CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7740|Reply: 82

[Dunia] Jual Roti Canai Di Acheh Pendapatan RM100k Sebulan

[Copy link]
Post time 22-12-2014 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Banda Aceh: Bermodalkan RM30 dan ilmu membuat roti canai daripada seorang lelaki Bangladesh ketika bekerja restoran di Damansara Damai, Petaling Jaya, seorang pemuda Aceh kini tersenyum lebar apabila mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100,000 sebulan.

Menariknya, kata Tommi Ramli, 37, antara tuah melariskan jualan adalah dia menamakan premisnya Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur sehingga melonjakkan populariti dan mampu membuka dua cawangan berbanding ketika memulakan perniagaan gerai kecil tepi jalan.

Ketika ditemui di restoran utamanya di No 51, Jalan Teuku Umar, di sini, pemuda yang masih bujang itu berkata, dia memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada awal 2005 iaitu selepas tsunami membadai Aceh pada Disember 2004.


“Ketika tsunami pada 26 Disember 2004, ratusan ribu nyawa hilang manakala kawasan pantai sepanjang 800 kilometer berdepan Lautan Hindi lenyap.

“Namun kemusnahan itu memberi rahmat kepada kami untuk menjalani hidup tanpa rasa takut dan saya mendapat ilham memulakan perniagaan roti canai.

“Saya mulakan perniagaan pada Mac 2005 dengan modal RM30 dan menebar roti di tepi jalan yang menimbulkan suasana ganjil kepada masyarakat sini. Tiga kali saya menukar nama gerai bermula Canai Aceh, Canai Mamak dan akhir sekali Canai Mamak Kuala Lumpur pada 2006 sehingga kini saya kekalkan. Syukur, ramai singgah makan kerana perasaan ingin tahu roti canai Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan ia popular,” katanya.

Tommi berkata, ketika ini dia mempunyai 60 pekerja di dua cawangan yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 1,000 pelanggan pada satu masa.

Lepasan Sekolah Teknik Aceh dalam jurusan seni bina bangunan itu juga menerapkan sentuhan tersendiri dalam hiasan dalaman serta luaran restorannya yang turut dilengkapi kemudahan Wifi.

“Mengenai ilmu membuat roti canai, saya belajar dengan seorang pekerja Bangladesh ketika bekerja di sebuah restoran di Damansara Damai. Saya belajar menebar roti pula guna kain basah.

“Pengalaman bekerja di Malaysia antara 2000 hingga 2005 saya gunakan sepenuhnya untuk membangunkan restoran sendiri, termasuk idea pengurusan.

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur secara francais sehingga ke seluruh Indonesia,” katanya.
Dia berkata, sebelum ini sukar mencari rezeki disebabkan Aceh sebuah wilayah konflik menyebabkan kegiatan ekonomi setempat sangat lemah.

Menurutnya, dia tidak pernah terbayang Aceh akan menjadi sangat makmur seperti sekarang dan baginya, tsunami turut memberi hikmah kepada cara pemikiran masyarakat untuk memajukan diri dan wilayah bertuah itu.

Harian Metro turut berkesempatan menemu bual seorang lagi peniaga yang kisahnya hampir serupa dengan Tommi iaitu Rahmat Rizal, 31, yang juga pemilik Warung Kopi G and J.

Rahmat berpengalaman berniaga makanan di Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur selama lima tahun sebelum pulang ke Banda Aceh untuk mempopularkan teh tarik dan kopi sepedek (gelas kenit).

“Warung kopi di Aceh kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bagi saya, pemandangan warung dipenuhi pelanggan sehingga lewat pagi adalah petanda rezeki mencurah turun ke bumi Aceh,” katanya.

Sebelum tsunami, Tommi dan Rahmat antara ribuan penduduk Aceh yang terpaksa merantau untuk mencari rezeki di luar wilayah itu berikutan ketegangan di bumi Serambi Makkah membabitkan konflik hampir tiga dekad antara pihak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Jakarta.

http://www.hmetro.com.my/node/18168

      Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 8:36 AM   

MASJID Raya Baiturrahman tidak musnah walaupun bangunan sekeliling lenyap dibawa ombak tsunami.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 09:19 AM | Show all posts
wahhhhh...nama kedai pn catchy gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:24 AM | Show all posts
nama dr malaysia juga yg laku
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:25 AM | Show all posts
kiranya sebelum ni roti canai mmg xder kat indonesia la?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:28 AM | Show all posts
wah rezeki dia...tmpt tu oti canai tk byk..laku la..sini merata2 dh takde benda tengok..nk montah dah
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:31 AM | Show all posts
Alhamdulillah...moga success dlm bisnes..
cantik kedai dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 09:34 AM | Show all posts
Aku selalu fikir kenapa orang Malaysia TAK mau buka restaurant mamak style di London. Kalau ada mestu maju.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:34 AM | Show all posts
semoga success dan semoga tiada mana2 org indo yg mau claim roti canai milik mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 09:35 AM | Show all posts
Eh pasal apa tak ada tukang cat datang cat seluar budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:40 AM | Show all posts
Masya Allah. Inilah rahmat yang Tuhan turunkan kepada hambanya yang tekun berusaha. Siapa kata kalau lakasanakan hukum islam, negeri akan tidak maju dan menutup pintu rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:42 AM | Show all posts
Orange_7491 posted on 22-12-2014 09:25 AM
kiranya sebelum ni roti canai mmg xder kat indonesia la?

Kat bali ada tapi tak best. Pakistan punya. Tak serupa mamak rt & tt
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:50 AM | Show all posts
sikit hari lagi indon claim roti canai dorang punya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 09:50 AM | Show all posts
Yindo guna nama Malaysia.......... x de pon rakyat kita meroyan nk menhencap Yindon

ari tu kes JAMU pun Yindon nk kecoh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:14 AM | Show all posts
indon jual roti canai masuk 100k sebulan..

jadi mod sesen tarak masyukkk...

logiknya...indon 100k kali lebih pandai dari mod...

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap ramai yg masih kat sini sila balik buka bisnes kat sana....


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ai g sana x penah nmpak roti canai pon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 10:28 AM | Show all posts
Orange_7491 posted on 22-12-2014 09:25 AM
kiranya sebelum ni roti canai mmg xder kat indonesia la?

mmg tak de la. nak nak lagi kedai2 tepi jalan gitu. kalau ada pun mungkin kat restaurant indian cuisine.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:28 AM | Show all posts
claim balik dari indon..
ni apa kes guna nama malaysia mari?
kecoh betul dengan jamu dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:29 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 22-12-2014 09:34 AM
Aku selalu fikir kenapa orang Malaysia TAK mau buka restaurant mamak style di London. Kalau ada mest ...

bukan ada satu mamak dulu pernah bukak branch kat london ke kaka? tak ingat .. maju ke hapa. tapi tak tau la konsep restorennya bagaimana. sekarang mmg tak pernah dengar pulak ceritanya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:39 AM | Show all posts
kenapa pilih nama KL bukan Penang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074366 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list