CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Hudud akan memecah-belahkan masyarakat – Marina Mahathir

[Copy link]
Post time 22-12-2014 09:19 PM | Show all posts
gue posted on 22-12-2014 08:13 PM
Salam

Bila isu ini timbul, ini menambahkan keyakinan bahawa islam sedang naik dan pasti akan mena ...

pada pandangan saya..bukan mudah PAS mendapat kelulusan 2/3 sidang parlimen bila pas usulkan hudud diParlimen nanti...terutama bangkangan dari rakan setidor sebantal mimpi lain2 PAS spt DAP dan PKR..belum campur PBS, MCA, GERAKAN, MIC dsbnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 09:20 PM | Show all posts
atira posted on 22-12-2014 08:24 PM
jika islam itu lifestyle.. peperangan akan berlaku??? ----ni ayat ko

oleh itu jom sekular sampa ...

Salam

Musuh2 islam memang tak boleh hidup senang jika islam menjadi penaung segala hal.

Mana mungkin, cuba lihat negara2 yg cuba tegak shariah, dibantai habis2an. Malaysia tidak terkecuali... sekarang mereka masih boleh diam sbb umat islam di Malaysia sendiri suka dgn liberalisme, sekularisme dan mcm lain. So tak perlu serang dari luar, didalam pun dah pecah belah.

Siapa yg mahu peperangan..kalau boleh memang nak hidup aman damai..tapi kamu jgn kamu sangka kamu dah beriman kalau belum duji dgn kematian , kesusahan dan kelaparan.

Tapi don't worry di Malaysia tak perlu susah2 berperang . Umat Islam Malaysia dah kalah dgn perang ideology shaja. Senangkan?



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:25 PM | Show all posts
gue posted on 22-12-2014 09:20 PM
Salam

Musuh2 islam memang tak boleh hidup senang jika islam menjadi penaung segala hal.

sebiji ayat lobai umno punye ceramah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:26 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 09:19 PM
pada pandangan saya..bukan mudah PAS mendapat kelulusan 2/3 sidang parlimen bila pas usulkan hudud ...

Salam

Demokrasi juga adalah serangan ideology..masakan rakyat biasa tahu apa yg mereka undi..especially rakyat sudah diulit dgn kemewahan dan jahil..

saya masih dgn pendapat saya bahawa umat islam kena bersatu di bawah nama islam..baik PAS atau UMNO..jika ini berlaku jgn ingat perjalanan menjadi mudah...pasti semakin susah utk mendaki...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:29 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 09:00 PM
saya rasa tak ramai yg takut buat salah dan dikenakan hudud..kebanyakkan yg saya nampak mereka rag ...

mereka kena faham bukan semua kesalahan dijatuhkan hukuman hudud..
malah byk kesalahan2 yg hukumannya bukan di bawah hudud ataupon qisas..
tapi takzir yg tak salah aku samalah dgn hukuman civil kita sekarang..


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:31 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 09:08 PM
bila Hadi Awang ditanya cara nak potong tangan...dia cakap..kena bius dulu..ni bukan ahli pas cala ...

ingat bius tu murah?? tahu pakar bius tu berapa gaji die??
hai laa dorg ni.. jgn main sebut je..
operate buang bisul pon beribu dowhhhh..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 09:32 PM | Show all posts
gue posted on 22-12-2014 09:26 PM
Salam

Demokrasi juga adalah serangan ideology..masakan rakyat biasa tahu apa yg mereka undi..es ...

pendirian saya pun sama....utk islam menjadi kuat..mesti bersatu...umpama lidi..lidi sehelai mudah dipatah2kan..tapi bila seberkas...kekuatannya sungguh menakjubkan.

tapi..saya...PAS tak mahu bersatu dgn UMNO...mereka rela bersatu dgn DAP atas prinsip tahaluf siyasi utk menumbangkan UMNO...bukan bertahaluf siyasi dgn DAP dan PKR utk melaksanakan Hudud.

jadi..gambar boleh membayangkan berjuta cerita.


