CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8588|Reply: 57

[Tempatan] Lelaki Britain maut kemalangan dalam terowong SMART

[Copy link]
Post time 21-12-2014 09:37 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Britain maut dan seorang guru wanita cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) di sini, Ahad.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, mereka dipercayai dalam perjalanan menghala ke ibu negara.

"Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar dinding terowong itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata warga Britain itu, Thomas George, 22, cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala guru wanita berumur 25 tahun itu, yang memandu kereta berkenaan, cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Markandan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, dua lelaki maut dalam nahas membabitkan sebuah lori tiga tan dan kereta di Kilometer 47 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, Hulu Selangor pada kira-kira 2.20 pagi Ahad.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor berkata, pemandu lori itu dikatakan keluar dari simpang secara mengejut dan mengakibatkan pemandu kereta Proton Wira Aeroback gagal mengawal kenderaannya.

"Pemandu kereta itu, yang turut dinaiki lima penumpang lelaki, gagal mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori berkenaan sebelum kedua-dua kenderaan terbabas dan terbalik di bahu jalan.

"Pemandu dan seorang penumpang kereta itu yang masing-masing berumur 20 dan 15 tahun maut di tempat kejadian manakala empat penumpang lain cedera dan kini dirawat di Hospital Selayang," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkepli Bedin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2014 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju ni. Dalam terowong tu hadlaju 60km/j. Tp mmg ramai yg speed dlm tu. Bahaya speed dlm tu sbb dua lorong je, dan tak berapa terang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
450am? Hmmm mabuk barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:03 PM | Show all posts
Siapakah guru wanita tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:07 PM | Show all posts
hensem tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Deepest condolences...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..cikgu mengajar subjek apa la agaknya ni.

Kalau laki bawak laku memang biasa..ni kes luar biasa.


Alfatihah buat mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:19 PM | Show all posts
confirm laju. Yg dibwknya kete taim 450 pagi yg xde jem kt jln biasa dh knp? Lg nak bayo 2 hengget
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2014 10:22 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 21-12-2014 10:07 PM
hensem tak?

Eh tiba tiba je tanya handsome! Orang tu dah mati le. Kekekekeke......
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
laju la tu..pepagi buta pulak
siang2 pon orang bawak laju apatah lagi time subuh2 tade orang tu
pape pon takziah
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:00 PM | Show all posts
450 pagi pun nak masuk smart tunnel?
Lalu atas pun clear jln
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:01 PM | Show all posts
Mesti captured in cctv tunnel tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:12 PM | Show all posts
actually ada kereta yg speeding sampai > 80km/ hour dalam tunnel tu walaupun speed limit 60 km/ jam seriously...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:28 PM | Show all posts
jammed sangat ke sampai nak guna SMART pukul 4 pagi?? ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:30 PM | Show all posts
cikki itu mabuk? atau memang cikki yg bawa kereta hazab as usual??
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 11:47 PM | Show all posts
Fakta tersurat :

1) kokesen kapiaq
2) Jantan dan betina
3) pukul 4:50 pagi
4) terowong gelap

Auta tersirat :

Lepas parti pra-krismas depa pandu kereta balik. Dalam perjalanan, pasangan muda ini berasa ghairah dek penangan ayaq kencing setan di parti tadi. Si jantan sengaja pilih terowong yang agak gelap supaya mudah di "servis" oleh si betina. Laloq + Laju + Lazuart (3L) = ujung-ujung mampos cium konkrit.

Kesimpulan, tuhan bayaq cash ja la ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 12:45 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 21-12-2014 11:12 PM
actually ada kereta yg speeding sampai > 80km/ hour dalam tunnel tu walaupun speed limit 60 km/ jam  ...

80 je? den bawak 90-100+ dlm tu cuma tak tahan bising tayar+konkrit+dinding je

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 12:47 AM | Show all posts
saden posted on 22-12-2014 12:45 AM
80 je? den bawak 90-100+ dlm tu  cuma tak tahan bising tayar+konkrit+dinding je

ye laa kene lah patuhi arahan bahaya taw bawa laju laju momentum gitu....i bawa 60-88 km / jam je itu pun haishhh

i know....banyak yang speed sampai 90 to 100 sangat bahayeeeee tawwww......especially at bifurcation cabangan  jln klcc dan satu jalan lain lagi

ada  tiang pembahagi jalan tu

tapi tarmac tak rata laaaa



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 12:48 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 21-12-2014 10:07 PM
hensem tak?

kalau ikut nama dia Thomas George tu macam geng india (warga britain la jugak). clue dia kalau last name gunakan nama2 first name kira bukan pure omputis la gittew.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 22-12-2014 12:47 AM
ye laa kene lah patuhi arahan bahaya taw bawa laju laju momentum gitu....i bawa 60-88 km / jam je  ...

The opposite direction is more dangerous with more water seepage spots at the curves. My bet is this direction.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.086148 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list