CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Hudud akan memecah-belahkan masyarakat – Marina Mahathir

[Copy link]
Post time 23-12-2014 08:09 AM | Show all posts
kesiannya.
masih ada yang berjela-jela meleret-leret melatah menyalak bazir masa gegeh mencari laknat dari Allah dengan menentang perlaksanaan hudud sedangkan lebih baik menggembeling usaha mencari jalan terbaik melaksanakan hudud.
sia-sia hidup perasan diri tu intellek kuhnunnnnnn...

bila aku cakap begini dalam post pertama aku.. tak berani pulak kata salah hukumnya.  jawab dulu apa hukumnya.  hukum wajib tu maksudnya boleh tukar jadi haram ikut suka hati kah?  atau maksudnya wajib mencari cara terbaik untuk melaksanakan?

"undang-undang islam datangnya dari Allah.
hukum untuk mematuhinya adalah wajib.
hukum untuk melaksanakannya secara adil juga adalah wajib.
pelik bila ramai yang menentang dan membawakan hujah-hujah bodoh demi menegakkan benang yang basah.
sedangkan sepatutnya bersama-sama berusaha mencari jalan perlaksanaan yang terbaik."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Gemukkkkkkk posted on 23-12-2014 08:09 AM
kesiannya.
masih ada yang berjela-jela meleret-leret melatah menyalak bazir masa gegeh mencari lakn ...

Welkambek mukkk.....hihi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:44 AM | Show all posts
noor2 posted on 23-12-2014 08:12 AM
Welkambek mukkk.....hihi

wassalam kak
suka sig kak, im only human.  
niat saya pun gitu, mahu cuba cara berhemah dan bagi idea
but im only human, termakan juga umpan setan dan berperangai buruk
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:50 AM | Show all posts
atira posted on 22-12-2014 04:21 PM
kat malaysia darul korup ni...
apa undang2 pon akan ada loop hole...
ni kelompok manusia yg ko n ...

keh keh keh

so, lu bukan kata hudud tiada bagus...tapi lu kata pelaksana hudud yang tiada bagus? begitu?

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:51 AM | Show all posts
Decaffeinated posted on 22-12-2014 03:37 PM
betul.

cuma mereka yang tuhan telah hijabkan hatinya sahaja yang hanya nampak pedang dan pisau  ...

keh keh keh

sungguh benar bagai dikata...
bila hijab tiada dibuka..maka yang nampak cuma tali gantung dan kerusi elektrik sahaja...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:01 AM | Show all posts
Gemukkkkkkk posted on 22-12-2014 10:45 PM
undang-undang islam datangnya dari Allah.
hukum untuk mematuhinya adalah wajib.
hukum untuk melaks ...

keh keh keh

lu sungguh betul...
malangnya, mereka yang mengaku Islam lebih mahu kepada sekularisma dan demokrasi...
siap kata demokrasi memakmurkan dan mengembangkan Islam dengan lebih baik  
walaupun mereka tidak pernah melalui zaman Khalifah...sekadar dengar cerita...

masa zaman Khalifah Empat dahulu agaknya Islam tiada berkembang...
selepas demokrasi baru Islam berkembang sehingga Tanah Melayu kekdah nya,,,
fakta yang sungguh memalukan dari orang Islam..

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 10:03 AM | Show all posts
Penganalisis: Pas perlu keluar PR
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
23 Disember 2014


Dr Jeniri Amir Dr Jeniri Amir

SHAH ALAM – Usaha PR untuk memenangi sokongan pengundi Sabah dan Sarawak seterusnya menawan Putrajaya akan lebih mudah sekiranya Pas keluar dari gabungan itu.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, ini berikutan kehadiran Pas ditanggapi persepsi negatif rakyat di kedua-dua negeri setelah parti itu berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

“Isu hudud amat sensitif bagi penduduk Sabah dan Sarawak yang majoritinya bukan beragama Islam. Malah DAP di Sarawak, sedia untuk tidak bekerjasama dengan Pas jika mereka mahu meneruskan hudud.

