CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6670|Reply: 65

[Dunia] BACAAN YG BAIK: PRO DAN KONTRA KAWIN DI USIA MUDA

[Copy link]
Post time 20-12-2014 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Saiful Nang shared Warga Prihatin's photo.
1 hr ·

Arwah nenek saya kahwin masa remaja. Umur antara 12-14 tahun. Masa umur 30 anak dah 8 org. Bercerai mati lagi. Meninggal sehayi sejiwa pula tu, 2 hari selepas atuk meninggal nenek pula menyusul. Orang dulu buat boleh, kita buat tak boleh pula? Umur 15 tu bukan kanak2 lagi...dah boleh jadi bapak. Tapi ada pros and cons yg sebenarnya perkahwinan awal ini boleh dibantu.

Saya lebih rela lihat fenomena kahwin awal meningkat berbanding buang bayi meningkat. Orang dulu umur 15 tahun baru terjebak curi2 tengok "blue" pakai vhs tape tengok rumah kawan masa mak ayah tak ada rumah. Budak sekarang masa nak cari UPIN IPIN dalam YouTube popup video saparuh porno dalam laman yg sama.

Dulu gejala tak datang tapi kita kena cari dan berbelanja. Sekarang gejala dtg free dalam hp dan tablet anak2 kita yg senyap2 duduk dalam bilik.



Warga Prihatin

PRO DAN KONTRA KAWIN DI USIA MUDA

Apa sahaja yang kita buat dalam hidup ini akan jadi baik-baik sahaja jika kita lakukannya dengan pedoman dan petunjuk yang secukupnya. Itulah juga yang disarankan dalam Islam, iaitu agar kita melakukannya atas dasar ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan. Allah lakarkan arahan itu dalam surah 17 ayat 36 yang sudah sering sekali kami petik. Ia seharusnya menjadi ayat lazim bagi kita semua.

Heboh seluruh media sosial, media cetak dan elektronik tentang pasangan muda, seorang teruna berusia 15 dan gadis 17 tahun bernikah dengan restu keluarga. Dengan penuh skeptikal, prejudis dan jumudnya maka ramailah yang menelah itu dan ini sampai ada yang kata mereka bernikah awal kerana mahu menutup aib itu dan ini. Jelasnya, mereka menuduh pasangan ini sudah ‘terlanjur’ sampai pasangan itu terpaksa menafikannya dalam laman sosial mereka.

Demikian juga halnya apabila kami tunangkan anak-anak kami di usia muda sebelum ini. Ramai yang bersetuju dan ingin mengikuti jejak itu. Tetapi ramai juga yang menempelak dengan berbagai-bagai andaian. Yang masih beradab dan melontar hujah dengan berhemah dan berunsur nasihat kami kekalkan komennya di situ. Bagi yang hanya baca tajuk terus melompat dan mengkomen macam orang sawan ramai yang kami banned saja. Kami tidak perlu pembaca yang sempit fikirannya.

KONDISI RAMADHAN YANG MEMERLUKAN PUASA

Ramadhan adalah gambaran kondisi atau zaman, iaitu bulan-bulan panas yang amat menekan kehidupan. Panasnya kehidupan ini kerana manusia ketandusan ilmu yang dianalogikan sebagai air. Air yang ada di tangan kita kini beku tidak boleh dialirkan. Pokok iman kita tidak membuahkan hasil. Kita beriman tanpa ilmu yang jelas. Tidak seperti zaman kegemilangan Islam yang mana iman itu berdasarkan ilmu dan ia mampu memberikan buah-buah fikiran untuk kesejahteraan hidup.

Dalam kondisi ramadhan ini, banyak yang dahulunya boleh mungkin perlu dipuasakan seketika. Semua harus mengenakan pakaian solat dan menanamkan disiplin solat sepanjang hari. Pakaian anak nisak bawah umur, khususnya yang berbadan besar juga harus dibatasi ‘aura’nya terhadap datuk, ayah dan abang. Apatahlagi terhadap sepupu, abang ipar dan rakan sebaya. Kita tidak lagi boleh berpendirian seperti dahulu, ah mereka masih kecil, belum wajib tutup aurat dan sebagainya.

