CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2066|Reply: 6

[Tempatan] Nyanyi Lagu ‘Ya Hannan Ya Mannan’ Bersama Gitar Dipersoal

[Copy link]
Post time 20-12-2014 03:04 PM | Show all posts |Read mode
Pic:Youtube

KUALA LUMPUR: Gara-gara menggunakan instrumen gitar ketika mengalunkan lagu popular berunsur keagamaan, sebuah video yang menunjukkan dua remaja menyanyikan lagu ‘Ya Hannan Ya Mannan’ menerima reaksi pelbagai sebaik dikongsi menerusi laman sosial, Facebook sejak, semalam.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berpendapat, tindakan sesetengah pengguna laman sosial dan masyarakat umum yang mempersoalkan penggunaan alat muzik seperti gitar yang digunakan sebagai kurang tepat kerana penggunaannya tidak salah.

Menurutnya, meskipun alat muzik itu bertali (autar), ia masih dibolehkan asalkan penyampainnya tidak bercanggah dengan Islam seperti melalaikan atau untuk tujuan berseronok.

“Mengikut Islam, beberapa alat muzik yang dilarang antaranya biola, trumpet atau piano kerana ia bertentangan dengan hadis."

“Namun, mazhab Shafie membuat pengecualian untuk alat muzik bertali seperti gambus dan sama seperti gitar, hanya jika ianya digunakan mengikut syariat Islam."

“Malah, mazhab Shafie juga membenarkan umat Islam mendengar muzik yang mempunyai unsur ketuhanan atau cintakan agama dan sebaik-baiknya menggunakan alat muzik seperti gong atau kompang,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.

Melihat kepada peredaran zaman sekarang, Md Daud setuju sekiranya pendekatan seperti ini digunakan termasuk muzik yang tidak bertentangan dengan Islam sekiranya ianya boleh menarik masyarakat umum mendekati agama Islam.

“Sekarang kalau kita nak tafsirkan bentuk bunyi sangat sukar dan ia sama juga dalam konteks berdakwah (ceramah), cara penyampaian dalam bentuk humor digalakkan jika itu mampu menarik minat orang ramai."

“Masyarakat umum terpaksa menerima kedatangan benda-benda baru dalam hidup mereka, asalkan itu berbentuk dakwah dan menjurus kepada kesucian kepada Allah,” jelasnya.

Terdahulu, video berdurasi selama dua minit 40 saat yang dimuat naik di laman Facebook,Sukan Star TV mula menjadi ‘viral’ apabila mendapat lebih 6,500 dikongsi dan 14,000 'likes'.

Bagaimanapun, segelintir pengguna laman sosial tersebut mengecam tindakan remaja itu yang mengalunkan lagu berunsur keagaamaan menggunakan gitar.

Namun, ada di antara pengguna Facebook memuji tindakan dua pemuda yang dipercayai berasal dari negeri Pantai Timur mengalunkan lagu keagamaan dalam bentuk yang menghiburkan. - mD






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2014 03:08 PM | Show all posts
Too bad i cant upload the youtube video. Sila kan tepek ye. Sambil calling ustaz/ustazah. Nk mkn apa lah pas kawen nanti berlaki kan pemain gitar.





Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Too bad, ummah holier-than-thou suka menghukum tanpa ilmu yg cukup. Terserlah bodoh masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:35 PM | Show all posts
Habis lah melayu. Mungkin 5 tahun dari sekarang tv dan radio juga di haramkan kerana boleh melalikan. Tapi kalau mengikut dakyah arkam tv radio dan meja makan dah lama kena campak dari tingkap. Last edited by FOTHER-MUCKER on 20-12-2014 04:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 06:46 PM | Show all posts


Klu ikutkan imam empat mazhab sepakat mengharamkan muzik, lebih2 lagi bertali. Baca syarah mereka utk maklumat lebih lanjut, telah diperjelaskan dengan panjang lebar. Walaubagaimanapun ulama'2 kontemporari mengharuskan muzik dan alat muzik dengan syarat ianya muzik yang menjurus ke arah ketuhanan, tidak melekakan dan tidak menggalakkan kepada perkara2 yang buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis la pasni diorang masuk neraka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 05:58 AM | Show all posts
kito ni skrang ikut Hadis....bukang AlQuran....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118613 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list