SEJAK kebelakangan ini, nama penyanyi dan pemuisi Fynn Jamal makin meningkat popularitinya di kalangan peminat industri seni tanah air.
Namanya memang cukup dikenali lebih-lebih lagi di laman sosial Instagram miliknya yang sentiasa dipenuhi perkembangan terbaharu anaknya, Bakti Arjuna Fitri yang sememangnya sangat comel dan keletah dengan aksi-aksi menariknya.
Dalam peminat memuji hasil karya serta nyanyian Fynn, rupa-rupanya ada juga peminat yang kurang senang dengan gaya Fynn dalam membawa sesuatu lagu saduran dengan caranya yang tersendiri.
Ramai meninggalkan komen-komen berbaur negatif mengenai persembahan Fynn di sebuah festival, baru-baru ini.
Mungkin ni memang dah cara Fynn kot, kena ada sesuatu kelainan, kalau tak nanti orang mungkin bosan pulak tengok gaya nyanyian artis yang lebih kurang sama. Tak gitu? –MYNEWSHUB.CC
p/s Iols x pandai tepek video dari IG. Cer search bongtri punya IG ada kokspin nyanyi time #klbw14 #klbikeweek2014
Last edited by enchikfitz on 26-12-2014 09:03 AM
|