CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4049|Reply: 18

[Tempatan] Penternakan Ikan Sangkar Di Langkawi Setaraf Negara Norway

[Copy link]
Post time 22-12-2014 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Penternakan Ikan Sangkar Di Langkawi Setaraf Negara Norway
Sangkar Ikan HDPE di laut terbuka Foto Bernama Oleh Kurniawati Kamarudin

LANGKAWI (Bernama) -- Kekurangan sumber perikanan yang hadapi dunia hari ini akan bertambah meruncing dalam tempoh 15 tahun akan datang selaras dengan pertambahan populasi dunia.

Badan penyelidik antarabangsa World Fish Centre menyatakan bahawa pengeluaran ikan dunia kini sebanyak 160 juta tan dan untuk menampung permintaan  pengeluaran perlu ditingkatkan kepada 238 juta tan dalam tempoh itu.

Ikan kerapu dari Sangkar Foto Bernama

Realitinya jumlah itu sukar dicapai kerana sumber ikan di laut semakin berkurangan kerana aktiviti menangkap ikan secara besar-besaran terutama dengan  penggunaan teknologi tinggi serta kapal-kapal laut dalam dan pukat besar.

Kekurangan hasil tangkapan ikan yang semakin ketara dirasakan oleh kebanyakan negara pada hari ini. Perkembangan ini turut mengancam kehidupan komuniti nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti perikanan dan yang berkaitan dengannya.

World Wildlife Fund (WWF) menjangkakan sekiranya aktiviti penangkapan ikan secara besar-besaran terus dilakukan, ikan akan mengalami kepupusan sepenuhnya dalam tempoh 16 tahun lagi iaitu menjelang 2030.                       
CEO Aquagrow Corporation Mohamed Razali Mohamed Foto Bernama


SLT DI PULAU SIMPANG TIGA

Kejayaan negara Norway membangunkan industri penternakan ikan salmon sehingga menjadi negara pengeksport terbesar salmon di dunia membuktikan penternakan ikan secara moden dan berteknologi tinggi adalah langkah terbaik bagi mengatasi kekurangan sumber ikan dunia.

Penternakan ikan secara modern akan menjadi satu kerjaya dan sumber ekonomi masa hadapan yang lebih baik berbanding bergantung kepada sumber semulajadi ikan seperti apa yang dilakukan oleh nelayan sekarang ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aquagrow Corporation Mohamed Razali Mohamed.

Mengaplikasikan kaedah sama seperti di Norway, projek penternakan Sangkar Laut Terbuka (SLT) di zon aquakultur di Pulau Simpang Tiga di sini  menjadi projek perintis penternakan ikan secara moden di laut terbuka yang diusahakan Aquagrow.

Melalui kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia dan kerajaan Norway, sangkar-sangkar ikan diperbuat daripada High-density Polyethylene (HDPE) yang digunakan dalam penternakan ikan Salmon dibawa ke Malaysia untuk digunakan di zon akuakultur di Langkawi.

Projek SLT di Pulau Simpang Tiga, Laut Andaman dimulakan tiga tahun lepas dengan menggunakan 18 sangkar bulat HDPE buatan Norway.

Empat jenis ikan diternak dalam sangkar itu - ikan merah (Crimson Snapper), Siakap (Barramundi) dan dua jenis Kerapu iaitu Kerapu Harimau (Tiger Grouper) dan Kerapu Kertang (Grouper Spp).

Setiap satu sangkar mampu memuatkan 40 ribu ekor ikan bersaiz satu kilogram, katanya kepada Bernama semasa lawatan ke pusat penternakan ikan SLT baru-baru ini.

"Penternakan berskala tinggi seperti ini memang memakan modal yang besar paling minima RM20 juta. Semakin besar pelaburannya lebih elok kerana  kos produksi dapat dikurangkan dan kecekapan yang tinggi dapat dicapai.

"Ini penting terutama bagi menyaingi negara-negara yang lebih ke hadapan dalam penternakan ikan seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia," katanya.

  PUSAT PEMBENIHAN IKAN

Sebelum dilepaskan dalam sangkar di laut, pembenihan ikan dijalankan terlebih dahulu di Pusat Inkubator Nurseri di Bukit Malut.

Aplikasi Intergrated Aquaculture Intelligent Solution (IAIS) yang digunakan di Norway dan Scotland turut digunakan di sini. Teknologi IAIS membantu mengesan pelbagai parameter kualiti air termasuk oksigen terlarut, arus, nilai pH dan suhu.

"Ia sangat penting terutama ketika proses awal penetasan agar kadar kematian anak-anak ikan dapat dikurangkan dan membolehkan mereka cepat membesar," katanya.

Selepas sebulan, anak-anak ikan-ikan akan dimasukkan ke dalam kolam khas dengan diberi makanan dalam bentuk palet sepenuhnya selama dua bulan sehingga mencapai saiz 4 sentimeter.

Pada usia lebih kurang tiga bulan baharulah anak-anak ikan ini dibawa masuk ke dalam sangar di laut terbuka dan terus diberi makanan palet sehingga mencapai saiz yang diingini untuk dipasarkan di dalam dan di luar negara, katanya.