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:38 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 22-12-2014 09:29 PM
mereka kena faham bukan semua kesalahan dijatuhkan hukuman hudud..
malah byk kesalahan2 yg hukuma ...

mereka nak faham macam mana...kalau pemimpin2 PAS pun tak boleh terangkan..sebab tu mereka ragu2.

contoh spt yg saya dah sebut pasal bius sebelum dipotong tangan...wanita dikenakan qazaf 80 sebatan sekiranya tidak membawa 4 saksi...liwat isteri dibenarkan..krn isteri telah sah dinikahi..yg salah ialah bila liwat org yg bukan isteri...hukum hudud hanya utk org islam sahaja.

so..bende2 ni menjadi persoalan dibenak ramai org..dan memerlukan PAS menerangkan sampai ke akar umbi...yg bukan islam plak..tentulah mereka tentang..beri lah apa saja jawapan..mereka tak kena hudud..mereka tetap ragu dgn PAS..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 09:45 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 09:38 PM
mereka nak faham macam mana...kalau pemimpin2 PAS pun tak boleh terangkan..sebab tu mereka ragu2.
...

yg aku nampak laa.. tak kira isu apa.. dr pihak kerajaan mahupon pembangkang..
kadang2 idea yg bagus tapi gagal diterangkan dengan baik..
bukan bagi org tambah paham tapi tambah keliru dan menimbulkan isu ada laaa...


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:57 PM | Show all posts
Adakah pemimpin Islam PKR pun nak tolak hudud, tanya PAS

22 DIS: Dengar komen-komen pemimpin PAS pasal hudud nampak macam, pemimpin parti itu beria-ia mempertahankan hasrat kerajaan Kelantan melaksanakan undang-undang itu.

Baik pemimpin atasan, ulama turun ke peringkat bawah, ada yang beri kata du kepada pemimpin DAP yang tegar menentang hudud.

Namun, sejak isu hudud dibangkitkan PAS termasuk modal pada musim pilihan raya, PAS sekadar bercakap dan terus bercakap.





Ibarat ayam jantan yang berkokok, tetapi penyudahnya isu itu senyap dan DAP terus didakap.

Cuma kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib nampak lebih bijak berbanding rakan-rakannya yang lain.

Mungkin sebelum ini tidak ada peluang sangat bercakap sebab tidak ada jawatan besar dalam parti dan kerajaan.

Kini, Zaidy yang juga Adun Taman Templer adalah Exco kerajaan Selangor.

Kesimpulan Zaidy, kenapa perlu diharaikan kalau DAP berterusan menolak hudud kerana pemimpin DAP yang bukan Islam tentu akan menolaknya kerana tidak faham mengenai hukum berkenaan.

Persoalan sekarang, katanya adalah PKR kerana majoriti pemimpin parti itu termasuk peringkat Parlimen adalah orang Melayu.

“Kepada orang bukan Islam, kita tidak boleh nak paksa.

“Tetapi bagi orang Islam, kita ada kewajipan untuk menerimanya. Kita mesti percaya, ada akidah. Kalau tolak, kita berdosa dan sebagainya.

Zaidy Abdul Talib
ZAIDY


“Justeru, dari sudut orang beragama Islam, PKR mesti menyokong,” katanya kepada pemberita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) di Gombak, Selangor, Isnin.

Kesimpulannya kata Zaidy, PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam.

Katanya, PKR ‎tidak sewajarnya mengikut jejak langkah DAP yang menolak hudud kerana parti itu majoriti ahlinya bukan beragama Islam.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan undang-undang yang akan dibawa PAS dalam Dewan Rakyat itu sebagai “bermasalah”.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor itu bagaimanapun optimis pergeseran isu hudud tidak akan menjejaskan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, (PR).

Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya minggu lalu dalam satu resolusi bertegas menolak hudud dilaksanakan di negeri atau pusat dan dipersetujui sebulat suara 938 perwakilan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PR mesti jelas dengan kedudukannya jika mahu menawan Putrajaya semasa Pilihan Raya Umum ke-14  nanti.

“Itu mesti jelas kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana, bukan pengundi ekstrem,” katanya.

Mungkin kenyataan Zaidy ini cuba menyedarkan PKR terutama Anwar tetapi apa dikhuatiri, PAS akhirnya akan mengalah juga kepada PKR, sama seperti mereka tunduk kepada DAP sebelum ini.

Lihat sajalah krisis menteri besar Selangor, PAS mengalah dan menolak jawatan itu walaupun mempunyai lebihan kerusi di Dewan Undangan (DUN) Negeri Selangor.

PAS juga mengalah apabila satu kuota Exco ditarik balik dan hanya diganti jawatan timbalan speaker.

Itupun selepas berlawan undi dengan DAP.