“Jadi hudud memang beri kesan dari segi sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kepada PR. Tetapi, jika Pas keluar dari PR mungkin akan memudahkan PR menang di Sabah dan Sarawak,” katanya semalam.

Menurut beliau lagi, isu hudud yang diperjuangkan Pas juga akan memberi kesan negatif kepada imej DAP di Sabah dan Sarawak.

“Hudud ini bukan perkara baharu yang ditentang oleh DAP. Mereka bermati-matian tidak mahu hudud dilaksanakan kerana beri kesan kepada mereka dari segi politik.

“Bagaimana sebuah parti yang berjuang untuk orang bukan Islam boleh membenarkan hudud?,” katanya.

Selain itu, katanya, kehadiran Pas dianggap tidak relevan di kedua buah negeri itu.

“Hakikatnya Pas merupakan parti yang susah untuk diterima di dua buah negeri yang mempunyai demografi kaum yang berbeza daripada Semenanjung. Berdasarkan pola mengundi rakyat dalam pilihan raya lalu, cubaan Pas bertanding ternyata gagal.

“Pola ini dijangka akan berterusan dan Pas memang tiada peluang masuk di kawasan Melayu, apatah lagi di kawasan bukan Melayu,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:12 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 22-12-2014 09:23 AM
Kalau pilih antara pas dgn umno, saya pilih umno

pilih yg mana ye antara umno, pas & islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:26 AM | Show all posts
karlee posted on 23-12-2014 10:12 AM
pilih yg mana ye antara umno, pas & islam

Islam yg tak extreme.

umno Dan pas kedua2nya hanya bertopengkan Islam utk kepentingan diri Dan agenda racist sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:27 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-12-2014 10:03 AM
Penganalisis: Pas perlu keluar PR
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
23 Disember 2014

Pas mana Ada telur nak keluar PR. Jilat bontot umno saja yg pandai.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:40 AM | Show all posts
Marina Mahathir!!! I solute you!!!
Please follow your heart!!!

Your father is NOT a good example to follow!!

Follow your heart!!
You have earned all my respects!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:49 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 08:47 PM
yes...apa pun boleh berlaku..itu lah tugas pakar..bukan tugas kita.

secara lojiknya....memang s ...

setuju...sbb tu kalu nak implement hudud ni xboleh separuh2...kena kaji sampai abes so that xda yg teraniaya...
hudud bukan sekadar sebat ngn potong tangan jek..
hudud ni untuk keadilan...hudud yang sepatutnya ikut undang2 al Quran bukan hudud PAS...
kalau betol hudud jadi kat kelantan, kita tgkla apa impact dia..

kita harapkan effective memandangkan macam2 kes pelik berlaku kat kelantan skrg ni...
if dengan pelaksanaan hudud kat kelantan boleh reduce AIDS, anak luar nikah, sumbang mahram then be it...
jgn nanti kelantan kurang jenayah tapi negeri lain bertambah sbb org da lari kuar dari sana..
no offense, sekadar my 2 cents..

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:57 AM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 22-12-2014 11:23 PM
toksah cakap besaq laa.. kita setel mende mudah dulu

undang2 syariah tiap negeri tuh.. misal ka ...

tu pasal lah aji..rata2 sibuk cakap hudud hukum Allah swt..tuhan sekelian alam..tapi bila bab menghukum...kena bezakan pula..yg islam dan bukan islam...kalau melayu rancang dgn cina merompak bersama..kena tangkap..melayu kena potong tangan...cina penjara sahaja..tak nampak keadilannya disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:08 AM | Show all posts
JokesCop posted on 23-12-2014 03:41 AM
Dah dijawap ni aji oleh PAS, aku xtau official ke syok sendiri ke..

Jawapannya, kalau ada kene  ...

Ni official...sbab yg jawap tu adalah Tim Menteri Besar Kelantan merangkap Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993...tak tahulah diusul keParlimen nanti ditukar..Hudud utk semua tak kira bangsa tak kira agama..


