik Dominique tercicir.
Wanita itu enggan menerima wang berkenaan namun amat tersentuh dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia tekad untuk membantu mengumpul wang.
Perbuatan Dominique tersebar ke seluruh dunia selepas dia memuat naik posting ke Facebook dan Twitter untuk mendapatkan sokongan orang ramai.
Mahasiswi Universiti Lancashire berkenaan berjaya mengumpul £21,000 (RM114,383) untuk Robbie setelah tidur semalaman di tepi jalanan Bandar Preston, di sini, Selasa lalu.
Selain itu dia juga melancarkan sebuah laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flet. - The Telegraph
Last edited by FOTHER-MUCKER on 20-12-2014 10:15 AM
|
|