Justeru itu, tidak hairan jika PAS hanya sekadar bising-bising  mengenai hudud kerana tanpa isu itu PAS mungkin akan dilupai kerana ramai parti itu sudah muak melihat PAS diperkuda PKR dan DAP.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:09 PM | Show all posts
hudud itu dr Allah
Kenapa umat yg dijadikan Allah nk menentang apa yg Allah suruh. Beragama islam plak tu. Hudud bukan nak menganiaya sesiapa. Kalau xbuat salah tak kan nak kena hukum?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gue posted on 22-12-2014 09:20 PM
Salam

Musuh2 islam memang tak boleh hidup senang jika islam menjadi penaung segala hal.


Sedar xsedar sebab idealogy-lah islam berkembang pesat dinusantara..

Sultan jatuh cinta dgn budaya, tatasusila pedagang arab, maka dipeluk islam meninggalkan agama paganism.. The idea of sultan masuk islam, rakyat pun ikut..

Idealogy demokrasi ni keuntungan dia percambahan ekonomi dan produktiviti yg lebih baik dari sistem feudalism or monarki.. Kalau nak cakap demokrasi membantutkan islam.. Xbetul, tgk france, berape lame amalkan demokrasi? Islam berkembang pesat dekat situ..

Masalah demokrasi membantutkan islam adalah salah..

Yg membantutkan islam adalah pemikiran yg terlalu konservatif dan extremist..

Dalam demokrasi ada sayap2 sendiri, kiri,kanan dan tengah.. Bila terlalu kanan, masalah la.. Demokrasi bukan ideologi, tapi method.. Last edited by JokesCop on 22-12-2014 10:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan posted on 22-12-2014 09:31 PM
ingat bius tu murah?? tahu pakar bius tu berapa gaji die??
hai laa dorg ni.. jgn main sebut je ...

Masalah bius ke tidak tu jawapan dia mudah.. Hudud tu utk ape? Menganiaya pesalah? Memghukum pesalah? Tu hak Allah, bukan hak manusia..

Hudud dicipta supaya orang yg melihat hukuman disekeliling insaf dan xnak buat jenayah tersebut..

Bius ke xbius, itu lain cerita, yg penting objective dia nak org yg tgk takut.. Itu soalan mudah dan jawapan sepatutnya mudah..

Kalau ulama selalu berpikiran yg rakyat marhaen xbijak dan bagi jawapan autokratik, dia jadik mcm ni.. Dari ulama sampai ke pengikut tergolek-gelantang.. Bagi penerangan la..

Ni bukan budak 3 tahun cakap jangan main maghrib2, nanti nampak momok.. Yg nak dgr explaination ni org dah besar panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:23 PM | Show all posts
Editor: KuntaKinte Malaysia | Diterbitkan pada: 22 December 2014|

Sekadar Perspektif: PAS, Hudud dan Al-Arqam

  


Disaat saya menulis artikel ini, saya baru sahaja membaca artikel-artikel yang ditulis mengenai pemikiran Abuya Ustaz Ashaari Muhammad, mantan Syeikhul Arqam yang diistiharkan sesat oleh Jakim berpuluh tahun lamanya dahulu.

Saya bukanlah seorang penyokong Al-Arqam atau pengikut Aurad Muhammadiyah, namun dalam banyak perkara yang dianjurkan oleh jemaah tersebut, ada juga yang saya rasakan rasional dalam menangani krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia pada ketika ini.

Dalam kehangatan fahaman dan cara hidup Islam itu diserang hebat oleh tangan-tangan ghaib yang kita tidak dapat kenali lagi, kita juga berhadapan dengan serangan dari fahaman-fahaman yang berbeza dari dalam Islam itu sendiri. Ada fahaman yang menolak terus amalan atau cara fahaman yang lain. Serangan demi serangan ini melemahkan Islam di Malaysia, bukan sahaja institusi-institusinya (seperti JAIS, JAKIM & Zakat) tetapi juga menyerang kefahaman Islam dan cara hidup Islam.

Sedang kita sibuk menolak satu sama lain, PAS sebuah parti yang tenggelam timbul peganggan mereka terhadap hudud telah mengorak langkah untuk berusaha menjadikan hudud sebagai salah satu cara penghakiman dan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang disebutkan secara spesifik di dalam Al-Quran.