Sepertimana yang kita tahu, gejala sosial dan seks bebas sudah sangat berat di zaman ini. Anak-anak sudah kenal erti seks, samada seks biasa atau seks homo seawal usia tadika lagi. Kegagalan ibubapa moden yang hidup hanya mengejar harta dan status sosial amat jelas sekali dalam mengawal gejala ini. Pergaulan anak-anak terlalu bebas, samada di rumah sendiri mahupun di sekolah. Keluarga yang mewah berebut-rebut dengan bangganya menyediakan gajet moden yang melalaikan dan bebas menyalurkan sumber maksiat kepada anak-anak.

Kegagalan kita mengatur batas aurat samada melalui pergaulan dan aurat pakaian telah menyebabkan anak-anak yang memang terdedah dengan pengaruh seksual ini melakukannya samada dengan suka mahupun terpaksa. Banyak sekali kes yang asalnya terpaksa, tetapi lama kelamaan sudah jadi suka dan ketagih pula. Asalnya dipaksa abang dan ayah sendiri, tetapi lama kelamaan dengan siapa pun boleh jadi. Yang penting ketagihan seks yang sudah jadi chemistry dalam otak itu dapat dipenuhi.

Anda tidak akan lalu makan dan tidur jika anda tahu apa yang kami tahu. Data yang kami kutip bukan untuk tujuan politik, atau untuk tujuan komersial, tetapi kami kutip dari dasar bumi yang menjadi asas kejadian manusia ini untuk membentuknya semula. Ya, kami kutip maklumat ini dari marhaen yang ikhlas dan jujur untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki keadaan.

Terlalu banyak sekali kes anak kecil melakukan hubungan seks sesama sendiri di rumah dan sekolah tanpa pengetahuan ibubapa. Ada abang seawal usia 4 tahun yang telah ‘meneroka’ kemaluan adiknya yang berusia 2 tahun lebih. Ada anak tadika yang sudah diratah beramai-ramai oleh sepupunya. Ada gadis darjah satu yang berterusan diratah oleh abang sendiri sampai ke usia 20 tahun.

Amat menyedihkan sekali. Kerana nafsu seks yang menggila, ibubapa tidak lagi melindungi anaknya, abang kandung dan sepupu tidak lagi melindungi adik perempuannya. Kerana gila seks, ramai janda yang sanggup gadaikan maruah dan hartanya kepada Pak Hitam dan teman lelaki, sampai anak kecilnya diperkosa dan dibunuh oleh teman lelaki sendiri pun masih lagi mahu terus bersubahat.

Sebelum ini banyak kes bapa tiri yang ‘meniduri’ anak tirinya sampai sedawa. Kes abang ipar dengan adik ipar pula sudah macam terlalu biasa. Minggu lepas didedahkan kes bapa merogol anak sendiri sehingga melahirkan 2 orang bayi (anak merangkap cucu). Semalam, dalam satu program Cuti Sekolah bersama anak-anak luar, ada yang melapurkan rakannya di'ratah' bapa kandungnya yang juga seorang duda. Anak gadisnya dijadikan tempat melampias nafsu - MasyaAllah.

BAIKNYA NIKAH AWAL

Antara kebaikan nikah awal atau di usia muda ialah dapat menyalurkan tuntutan nafsu yang terkumpul di awal usia ini di jalan yang betul. Bagi pasangan yang masih belajar, mereka sudah boleh menumpukan pada pelajaran, tidak lagi perlu mempamerkan diri berlebih-lebihan untuk bertanding dengan yang lain di kolej atau sekolah bagi memikat atau mencari pasangan. Mereka juga berpeluang untuk mendidik anak ketika ibubapa masih muda dan kuat.

Ramai ibubapa yang menolak tindakan ini kerana memikirkan soal nafkah dan sara hidup. Terfikirkah kita bahawa anak-anak kita yang sedang ‘menikmati’ seks bebas dan membuang bayi merata tempat itu juga masih makan dan minum? Apa salahnya kita bertolak ansur seketika?