HUDUD UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA, KATA TMB
April 24, 2014




Undang-undang tersebut diyakini akan dapat me-ngurangkan kadar jenayah

(Free Malaysia Today) – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hukum hudud ini ha-nya melibatkan umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu takut dengan hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Malah katanya, orang bukan Islam turut akan mendapat manfaatnya kerana undang-undang tersebut diyakini akan dapat me-ngurangkan kadar jenayah.

“Kadar jenayah sekarang dilihat semakin tinggi dan pada pandangan saya hukum hudud ini apabila ia dikuatkuasakan kelak akan me-ngurangkan jenayah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 berkata Kerajaan Pas Kelantan merancang menggunakan perkhidmatan pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun hadapan.

Mohd. Amar memberitahu, selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

Beliau berkata, hukuman tersebut dilihat lebih berkesan daripada Kanun Tatacara Jenayah yang diamalkan sekarang di mana semua pesalah perlu menjalani hukuman penjara selain ia juga membebankan kerajaan menanggung kos tahanan tersebut.

“Hukum hudud ini adalah agak berbeza di mana pesalah yang telah dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya di sini semalam.

Tambah Mohd. Amar undang-undang Islam itu adalah lebih berperikemanusiaan di mana setiap pesalah terbabit sebelum dijatuhi hukuman perlu dibuktikan kesalahan.

“Pertimbangan juga akan dilakukan sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya mereka (pesalah) mencuri atas sebab-sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa ia tidak akan dikenakan hukuman potong tangan,” katanya.

Sementara itu Kerajaan Pas Kelantan disaran agar mengkaji semula pelaksanaan hukum hudud yang ingin dijalankan negeri itu kerana hukum hudud Islam merangkumi semua pihak termasuk orang bukan Islam.



Last edited by Anak_Nogori on 23-12-2014 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:11 AM | Show all posts
Aku sokong buat hudud kat Kelantan tapi sebelum tu introduce kawalan sempadan negeri dan hadkan migrasi keluar/masuk Kelantan macam Sabah/Sarawak.

Satu lagi implementasi MESTI menyeluruh. BUKAN hanya untuk muslims sahaja.

This is my true wish.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:12 AM | Show all posts
Hudud untuk siapa?
May 7, 2014 Pendapat 2

TYDP KT
Islam mementingkan keadilan

Antara nilai-nilai asasi yang di bawa oleh Islam merangkumi prinsip kehidupan individu, keluarga, masyarakat hatta sistem politik adalah sifat adil.  Ini dapat dilihat apabila Allah s.w.t. telah menjadikan keadilan adalah matlamat semua risalah samawiyyah. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai-bagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (al-Hadid: 25)

Yang dimaksudkan dengan keadilan itu ialah memberikan hak kepada yang berhak sama ada hak individu atau jemaah. Islam menyuruh berlaku adil terhadap diri sendiri dengan mengimbangi antara hak dirinya, hak tuhannya dan hak orang lain.

Islam juga menuntut berlaku adil terhadap semua manusia sama ada yang kita suka atau yang kita benci. Janganlah kerana sayang kita sentiasa menyebelahi seseorang walaupun pada perkara kebatilan. Sebaliknya kebencian tidak menghalang daripada berlaku adil terhadap hak seseorang. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Ahli Kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar daripada itu. Mereka berkata: “Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata.” Maka mereka disambar petir kerana kezalimannya, dan mereka menyembah anak sapi, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu kami maafkan (mereka) daripada yang demikian. Dan telah kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata.” (al-Nisaa’: 153)

Islam juga menuntut bersifat adil dalam percakapan. Janganlah kerana marah tidak lagi berbicara secara benar. Begitu juga ketika reda sehingga mengharuskan kebatilan. Firman Allah. s.w.t. bermaksud:

“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.” (al-An’am: 152)

Islam menuntut berlaku adil dalam penyaksian. Tidak dibenarkan bersaksi kecuali pada perkara yang ia tahu sahaja. Jangan ditokoktambah dan jangan dikurangkan daripada apa yang diketahuinya sahaja serta jangan diselewengkan fakta sebenar. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.” (al-Talaq: 2)