Sekali imbas, ianya satu petanda yang baik untuk umat Islam di Malaysia, dimana hukum Allah akan tertegak juga akhirnya. Namun, apakah ianya masa yang sesuai untuk kita laksanakan hukum hudud di Malaysia, sedangkan cara hidup Islam pun diserang sebegitu hebat. Itu belum lagi dikira peratusan murtad dikalangan umat Melayu Islam di Malaysia yang semakin lama semakin membimbangkan. Apakah wajar untuk kita memperkenalkan semula hukum Islam sedang akidah Islam dikalangan umatnya juga semakin lama semakin goyah.

Abuya Ashaari Muhammad dan gerakan Al-Arqam juga seperti PAS. Mereka mahukan negara Islam (mengikut fahaman mereka) tertegak di bumi Malaysia. Perjuangan Al-Arqam sebegitu ekstrim pada ketika itu sehingga mengatakan bahawa kerajaan Islam akan terbentuk secara “miracle” atau ajaib. Dimana Abuya Ashaari Muhammad akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia bukan dengan sistem demokrasi tetapi dengan cara lain yang benar-benar rahsia dan ajaib.

PAS & Al-Arqam mempunyai pertalian walaupun perjuangan mereka amatlah berbeza. Kesetiaan dan ketaksuban pemimpin juga sama (walaupun akhir-akhir ini Presiden PAS yang dianggap “suci” juga sudah berani dikritik oleh ahli dan pemimpin mereka sendiri), malah Abuya Ashaari Muhammad juga pernah menganggotai PAS.

Abuya Ashaari Muhammad pada mulanya mempunyai sistem dakwah yang unik dan berkesan. Tidak menggunakan caci maki dan berita fitnah, Al-Arqam menjana sifat kasih sayang yang dianjurkan dalam Islam sebagai medium utama penyebaran dakwah mereka. Buku-buku dan risalah mereka memaparkan Islam yang begitu mengutamakan kasih sayang dan kebajikan. Perkara ini ternyata lebih berbeza dengan PAS.

Dalam isu Hudud pula, Al-Arqam tidak pernah mengetengahkan perlaksanaannya, kerana mengikut kata Abuya, belum sampai masanya lagi. Ini tidak bermakna Al-Arqam menolak hudud, namun perlaksanaannya pada hemat jemaah tersebut belum boleh dilakukan di Malaysia. Dalam konteks ini saya amat bersetuju dengan Al-Arqam.

Mengikut kata Abuya Ashaari “Hudud itu ibarat pagar, rumah (Akidah) kita belum siap (sempurna) maka bagaimana kita hendak membina pagar”. Bayangkan, satu jemaah yang begitu taksub dengan ketuanya, dan juga amalan-amalan Islam, boleh berfikir dengan rasional berkenaan perlaksanaan hudud, inikan sebuah parti politik berteraskan Islam tidak boleh faham akan perkara ini. Jawapannya mudah, Hudud PAS bukanlah hudud Islam. Hudud PAS adalah HUDUD politik.

PAS sudah tewas dalam satu hal. Bekerjasama dengan bukan Islam sampai satu masa dahulu mengkafirkan UMNO kerana bekerja dengan MCA & MIC. PAS tewas kerana bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR yang ternyata membawa agenda sekular dan pluralisma.

Bagaikan meludah ke langit ianya jatuh ke muka PAS. Sekiranya hudud dicarik dan dibuang dari agenda PAS, maksudnya PAS sudah ludah kemuka mereka sendiri sebanyak dua kali. Oleh itu, Hudud PAS / Hudu Politik perlu dilaksanakan dengan tergesa-gesa, agar PAS tidak dilihat sebagai opportunist politik yang gagal dalam melaksanakan agenda mereka sendiri. Jika perlaksanaan hudud gagal, tunding sahaja jari kepada UMNO. Walhal yang membentak-bentak tidak mahukan hudud adalah dari pakatan mereka sendiri.

Dari satu sudut, Al-Arqam adalah lebih baik dari PAS. Al-Arqam walaupun diistiharkan sesat mereka tidak menentang kerajaan Malaysia. Al-Arqam juga menaikkan nama dan ekonomi negara dengan pelbagai aktiviti perniagaan. Tidak seperti PAS yang hanya memalukan negara dengan menyediakan “askar-askar” untuk demonstrasi dan mengusung tabung milo kesana dan kemari sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 22-12-2014 09:38 PM
mereka nak faham macam mana...kalau pemimpin2 PAS pun tak boleh terangkan..sebab tu mereka ragu2.
...

