RALAT: Artikel '1MDB simbol kelemahan terbesar Najib - MTEM' HARAKAHDAILY | 21 Disember 2014. MERUJUK kepada artikel bertajuk "1MDB simbol kelemahan terbesar Najib - MTEM" yang disiarkan Harakah pada muka surat 8, bilangan 2006. Pihak Harakah memohon maaf terhadap beberapa kesilapan dan penambahan fakta yang dibuat dalam penulisan tersebut.
Penulis mengakui telah menggunakan butiran perbualan biasa dengan pihak peneraju Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menjadi sebuah artikel yang bertentangan dengan sikap dan pendirian rasmi MTEM.
Sebarang salah faham berhubung penyiaran artikel tersebut dipohon maaf. - Editor Harakah
|