Islam juga menuntut berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (al-Nisaa’: 58)

Apabila kita membicarakan tentang keadilan hukum Allah s.w.t., kita tidak boleh mengelakkan diri daripada berbicara tentang hukum hudud terutamanya kerana  ia menjadi isu yang hangat diperkatakan mutakhir ini. Ramai yang berpandangan bahawa hukum hudud hanya dikhususkan kepada orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak terlibat.  Seandainya hudud  hanya untuk orang Islam sahaja, apakah keadilan akan tertegak terutamanya apabila kes-kes jenayah hudud berlaku merentasi kaum dan agama seperti di Malaysia?  Untuk merungkai persoalan ini pandangan para fuqaha’ sepatutnya dirujuk.

Pengertian hukuman hudud

Hudud dari sudut bahasa ialah halang dan memisahkan antara dua benda.[1]

Pengertian hukuman hudud dari sudut syarak ialah hukuman yang telah ditetapkan kadarnya dan bertujuan melaksanakan hak Allah s.w.t.[2] Oleh itu, tidak termasuk dalam pengertian tersebut  hukuman takzir, kerana tiada penentuan secara khusus dan juga hukuman qisas, kerana ia berkait dengan hak-hak  manusia.

Hukuman tersebut dinamakan sebagai hudud kerana mengikut kebiasaanya dapat mencegah pelakunya daripada mengulangi perbuatan jenayah.

Jumhur fuqaha’ bersepakat mengatakan jenayah yang melibatkan hukuman hudud terbahagi kepada lima, iaitu mencuri, hirabah (merompak dan membunuh), zina, qazaf dan  minum arak. Sebahagian  fuqaha’  mengatakan jenayah yang melibat hukum  hudud ada tujuh, iaitu ditambah dengan kesalahan murtad (riddah) dan pendurhakaan (baghyun).

Hukuman hudud terbahagi kepada tujuh kategori mengikut kesalahan jenayah yang dilakukan iaitu:

Mencuri,  hukumannya adalah potong tangan.
Merompak dan membunuh (hirabah), hukumannya adalah 1) bunuh, 2) bunuh dan salib, 3) potong tangan, 4) buang negeri. Semuanya bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukan.
Zina, hukumannya adalah 1) sebat, 2) buang negeri, 3) rejam sampai mati.
Qazaf, hukumannya adalah sebat dan tidak diterima sebagai saksi.
Minum arak, hukumannya adalah sebat
Murtad (riddah) hukumannya adalah 1) bunuh, 2) dirampas hartanya
Pendurhakaan (baghyun) hukumannya adalah bunuh.[3]
Di mana dan ke atas siapakah dikenakan hukuman hudud?

Persoalan yang timbul ialah apakah skop kawasan dan siapakah yang terlibat dengan hukum hudud ini?

Undang-undang jenayah Islam pada asalnya merupakan undang-undang yang bersifat global kerana ia adalah sebahagian daripada syariat Islam. Syariat Islam sememangnya bersifat ‘aalamin.

Oleh kerana pada hari ini  tiada Negara Islam atau Khilafah Islamiah dalam ertikata yang sebenar selain daripada hanya berbentuk negara-negara umat Islam, maka pelaksanaan undang-undang Islam hanya boleh dilaksanakan dalam skop yang kecil iaitu mengikut kawasan atau negeri atau negara. Undang-undang  jenayah Islam dengan itu, merupakan undang-undang setempat dari sudut realitinya hari ini.