Mcm mana cakap utk org islam je.. Bukan teknik merejam tu dikenakan ke atas org yahudi oleh rasullulah? Yg menasihat guna kaedah merejam tu org nasrani?

Aku bukan pakar hadith, tapi dr yg tersurat, nampak hukuman tu berlaku ke atas semua org? Ke nak cakap tu takzir dari rasullulah? Bukan hudud?

Sebab hadith tu la dibuat dalil kenape pesalah zina yg berkahwin akan direjam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:32 PM | Show all posts
JokesCop posted on 22-12-2014 10:27 PM
Mcm mana cakap utk org islam je.. Bukan teknik merejam tu dikenakan ke atas org yahudi oleh rasull ...

saya sendiri pun pelik..mana boleh diletakkan 2 undang2 yg berbeza2...yg islam direjam dipotong tangannya...yg bukan islam didenda dan dipenjara sahaja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:34 PM | Show all posts
PKR dah amik keputusan tutup mulut..tak berani cakap akan menyokong PAS ka tidak...yg paling bestnya Nurul Ijjah selaku Naib Presiden PKR tak tahu biro politik PKR dah mesorat semalam...

Hudud: PKR ambil keputusan tutup mulut
NIZAM ZAIN
22 Disember 2014


Rafizi Ramli Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Mesyuarat Biro Politik PKR mengenai pelaksanaan hukum Hudud telah diadakan semalam dan bukannya hari ini seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli yang menjelaskan bahawa mesyuarat itu dilakukan secara dalaman.

"Mesyuarat Biro Politik PKR telah diadakan semalam untuk membincangkan isu Hudud.

"Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana ia perbincangan tertutup," katanya melalui aplikasi Whatsapp, hari ini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian mengulas mesyuarat biro itu yang dibuat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali pada 3 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam yang mengatakan Biro Politik parti itu akan mengadakan mesyuarat pada 3 petang tadi di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [ PKR bincang isu hudud, esok ]

Bagaimanapun, tinjauan Sinar Online pada 2.30 petang tadi mendapati suasana di luar pekarangan kediaman itu lenggang daripada kehadiran kenderaan milik pemimpin parti itu.

Malah penyelia kediaman rasmi Menteri Besar itu yang ditemui juga memberitahu Sinar Online bahawa mesyuarat tersebut tidak diadakan pada hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:35 PM | Show all posts
nak sangat hudud bagi jelah satu dua negeri implement dulu... kita tengok menjadi ka tak?...

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:37 PM | Show all posts
Ni kenyataan Nurul Ijjah semalam..mak dia sikipas dan paknya enjoy kat NZ..

PKR bincang isu hudud, esok
NIZAM ZAIN
21 Disember 2014





KUALA LUMPUR - Hasrat kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu bakal dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR, esok.

"Insya-ALLAH esok kami (Biro Politik) akan ada pertemuan politik untuk memperhalusi perbincangan dalam hal ini, pada 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kita akan beri kenyataan rasmi selepas pertemuan esok," kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita selepas menemui penduduk di Jalan Bukit Pantai, Bangsar, di sini, hari ini.

Isu hudud kembali menjadi polemik dan hangat diperbahaskan apabila Konvensyen Nasional DAP 2014 pada minggu lalu meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan Pas.

Pada konvensyen itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa PR untuk menjelaskan pendirian mereka untuk tidak melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan sebahagian hukum Hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:38 PM | Show all posts
SoalanSaye posted on 22-12-2014 02:30 AM
aku sokong laksanakan hudud, tp laksanakan pd non muslim jgk terutama cina. kita guna cara halos utk ...

ostad hussein yee pun oang cina gak

dr riduan tee abdullah pun oang cina gak

kawan2 aku raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai mak depa oang cina..depa sendiri pandai cakap cina walo bapak melayu kelabu asep

kalo ko halau cina2 selain depa misalnya..abis tu ko ingat cina2 MUSLEM tak rasa sedih ka? bangsa2 ni bukan ko yang cipta, Allah yang cipta

kalo depa rasis, depa jahat or ada agenda..biaq pih laaa..biaq Allah yang setel..ko buat lah apa ko mampu jaga diri dan kelompok ko..yang terbaik tanpa sakiti or aniaya HAMBA ALLAH yang lain walo sekoq anjing gila !!!

ini baru di katakan cara hidup islammmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.068534 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list