CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9139|Reply: 50

kata ustaz2 umah tangga aku disihir

[Copy link]
Post time 20-12-2014 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sekadar nak kongsi sikit pgalaman. Otak aku sistem pon da x brp lancar huhuhu sblum cite ni jadi tunggang langgang aku citekan biarlah aku copy paste dulu 1 keluh kesah aku yg pernah aku kirimkan pada org2 yg lebih arif.. kisahnya..


2:13 PM 5/15/2012

Asalamualaikum.. Ustaz,
Ada beberapa perkara yg ingin saya tanya. Adakah masalah rumah tangga saya ini berkaitan dgn jin? ceritanya bermula sejak setahun yg lalu.. Banyak perkara pelik yg tlh berlaku dimana membuatkan keadaan rumah tangga saya menjadi kucar kacir. Saya dah banyak kali pergi berubat, duit pun dah banyak habis. Sejak berlaku perkara ni kami sentiasa kesusahan & kekeringan wang. Rumah saya pun dah teruk & banyak barang yg hancur akibat saya dan suami kerap bertengkar dalam keadaan yg melampau. Hingga muka lebam2. Pertengkaran baru2 ni jari saya telah patah dan mata saya mengalami pendarahan akibat suami memijak muka saya. Tak tahu lagi lepas ni apa pula yg akan terjadi. Suami saya selalu cakap dia sayangkan saya.. Tapi hampir setahun kami tidur berlainan bilik. Namun adakala suami akan datang ke bilik saya untuk BERSAMA. Setelah selesai bersama dia akan pergi ke biliknya semula. Yang membuatkan saya rasa pelik jika dia bersama saya dia terlalu fokus & akan lakukan tanpa henti. Nafsunya yg berbeza membuatkan saya keliru adakah itu dia? Bila kami bertengkar dia kerap menghamburkan kata2 yg membuatkan sukar untuk saya terima sebagai seorang isteri. Contoh.. benci & jijik tengok saya, kata2 yg menghina. Saya pernah minta cerai padanya kerana saya rasa dia dah tak sukakan saya tapi dia tak mahu lepaskan saya. apa yg saya buat semuanya tak kena bagi dia. Hinggakan kemas rumah pun menjadi punca pertengkaran! saya tidur salah! pergi bilik air salah! sikat rambut salah! goyang kaki salah! pandang dapur salah! masak pun salah! pendek kata apa saja yg saya buat tak kena & mencurigai saya. Apa yg dicurigakan pun saya tak tahu. Bertambah saya pelik dia mencurigai saya yg didalam rumah. selalunya akan mula pertengkaran & mencurigai antara satu sama lain bila kami mula untuk bersama. Saya amat tertekan dengan keadaan ni, jika saya kemas rumah dia kata saya sengaja tak mahu layan dia. Jika saya tidur dia kata saya dah kepenatan melayan 'KEKASIH' saya. Jika saya pergi bilik air dia kata saya pergi jumpa 'KEKASIH' saya. Hinggakan jika saya sikat rambut dia kata saya buat isyarat tangan pada 'KEKASIH' saya supaya pergi menyorok. Jika saya goyang kaki dia kata saya bagi isyarat pada 'KEKASIH' saya supaya menyorok ke tempat lain pula. Jika saya pergi ke dapur dia kata saya sorokkan 'KEKASIH' saya. jika saya masak dia kata saya nak bagi 'KEKASIH' saya makan. Bila dia keluar, jika saya tidak call dia.. dia akan cakap saya dah tak pedulikan dia. Dah tak nampak dia kat dalam rumah tu. Tapi kalau saya call dia dan tanya "Hari ni balik kerja pukul berapa??" dia pula akan menjawab.. "Kenapa kau nak tahu? Kau nak keluarkan 'JANTAN' kau kan?! aku balik lambat lagi!" tahu2 5 minit dia dah berdiri depan pintu. Dia kerap mengintip saya dari luar rumah. Selalu bila dia pulang dari kerja dia akan selongkar cadar katil & buka semua sarung bantal disemua bilik serta mencium satu persatu bantal & tilam. Dia akan pandang saya dengan pandangan yg lain & marah2 & berbagai2 yg tak kena pada dia bila tengok muka saya. Kerap bertanya benda yang tak masuk akal. Seperti.. "kenapa bantal ni susun macam ni? tadi sebelum aku pergi kerja cara susunannya lain?!"
"pagi tadi kau pakai baju lain, sekarang kenapa kau tukar baju lain?".