Tidakkah lebih baik jika kita biayai mereka seketika, khasnya yang memang sudah ‘tidak sabar-sabar’ itu. Ketika mereka menjadi ‘penerima’ yang tangannya di bawah itulah saat yang mudah untuk kita yang ‘tangannya di atas’ ini menundukkan mereka.

BURUKNYA NIKAH AWAL

Kami bersetuju dengan beberapa pendapat segolongan pembaca yang mengatakan nikah awal sahaja tidak akan mampu menyelesaikan masalah ini. Ia mungkin menyebabkan banyak penceraian kerana tiada sumber pendapatan atau pengalaman dalam mengendalikan rumahtangga.

Mengizinkan dan memudahkan proses pernikahan di usia muda juga mungkin akan diambil kesempatan oleh pasangan lelaki khasnya untuk menganiaya isterinya. Dikatakan usia muda yang belum cukup ‘enjoy’ ini akan menyebabkan anak-anak ini berselengkoh dan mencari kepuasan dengan pasangan lain.

Untuk pendapat sebegini, mereka harus mampu menguruskan soal gejala seks anak-anak mereka, baik yang lelaki mahupun anak gadis. Berpegang kepada fenomena beri peluang mereka ‘enjoy’ dahulu tanpa mengambil langkah pencegahan ini tidak lain hanya memberikan gambaran bahawa kita merestui zina terhadap mereka.

Kerana itu jugalah ramai ibubapa yang malah turut menyembunyikan kes anak-anak gadis mereka yang membuang bayi. Sebahagiannya malah membiayai kos pengguguran haram anak-anaknya berkali-kali. Situasi subahat ibubapa dan ahli keluarga seperti yang didedahkan oleh petugas klinik sakit puan dan doktor di akhbar atau kepada team pengkaji ini amat membimbangkan.

Soalnya, trend nikah ‘tua’ yang sedang kita amalkan kini juga sudah terlalu banyak menghasilkan penceraian. Di Selangor ini sahaja statistik menunjukkan lebih 30% kes penceraian. Maknanya setiap 10 pasangan bernikah, 3 pasangan adalah calun yang akan bercerai pun.

BAGAIMANA MENGATASINYA

Ya menikahkan anak-anak di usia muda boleh mengelakkan zina dan pertambahan kelahiran anak tidak sah taraf yang jumlahnya kini melebihi 300,000 atau lebih 3 muatan penuh stadium Bukit Jalil. Itu tidak termasuk janin dan bayi yang dibuang. Kami juga setuju dengan kemungkinan pasangan yang bernikah muda ini akan menyumbang lebih banyak perceraian dan penganiayaan kepada pasangan masing-masing jika tidak kena gayanya.

Orang tua-tua dahulu tidak belajar tinggi-tinggi. Lelakinya kuat bekerja dan bertanggungjawab, bercampur masyarakat dan dekat dengan pendidikan orang tua mereka. Anak gadis dahulu juga kekal di rumah dengan didikan adab sopan yang ketat walaupun tidak bertudung lingkup macam sekarang (tetapi mengangkang merata-rata dengan macam-macam jantan sampai buang bayi dan menggugurkan). Di mana kurangnya? pastinya keberkesanan pendidikan dan pemantauan.

Orang tua kita dahulu, lepas nikah mereka terus mendapat bimbingan tidak formal dari orang tua. Jika terpaksa memisah pun hanya buat satu lagi rumah di bidang tanah yang sama. Inilah sedikit tips yang ingin kami kongsikan, buat menjawab mereka yang bertanya bagaimana langkah kawalan RPWP untuk memastikan masalah yang timbul dari fenomena kahwin muda ini tidak berlaku.

Antaranya ialah kita tunangkan mereka terlebih dahulu dan kawal ketat pergaulan mereka dalam tempoh itu. Pertunangan itu hanya sekadar memberikan mereka kepastian akan calun pasangan masing-masing agar mereka tidak terlalu rakus untuk menonjolkan diri. Dalam kata lain tidak terlalu gedik dalam usaha mencari pasangan.

