|
Kapar: Seorang wanita warga Indonesia berusia 50-an yang lumpuh, maut dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Kampung Rantau Panjang, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun turut cedera akibat melecur.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya tiba di tempat kejadian jam 6.12 pagi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Katanya, anggota bomba daripada Balai Bomba Sungai Pinang, Kota Raja dan Shah Alam ke tempat kejadian dan api dapat dikawal pada jam 6.34 pagi
Katanya, mayat mangsa yang maut belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera dikenali sebagai Rudi Shah.
“Kedua-duanya dibawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17937#....7N7pZPqI.dpuf
|
|