"cawan atas meja ni siapa yg minum?" dan macam2 yg tak penting dia akan tanya. Selain itu dia akan mencium baju kotor yg telah saya pakai serta mencium2 kain lap dapur. Jika saya pergi mandi & kunci pintu pun salah bagi dia. Jika saya kunci dia kata saya buat yg bukan2 dalam bilik air tu. Ada suatu hari tu dia cakap dia nak pergi kedai, saya tak perasan sama ada dia dah keluar atau belum kerana saya sibuk mengemas. Cuma saya sedar rumah saya kosong. Lama saya tunggu dia.. Hampir 2 jam. Saya cuba call tapi tak berjawab. Terkejut saya bila dia tiba2 keluar dari bawah katil dengan muka tak bersalah! pernah juga dia cakap dia nak pergi kerja. Saya fikir dia dah pergi.. Lepas 2 jam tu tiba2 dia keluar dari dalam almari. Pernah juga dia cakap dia nak pergi beli nasi, Masa tu saya mandi.. Bila saya keluar je dari bilik air saya tengok rumah saya kosong. tapi pintu terbuka luas. saya fikir dia dah keluar. 2 jam saya duduk tengok tv. Tiba2 dia keluar dari dapur! Bila saya panggil dia, dia macam buat tak dengar je. Tapi bila saya duduk diam tiba2 dia datang & tanya "ada apa??" Saya menjadi semakin pelik dan keliru! Kadang2 bila dia tiada di rumah pula saya kerap seakan terdengar suara dia memanggil saya. Selain tu saya kerap terdengar seakan suara berdengus disisi saya. Dia tuduh saya dah lain dan pelik. Katanya saya melayan benda lain hingga tak mahu layan dia. Disebabkan banyak sangat yg tak kena pada saya, setiap kali hampir dia pulang dari kerja saya akan jadi tak tentu arah.. Saya mula jadi takut, benci bila dia ada dirumah dan mula sakit kepala bila dia ada dirumah. Dan saya akan merasa lega & tenang bila dia tiada dirumah. kerap juga bila dia pulang dari kerja menggamok2 & paksa saya agar saya keluarkan 'SESUATU' yg saya simpan didalam rumah tu. Saya menjadi bertambah2 pelik! Sedangkan saya tak pernah melakukan perkara yg tak elok dirumah tu. Katanya dia dah lama ada kat luar rumah saya & mendengar suara saya sedang bersembang dengan seorang lelaki dari luar. Saya cuba bertanya dia, apa yg dia dengar & apa yg dia begitu mencurigai saya hingga begitu sekali? Dia menjawab "dari jauh dia tak rasa apa2 yg aneh, Tapi bila hampir dikawasan rumah kami hatinya mula berdebar2 dan mula berfikir tentang saya yg tak elok. Semakin hari saya dapat rasakan suami & saya semakin jauh tanpa punca. Kami juga umpama tidak mempercayai antara 1 sama lain, Apatah lagi memahami hati masing2 yg dulunya saling memahami & bertolak ansur. Bila saya cuba mendekatkan diri dengan yg maha ESA serta cuba belajar mengaji dia kata saya berdrama! Bila kami cuba untuk tidur bersama tilam yang kami tidur tu sesekali akan beralun seperti ada orang yg bergerak didalam tilam tu & sesekali tilam tu seperti bernafas. Saya sendiri pernah terasa seperti baring diatas badan orang yg sedang bernafas. Tapi pabila saya tidur seorang diri tanpa suami, saya terasa seperti ada yg bermain2 dikaki & seperti ada yg sentuh hujung baju saya dengan sekali imbas. Hampir setahun kehidupan kami sekeluarga berubah.. anak2 pun menjadi nakal yang luar biasa serta berkelakuan pelik. Diawal perubahan.. suami selalu mendakwa kerap ternampak 1 kelibat hitam dengan sekali imbas didalam rumah dan keluar masuk dari rumah kami dengan sekali imbas. Serta kerap melihat kelibat tu berdamping disisi saya terutama diatas katil. Banyak perubahan yg dapat saya lihat pada suami seperti.. dah kerap abaikan kerja. Hingga berkali2 dibuang & diterima semula. Sedangkan dia seorang yg rajin & amat pentingkan kerja. Dia kerap akan tidur hingga berhari2 & akan bangun hanya untuk makan. Dan kerap berasa lapar.. Jika dia ke toilet pula, gemar bergelap serta memakan masa yg agak lama. apa yg dibuat dalam toilet tu pon saya tak tahu. Keadaan ni telah mengganggu fikiran & kerja seharian saya dirumah. Tanpa saya sedar saya juga telah jauh berubah.. Yang mananya dulu saya suka mengemas rumah serta uruskan anak2, tapi kini saya menjadi benci & malas untuk mengemas serta menguruskan anak2. Saya menjadi bertambah pelik lagi bila saya ada perasaan takot & seram bila duduk dirumah sendiri jika berseorangan. Lebih teruk lagi perubahan pada saya setiap hari bermula dari pagi sehinggalah tengah malam saya akan buka pintu seluas yg boleh & hanya kunci pagar je. Kemudian saya akan duduk diruang tamu yg membolehkan saya nampak persekitaran luar rumah. Tanpa kemana-mana sudut. Kerana takut berada didalam rumah tanpa punca. Disebabkan itu banyak kerja harian rumah saya menjadi tertunggak. Putaran tidur saya pun dah tak menentu akibat kerap terjaga kerana sering didatangi mimpi yg menyedihkan & menakutkan. saya kerap bermimpi suami memaki hamun & pukul saya. Saya kerap bermimpi suami & seseorang mengacu ular ke arah saya. Kerap mimpi bertemu ular serta dipatuk ular. Dan juga kerap bermimpi melakukan hubungan intin dengan seseorang.