Pendekatan mematangkan mereka melalui kerja dan penyerahan amanah adalah keutamaan kami. Ia sesuai dengan sunnah Nabi Musa a.s. yang diuji untuk memastikan beliau orang yang “kuat bekerja dan boleh dipercaya” oleh bapa mertuanya Nabi Syuaib a.s.. Selama 8 tahun baginda bekerja bersama bakal mertuanya dan ditambah lagi 2 tahun selepas itu. Kami juga usahakan agar InsyaAllah anak-anak tidak akan kelaparan, atau dipenuhi hutang untuk menjadi hamba riba’. Semua yang kami usahakan, juga yang mereka kerjakan sekarang adalah untuk memenuhi keperluan hidup mereka sampai ke tua.

Dalam tempoh bertunang itu, kami sendiri didik kedua-dua calun akan segala persiapan yang perlu untuk menjadi suami dan isteri, juga menjadi bapa dan ibu. Kami juga didik mereka bagaimana menjadi anak dan menantu yang baik selepas mereka berkahwin nanti.

Kami bukan sekadar buat macam kursus perkahwinan dalam dewan yang hanya 8 jam lalu lepaskan mereka untuk berkahwin. Kami jelaskan dalam bentauk tausiyah sepanjang masa, kami ajak mereka bekerja untuk belajar bagaimana ibu-ibu dan bapa-bapa bekerja, kami masukkan mereka dalam syuro harian agar mereka tahu masalah rumahtangga dan segera berfikiran dewasa. Semasa mereka berkerja dan berkarya bersama kami itulah kami nilai tahap kematangan dan persediaan mereka untuk menggalas tanggungjawab.

Dengan pendidikan itu, tidaklah nanti ada isu anak yang abaikan ibubapa kandung, menantu yang tidak tahu menghormati mertua, suami yang tidak tahu mendidik isteri dan anak, juga isteri yang tidak tahu tanggungjawab terhadap suami dan anak, bapa/suami yang tidak pandai cari nafkah dan sebagainya.

KESIMPULAN

Ada perbezaan ketara dari apa yang RPWP rancang serta amalkan dengan pernikahan muda yang cuba dilakukan sekarang ini. Antaranya ialah soal bimbingan dan pendidikan yang berterusan dan berbentuk sangat personal. Ia bermula dari usaha mendidik anak-anak agar tunduk patuh kepada murobbi.

Di RPWP, 'Rukun Nikah' benar-benar kami daulatkan. Lelaki akan kami pastikan terus jadi LELAKI, yang perempuan pula harus terus jadi PEREMPUAN. Bukan hanya waktu akad nikah sahaja suami jadi lelaki. Lepas itu semuanya jadi terbalik.

Wali nikah itu juga akan terus jadi wakil yang menunjuk jalan dan membimbing perjalanan hidup pasangan yang dinikahkan sehingga usia mereka 40 tahun. Para saksi juga akan terus menjadi malaikat yang memerhati kesejahteraan rumahtangga pasangan itu, mencatat dan melapurkan kepada wali mereka untuk dibantu. Setiap ada hal dan perkara berbangkit, kami perbaharui roh AKAD pasangan itu, agar yang lelaki mahupun perempuan masing-masing kembali mengikat diri kepada akad nikah mereka semula di hadapan wali dan saksi.

Hari ini semua unsur RUKUN NIKAH hanya berlaku ‘sekali itu’ sahaja. Selepas nikah yang lelaki hilang peranan kelelakiannya, yang wanita juga begitu. Wali nikah juga tidak ada ilmu dan pengalaman, bahkan tiada kehendak yang kuat untuk membimbing pasangan yang dinikahkan.

Saksi nikah pula main tangkap muat sahaja. Sebahagiannya tidak kenal rapat pun dengan pasangan yang disaksikan pernikahannya. Lepas nikah, dapat sampul upah jadi saksi lalu hilang ghuyup sampai mati tak jumpa-jumpa.

Tidak hairanlah dengan fenomena sekarang ini, baik pasangan yang nikah muda, atau nikah tua, yang nikah janda duda, yang dara teruna, yang bekas dara dan jantan penzina tegar, semuanya akan berkahwin untuk bercerai dan tidak mengecapi bahagia. Menakutkan apabila kita tahu statistik pasangan yang sudah 'tidur' bersama sebelum nikah. Inilah hakikat ibu ANAK ABU, anak jadi BOHSIA. Bapa bekas Mat rempit dan perogol, anak lelakinya jadi BOHJAN.