Dari sudut sasaran pelaksanaannya, mengikut pandangan yang dipakai oleh Imam Malik, Syafei dan Ahmad bin Hanbal, hukuman hudud  merangkumi semua jenis jenayah yang melibatkan hudud yang berlaku dalam negara Islam tanpa mengira warganegara dan agama pelakunya[4] sama ada orang Islam, kafir zimmi[5] atau musta’min.[6]

Ini kerana bagi orang Islam semestinya terikat dengan hukum hakam syariat. Bagi kafir zimmi kerana mereka terikat dengan akad zimmah yang menjadikan mereka wajib mematuhi hukum hakam Islam sebagai timbal balas kepada jaminan keselamatan diri dan harta mereka. Manakala bagi musta’min pula mereka tertakluk kepada hukum Islam kerana jaminan keselamatan yang mereka minta.[7]

Ini merupakan kaedah umum.  Jumhur fuqaha’  bagaimanapun  mengecualikan bab minum arak iaitu peminum arak yang bukan Islam tidak dikenakan had minum arak kerana meraikan pegangan mereka yang menghalalkannya. Sebahagian fuqaha’ yang lain berpandangan sebaliknya.

Al-Zohiriyyah berpandangan wajib dikenakan hukuman had minum arak tanpa mengira siapa peminumnya; orang Islam atau kafir.
Al-Ja’fariyyah mengatakan dihukum juga orang kafir sekiranya mereka minum arak secara terang-terangan.
Al-Zaidiyyah berpendapat orang kafir juga dikenakan hukum had minum arak apabila mabuk, kerana mabuk juga diharamkan oleh agama mereka. Inilah pandangan yang kuat kerana arak jelas merosakkan akal.[8]
Berdasarkan kepada apa yang dibincangkan oleh para fuqaha’ jelas bahawa hukum hudud tidak terbatas hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja malah merangkumi orang Islam dan bukan Islam.

Perkara yang berbeza antara orang Islam dan bukan Islam hanyalah melibatkan hal-hal aqidah dan kepercayaan[9] serta isu-isu yang melibatkan perkahwinan dan kekeluargaan.[10]

Apa pun pandangan yang mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum hakam syariat, pandangan ini disangkal dengan hujah bahawa keadilan[11] dan penjagaan kemaslahatan masyarakat lebih utama berbanding dengan yang lain.[12]

Oleh itu adalah menjadi kewajiban kita sebagai muslim untuk menjelaskan konsep hukum hudud ini kepada bukan Islam. Penjelasan yang diberi tidak seharusnya menekankan tentang ketegasan hukum Islam semata-mata tetapi penekanan haruslah diberi dari aspek kesan hudud ini terhadap kehidupan masyarakat yang membawa kepada keamanan dan keharmonian. Pada masa yang sama mempamerkan keindahan Islam dari sudut keadilan dan kesungguhan pembasmian jenayah.

Ustaz Kamarudin Awang Mat
TYDP ISMA Kuala Terengganu

______________________________

[1] Al-Bustani, Fuad Afram: Munjid al-Tullab, hlm 108, 1956, Bayrut, Dar al-Masyriq.

Qal’ahji, Muhammad Rawwas: Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, hlm. 176, 1988, Bayrut, Dar al-Nafais.

[2] Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 127 dan 634, 1989, Bayrut, Muassasah al-Risalah.

[3] Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 634-663, 1989, Bayrut, Muassasah al-Risalah.

[4] Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, juz 1, hlm. 280-287, 332-334 dan 339, 1989, Bayrut, Muassasah al-Risalah. Zaydan, Abd Karim: al-Madkhal li Dirasah al-Islamiyyah, m/s 344, 1990, Bayrut, Muassasah al-Risalah.  (شرح السير الكبير ج 1 ص 207، و ج 4 ص 108، المبسوط ج 3 ص 121، الأم للشافعي ج 6 ص 40، المحلى لابن حزم ج 9 ص 425، الخلاف للطوسي ج 3 ص 242، اختلاف الفقهاء للطبري ص 45، البحر الزخار ج 5 ص 148)

Zaydan, Abd Karim: Majmuah Buhuth Fiqhiyyah, hlm. 396, 1986, Bayrut, Muassasah al-Risalah. Ahmad, Abd  al-Rahman,(Ulama al-Azhar al-Syarif): Adakah Dilaksanakan Hudud ke Atas Orang-Orang Bukan Islam. 25.4.2007

http://www.ikhwanonline.com/new/ ... D=27901&SecID=0  25.4.2007 Al-Basyar, Khalid bin Abd Allah, Tenaga pengajar di Universiti al-Malik Sauud, Arab Saudi: Adakah Dilaksanakan Hudud Terhadap Orang-Orang Kafir Yang Tinggal Dalam Negara Islam.

http://ejabh.m5zn.com/arabic_article_101361.html 2011

Al-Qaradawi,Yusuf: Pelaksanaan Hukum Jenayah Islam.

http://www.qaradawi.net/library/52/2483.html 9.7.2001

[5] Zimmi ialah bukan Islam yang mendiami Negara Islam dan membuat perjanjian untuk mematuhi undang-undang Islam. Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 276.