Apa yg berlaku betul2 membuatkan saya berasa sedih.. Kehidupan kami jauh berbeza dari dulu, Dan iainya terjadi dengan tiba2. Semenjak dari tu rezeki kami sentiasa tiada. kereta dah tak mampu bayar, bil rumah/elektrik tertunggak, paling membuatkan saya berasa sedih.. Anak saya terpaksa berhenti sekolah. Keperluan harian pun kadang saya minta dari ibu bapa saya. Hingga baru2 ni saya telah keguguran. Bapa saya yg tolong bayarkan bil hospital. Bermacam2 lagi perkara yg pelik yg dah tak mampu untuk saya ceritakan lagi. Kadang kala otak saya menjadi serabut kerana kerap memikirkan perkara ni. Memikirkan keaadan rumah tangga saya, cara anak2 saya membesar.. Hingga kadang kala saya boleh menangis & ketawa dengan sendiri tanpa sebab. Saya juga kerap lupa dalam menghitung hari. Saya dah tak pernah lagi fikir tentang apa pun selain dari apa yg sedang saya alami. Pernah juga saya cuba mengganggap masalah saya ni mungkin sudah tiada kesefahaman & keserasian. Tapi kalau itu yg menjadi punca mengapa masing2 masih ingin bersama & masih mencuba menjadi seperti dahulu?? Kami kerap cuba meluah isi hati masing2 & berbincang dengan ikhlas dari hati ke hati. Berbincang tentang membina apa yg dah banyak hancur. Tapi malangnya cuma bertahan paling lama hanya 3 hari. Sudah lebih 10x hati saya hancur dengan kelakuan suami.. Namun keesokan harinya bila celik mata saya cantumkan semula cebisan2 tu & macam tu lah hari2 berikutnya yg saya lalui. Hari ni kami berperang 3 keping pintu telah  hancur disaksikan anak-anak.. Keesokan harinya pabila saya celik mata saya baiki semula apa yg telah hancur. Dan itu adalah kali yg kedua ianya hancur & dibaiki semula. Hari ni kami berperang.. Jari saya patah, 4 jam lagi saya masak & kami makan bersama2. Hari ni kami berperang dia baling basikal pada saya.. Saya pula baling pasu pada dia, 4 jam lagi dia belikan saya nasi bungkus. Hari ni saya benci tengok dia hari2 tido dibilik lain umpama orang bujang, Namun pakai minum dia masih saya uruskan.. Hari ni saya buang pakaian dia dibilik lain, 2 hari lepas tu saya kutip semula. Dalam seminggu cuma sehari dua je kami merasa ada keserasian. Dia kata saya tidur dengan sesuatu apa yg dia nampak! saya merasa terhina & marah lalu berkata pada dia "kau tu suami dayus!! kalau kau nampak apa yg tak elok telah aku lakukan & tak percayakan aku lagi.. aku nak kau ceraikan aku sekarang juga!!" tapi.. Kenapa dia sendiri keliru dengan apa yang dia nampak? Kenapa dia sendiri keliru dengan apa yg dia rasa? Namun keesokan harinya kami boleh menyanyi bersama2. Atau mungkin.. Dia ada masalah mental? Mungkin juga saya yg mempunyai masalah mental?? Saya minta maaf banyak2.. Niat saya bercerita ni adalah sekadar berkongsi pengalaman & minta sedikit pandangan serta nasihat daripada yg berpengalaman & lebih arif dalam hal sebegini. Bukanlah berniat untuk mengaibkan atau menyalahkan antara 1 sama lain. Apatah lagi insan yang wajib memimpin saya iaitu suami.. Apa yg saya rasa kini adalah keliru & tiada tempat untuk mengadu. Apa yg dia rasa kini sukar untuk saya duga. Dan apa yg semakin terjadi.. saya dan suami semakin jauh walaupun masih bertentang mata. Dan apa yg telah hati ni rasakan sebenarnya adalah penat. Telah tawar hati ini yg sebenarnya.. untuk memaafkan & menerima dia seperti dahulu lagi. Namun.. Demi anak2 saya cuba lagi untuk yg kesekian kali. Harapan saya agar dapat merungkaikan sedikit sebanyak tentang apa yg telah terjadi diatas rumah tangga saya.