Semuga ada sedikit hidayah untuk memperbaiki apa yang terkurang, apa yang lemah atau yang memang sudah pun punah. Perjalanan 100 tahun juga bermula dari langkah pertama.

Tips Parenting & Munakahat
WARGA PRIHATIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 08:46 PM | Show all posts
pronya dapat merasa nikmat poohkey ketat lah apa lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen awal..x matang..x reti kontrol emosi..masalah kewangan...last2 cerai
Cerai awal lak tu :lol
Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:19 PM | Show all posts
Memang benar orang dulu-dulu kahwin awal. Umur remaja sudah mula bekerja. Sama ada berniaga atau kerja kampung. Lepas tu boleh menumpang tinggal di rumah mentua.Ya, zaman dahulu boleh survive. Sekarang ni agaknya bolehkah nak bela bini dan anak-anak dengan kerja kampung? Sekarang ni nak kerja paling cikai pun at least kena ada SPM. Mungkin ada kilang yang terima sijil PMR. Tapi gaji tu setakat boleh sara diri sendiri ajelah. Meaning both kena bekerja. Kemungkinan seorang kena kerja shift. Bila kerja shift faham-faham sendirilah masalahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:02 PM | Show all posts
kebaikan (elak zina) dan keburukan (penceraian) hampir sama beratnya
yg penting didikan agama
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 posted on 20-12-2014 09:19 PM
Memang benar orang dulu-dulu kahwin awal. Umur remaja sudah mula bekerja. Sama ada berniaga atau ker ...

Org dulu ramai je kwin masa kat U..jiran i kawin masa belajar kat obersea...umur 21thun masa tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Berat amanah yg ditampung oleh pasangan kawen muda ni... depa perlu buktikan kebahagiaan bila kawen muda ni..

harap2 bdk lelaki tu boleh amik spm swasta... ada lagi ke tidak yer skrg ni??  Yg amik spm wlu tak pegi sekolh.. erm...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:16 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-12-2014 11:12 PM
Org dulu ramai je kwin masa kat U..jiran i kawin masa belajar kat obersea...umur 21thun masa tu... ...

org dulu matang cepat...orgyg  lahir lepas tahun 1995 lembik giler..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 negara yg tak aman kene tembak, bom, diculik etc semata2 nak pegi sekolah nak belajar.

Yg budak2 melayu malaysia pulak galak nak kawen awal..hatta bergadai nyawa nak seberang lombok pun ok je..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:25 PM | Show all posts
kalau dah sampai seru, nak buat macam mana kan...tapi sampai sekarang aku pon tak paham apa maksud sebenar 'sampai seru'
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:43 PM | Show all posts
apa2 pun...jgn mengharamkan yg halal sudah...

tak suker sudah....

jgn haramkan bg pihak lain.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:45 PM | Show all posts
adik lelaki bongsu sy kawen masa umur dia 23. bini dia lak 17. masa kawen bulan 4 aritu result SPM pun tak kuar lagi...minggu lepas baru sambut besday ke 18. skrg duduk dgn mak abah kt SA.

yg kesiannya kt mak sy la...seluar dalam, baju dalam adik ipar tak matang ni mak sy yg basuhkan w/pun pakai mesin...kang sy tegur mau minta cerai lagi kt adik sy...aritu bulan 10 mak sy masuk spital klang sy dah tegur sekali sb dia tak masakkan utk abah...adik ipar yg duduk rumah lain yg antar nasi dan lauk kt abah...nk minta tolong jagakan mak sy kt spital pun tak lah...banyak jer alasan dia...adik sy nk pegi kursus kt KL pun dia nk ikot...

skrg ni hanya boleh pandang2 jer lar kt derang...nk tegur kang bergaduh... si pompuan tu minta cerai pulak...
dlm hati ni rasa nk bg penampar jer kt pompuan tu...

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz posted on 20-12-2014 11:45 PM
adik lelaki bongsu sy kawen masa umur dia 23. bini dia lak 17. masa kawen bulan 4 aritu result SPM p ...