Istilah semasa bagi ahli zimmah adalah muwatinun atau warganegara. http://www.qaradawi.net/new/libr ... 1-26-18-45-50/2107-

[6] Mustamin ialah kafir harbi yang memasuki Negara Islam dengan mendapat keizinan atau jaminan keselamatan khas atau melalui perjanjian. Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 277. http://www.qaradawi.net/new/all-fatawa/1802-2012-02-04-022400.

[7] Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 287.

[8] Abd Karim Zaydan, al-Madkhal li Dirasah al-Islamiyyah, m/s 344.

[9] Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 332.

[10] http://www.qaradawi.net/new/all-fatawa/1802-2012-02-04-022400

[11] Audah, Abd Qadir: al-Tasyri; al-Jinaiyy al-Islamiyy, hlm. 334.

[12] Ahmad, Abd al-Rahman,(Ulama al-Azhar al-Syarif): Adakah Dilaksanakan Hudud ke Atas Orang-Orang Bukan Islam. 25.4.2007  http://www.ikhwanonline.com/new/ ... D=27901&SecID=0  25.4.2007
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hasil didikan bijak bistari ayahanda tersayang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:15 AM | Show all posts
Mmg benar cakap Marina. Tengok dlm forum, Muslim yg tinggal bersama non Muslim begitu byk tahun masih tak tahu makanan vege tak involve alcohol,  binatang termasuk utensil yg dipakai.

Inilah bukti kukuh Islam memecah belahkan rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:16 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-12-2014 10:57 AM
tu pasal lah aji..rata2 sibuk cakap hudud hukum Allah swt..tuhan sekelian alam..tapi bila bab meng ...

keh keh keh

lu ar ankel, sila keluar dari kepompong akal logik boleh?  

semasa perjajian hudaibiah, ramai sahaja tidak bersetuju dengan keputusan Rasullullah..tidak adil kata mereka..
selepas 2-3 tahun, barulah mereka nampak kesan besar perjanjian hudaibiah itu pada Mekah dan Madinah.

mari kita tengok ini macam....
Mencuri,

Orang Bukan Islam dipenjara...
Orang Islam dipotong tangan..

Orang bukan Islam keluar penjara kembali mencuri...
Orang Islam selepas potong tangan lu rasa akan mencuri lagi?
Orang Islam yang menyaksikan kejadian potong tangan itu akan mencuri kah selepas itu?

Lama-lama, penjenayah cuma akan tinggal dikalangan orang bukan Islam sahaja...
Lama-lama, orang bukan Islam (yang bukan penjenayah) sendiri akan mohon Hudud dikenakan kepada orang bukan Islam kerana yakin dengan hukuman Islam.
Lama-lama, orang bukan Islam sendri malu dengan sistem mereka kerana tidak berjaya membawa keamanan...

Pandanglah jauh sedikit...
Even seorang pemandu teksi India beragama Hiondu yang wa jumpa pun mahu supaya sistem Hudud dilaksanakan kerana penjenayah sudah semakin melampau...
Inikan pula orang Islam...

keh keh keh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 11:24 AM | Show all posts
Ah_Kwan posted on 23-12-2014 11:16 AM
keh keh keh

lu ar ankel, sila keluar dari kepompong akal logik boleh?  

Orang yang buat jenayah merasakan diri mereka polis takan dapat tangkap mereka, sebab tu mereka berani. Sama juga kes edar dadah hukum mati pun mereka tak takut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.626443 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list