~selepas saya mendapat jawapan ni.. saya akan ceritakan lagi serba sedikit tentang apa yg pernah berlaku didalam rumah saya sebelum segala2nya dengan tiba2. Ia mengenai sesuatu benda yg pernah saya temui didalam rumah saya. iaitu 1 botol kecil, didalamnya mengandungi cecair seakan minyak, kapas & jarum(kedudukan jarum menusuk didalam kapas) saya tak tahulah sama ada benda ni ada kena mengena dengan masalah saya atau pun tidak. mintak sangat2 dapat meleraikan apa yang selami ni terkusut. terima kasih....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 08:29 AM | Show all posts
mula2 nk kate suami TT paranoid or mungkin ade schizo.... tapi bile TT citer pasal mule2 start, mcm bende pelik.. tak brani nk speku lebih.. oh bertabah lah!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah TT di atas ujian ini, saya doakn pencarian jwpn utk situasi rumahtangga TT dpt segera diperolehi..
Ramai perawat yang berpengalaman di sini boleh memberi pandangan mereka. Kalau perlu sgt TT Pm mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Hebatnya dugaan mu.. Nak ckp sabar pun x sanggup..ckp senang tp yg menanggung saja yg tau..

dulu waktu kecik ..mak saya ada jumpa sudu elok je org letak tgh2 laluan pintu blkg... Cawan pulak di tgh2 laluan pintu depan.. X tau la ..kata mak mungkin nak kacau bilaukn rtangga mak dgn abah.. Seolah2 sudu dikacau dlm cawan... Tp hidup mak dgn abah saya pun mmg mcm2 dtg mengganggu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 02:43 PM | Show all posts
Pehh..mental n fizikal sengsara.. bertabah lah TT...Sambung citer pliss...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebatnya dugaan TT..moga TT kuat & sentiasa dekatkn diri ngan Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapala yg ada prasaan hasad dengki tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:34 AM | Show all posts
fuh
cam  nak jadi perang dunia ke tiga jeee
gurau2 je leee

so cite le sikit
suami ko tu ada belajar apa2 ke
ada kekawan dia yg sama2 panas ke
manalah tahu leh bantu sikit2
sikit2 je leeee

wasalam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 11:44 AM | Show all posts
Sambung lagi tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai cedera2 ni kak.....