Mcm tu le pulak....

Habis dia ingat dia kawin tu nk mem***** je ke??...sampai suar dlm pun mil basuhkn...

Dah 18thun...dah besar dah...
I umur 10,thun dah kena hidangkn parents mkn...umur 14thun dah kena masak utk satu family....tu mak pak tak ajar lah tu...

Ank bujang i pun lepas mkn basuh pinggan sendiri...sejak dia form 3 suar kecik dia i tak pernah basuh dah...basuh sendiri....malu je ank pompuan tak blh basuh suar dlm sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:59 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-12-2014 11:57 PM
Mcm tu le pulak....

Habis dia ingat dia kawin tu nk mem***** je ke??...sampai suar dlm pun mil  ...

minah tu protes sebab dapat laki 4 minit sudah inzal la tu...



Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasuperb posted on 20-12-2014 11:59 PM
minah tu protes sebab dapat laki 4 minit sudah inzal la tu...

Klu ada pompuan yg protest pasal tu...bermakna dia dah rasa mcm-mcm org....sbb tu blh compare yg mana bagus yg mana tak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:04 AM | Show all posts
jazaa posted on 21-12-2014 12:02 AM
Klu ada pompuan yg protest pasal tu...bermakna dia dah rasa mcm-mcm org....sbb tu blh compare yg m ...

tu pasal bila dapat laki 4 minit awek tu putus asa satu kerja pun tak mau buat kat rumah...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Amenda la banding kan zaman dulu dengan zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:18 AM | Show all posts
sfhzuraz posted on 20-12-2014 11:45 PM
adik lelaki bongsu sy kawen masa umur dia 23. bini dia lak 17. masa kawen bulan 4 aritu result SPM p ...

Tak semua dik... kematangan sebenarnya.... akak pun kawin awal juga.. anak ada 4 cukup. Sekarang yg paling kecil dekat tahfiz... yg lain dah kawin dan kerja masing2... akak dengan abang enjoy lifetime together di usia masih remaja purba sekarang ni... bercuti 2 org.. macam honeymoon semula rasanya sentiasa... buat perkara menyeronokan bila cuti, makan angin kemana2 ajer... nanti pencen, lagilah hari2 masa freetime...

Seronok kesana sini tanpa badan dan kaki tak sakit lagi, tenaga masih kuat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:20 AM | Show all posts
Yg kawin muda tak kekal ni sebenarnya satu ajer masalahnya, iaitu nafsu....nafsu enjoy, nafsu main, nafsu seks, nafsu hati...

Contoh akak bagi... kawin muda tak sempat enjoy, jumpa kawan diajar enjoy yg sebelum ni tak pernah dapat, lupa diri... cam akak ngan abng buat perkara sama2... tengok orang pegi disko seronok kemain, abang bawak akak lepak diluar disko tengok suasana sampai muak.... dan kita dah kenal kehidupan enjoy cara begitu... cukuplah...begitu juga yg lain2.. Last edited by vandergooh on 21-12-2014 12:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 12:28 AM | Show all posts
jazaa posted on 20-12-2014 11:57 PM
Mcm tu le pulak....

Habis dia ingat dia kawin tu nk mem***** je ke??...sampai suar dlm pun mil  ...

ntahla jazaa...serba salah sy dibuatnya...abah sy pun tak boleh nk buat pape...budak pompuan tu kawen dgn adik sy sb adik sy ada keta w/pun sengkek...dan dia tu teringin nk duduk kt bandar besar mcm SA...ialah selama ni dia duduk kt ulu2 kt kuala ketil nun...dlm famili dia pun takde yg pakai keta...bila dah kenal dgn adik sy sampai ke lumut, melaka bwk famili dia jenjalan...yg adik sy ni mak sy ajak pegi kubur arwah salah sorang adik sy yg lain kt sg besi pun boleh kansel last minit...katanya ada hal lain...

mmg tak patut la suh MIL yg basuh pakaian dalam kita kan...tp nk buat cemana...adik sy tu pun lembik...taknak tegas kt bini dia...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.066090 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list