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 04:06 PM | Show all posts
assalamu'laikum tt.

Kesian rasanyan membaca kisah tt..
Biarkan seketika kerenah suami tt itu, fikirkan diri sendiri dan anak-anak dulu..
Sayangilah diri dan anak2. Hanya orang yang menghargai diri sendiri sahaja yang mampu bangkit dari kekecewaan..

Dekatkan diri dengan Allah secara berterusan, hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas segala sesuatu.
Abaikan sikap suami tt, terus perbaiki kekurangan diri, perbaiki solat 5 waktu, banyakkan berzikir kepada Allah setiap masa, insya allah tt akan dapat merasakan perubahannya..Allah akan memberi jalan keluar tanpa kita duga. Pertolongan perawat juga penting, tetapi benteng pertahanan diri kita juga penting dalam melawan kejahatan makhluk halus, kedua-dua sama penting..

sebagai tambahan, saya nk berkongsi cerita pengalaman kawan saya yang mengalami gangguan sihir dan saka. Dia kerap batuk, batuk yang tak henti-henti , berbulan-bulan lamanya. Hospital cakap takde sebarang penyakit fizikal.Barulah dia beralih ke perubatan islam, mengikut kata ustaz yang merawatnya, sihir tersebut tak mampu menyerangnya 100%, ini kerana kawan saya seorang yang menjaga solat dan mengamalkan zikir secara istiqamah, namun tempiasnya tetap ada..sekarang alhamdulillah, keadaannya bertambah baik..

bolehlah kita mengambil pengajaran dari pengalamannya, ini menunjukkan hubungan kita dengan Allah menjadi benteng yang cukup kuat untuk menghalang sihir. Wallahu'lam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 04:08 PM | Show all posts
beratnya dugaan akak nie..kuatkan semangat kak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 04:12 PM | Show all posts
Maaf, tp sekadar bertanya, ade tak cuba jumpa pakar sakit jiwa?
Mane la tau kan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:47 AM | Show all posts
Kisah yg agak berat, melibatkan gangguan jin, malah dah melibatkan gangguan saraf......


Duduk mana? dan apa yg saya boleh bantu???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:49 AM | Show all posts
nak tanya di sini...ada tak kamu org pernah dengar ilmu hitam bagi rosak periuk nasik org...bagi susah kedai org...bagi selalu rosak kilang org....ada shj yg tak kena...pernah dengar???? ada tak???? mcm mana nak tahu??? mcm mana nak buang???
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 11:06 AM | Show all posts
tragisnya n besar sungguh ujian TT..

saya setuju dgn sorang forumer tdi..istiqomah dlm beribadah kepada Allah..wpun ssh atau x ikhlas (drama kta suami) teruskan jugak..fikirkan anak2 tu..teruskan tjwb sebagai mak n isteri pedulikan kata2 sinis suami..
saya baca cerita ni, bergenang air mata mengenangkan anak2 TT itu..

mungkinkah rumah TT itu sendiri, x rasa nak pindah ker dr rmh tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 11:57 AM | Show all posts
Bertabah la kak..setiap dugaan tu ada hikmahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 12:32 PM | Show all posts
kepada sesiapa yg boleh menolong, tlg lah TT.. kesianlah kat anak2 dorang ni.. plz
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:12 PM | Show all posts
Betul ke cerita ni, macam over je..takkan takde sedara mara boleh rujuk. Apa kata untuk permulaan, kalo ko dok area kl, pegi darus syifa bangi dulu, dekat je, kat area restoran femes BBB tu. Aku ada gakla brape kali gi sana kes anak mengamok, bini mengamok, ipar kene sihir, pegi sana ok la sket. Sedekahla 10 ringgit ke, ikut suka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:51 PM | Show all posts
daripada tahun 2012 ke ni berlaku?lamanya...seksanya hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.145090 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list