IKAN BERKUALITI TINGGI

Ikan-ikan segar yang diternak kini dieksport ke Singapura, Hong Kong dan  China manakala ikan yang diproses dalam bentuk filet pula dieksport ke Australia, Eropah dan Amerika Syarikat

"Untuk tahun 2014 kami telah mengeluarkan 150 tan ikan dan dijangka jumlah itu akan meningkat pada tahun hadapan sebanyak 500 tan. Kita sasarkan pada 2017 kita mampu menghasilkan 1500 tan ikan di Langkawi," katanya.

Selain Langkawi, Aquagrow juga membuka lokasi penternakan SLT yang baharu di Tok Bali Kelantan awal tahun ini dan akan menambah satu lagi lokasi di Pulau Perhentian pada tahun hadapan.

"Kami menghasilkan ikan berkualiti tinggi yang sangat sesuai untuk pasaran luar negara. Potensi ini harus dilihat oleh usahawan lain agar industri ini terus berkembang di masa hadapan agar ia menjadi satu industri yang bernilai berbilion ringgit," katanya.

Mohamed Razali berkata penyertaan ramai usahawan dalam bidang itu akan mempercepatkan proses melahirkan pakar-pakar dalam industri perikanan yang kini banyak bergantung kepada tenaga luar.

"Inilah cabaran yang dihadapi, iaitu kekurangan tenaga mahir dalam negara. Aquagrow sendiri terpaksa mengambil tenaga kerja luar dari peringkat pengurusan sehingga yang bekerja di kolam ikan," katanya yang mengambil pekerja dari Australia, Perancis, Filipina dan Vietnam.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, pakar-pakar luar ini akan diganti dengan tenaga pakar tempatan yang sedang dilatih.

"Selepas ini apabila sudah biasa dengan kaedah ini, kita akan dapat tenaga kerja tempatan. Selain itu, sekiranya industri itu berkembang, komponen  seperti sangkar akan menjadi murah, pusat pemprosesan ikan akan bertambah serta lebih ramai yang mampu membeli hasil ikan yang diternak," katanya.

  BAKAL LAHIRKAN PERANTIS

Bagi melahirkan lebih ramai usahawan industri perikanan, Aquagrow diberi tanggungjawab melalui program tanggungjawab sosial korporatnya untuk melatih usahawan baru.

Program yang mendapat kerjasama Biotech Corporation Malaysia dan Koridor Utara itu dijangka bermula pada awal tahun hadapan dengan memilih enam usahawan tempatan di Langkawi.

Mereka akan dilatih menggunakan kaedah SLT dan penternakan yang sesuai seperti yang disyorkan bagi membantu mereka menjana pendapatan.

Buat permulaan anak-anak benih ikan akan diberikan kepada mereka dan apabila ikan membesar hingga saiz yang sesuai Aquagrow akan membeli ikan-ikan itu untuk dipasarkan.

"Kita akan latih mereka sehingga mahir dan setelah itu sekiranya mereka mampu berdikari, mereka boleh mengusahakan sendiri penternakan ikan sangkar masing-masing.

"Projek CSR ini juga bagi membantu penternak mendapatkan sijil Good Aquaculture Practise (MyGAP) daripada Jabatan Perikanan Malaysia supaya mereka dapat menternak ikan yang berkualiti," katanya yang akan terus membantu kerajaan dan syarikat-syarikat lain untuk memperkenalkan kaedah penternakan SLT ini.

BERKONGSI KISAH KEJAYAAN USAHAWAN AKUAKULTUR

Mereka yang mahu menceburi bidang industri ternakan ikan marin bukan sahaja memerlukan sumber kewangan yang besar tetapi juga perlu sanggup memikul risiko.

Bagi Mohamed Razali Mohamed, 50, ketua pegawai eksekutif Aquagrow Corporation, mengambil risiko bukan perkara baru dalam hidupnya.

Anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan ini telah melalui pelbagai pahit-maung kehidupan.

Berasal daripada sebuah keluarga miskin dan mempunyai sembilan adik-beradik dan sembilan lagi adik-beradik tiri, menjadikan beliau 'alah bisa, tegal biasa' dengan keperitan hidup.

Kesusahan hidup tidak menghalang Mohamed Razali memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Tasmania di Hobart, Australia dalam bidang pengukuran.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Queensland University of Technology di Brisbane, Australia dan memperolehi diploma pasca ijazah.

Secara keseluruhannya, Mohamed Razali menghabiskan masa selama 15 tahun belajar dan bekerja di Australia dan dalam tempoh itulah beliau mula berjinak-jinak dengan bidang akuakultur.

Pada tahun 2000, selepas diyakinkan rakannya akan potensi ternakan ikan, beliau membeli sebuah kolam ternakan ikan di Adelaide, Selatan Australia.

"Selama lima tahun kami menternak ikan Siakap (Barramundi) di dalam kolam dan kami banyak belajar daripada percubaan dan kesilapan sepanjang tempoh itu," kata beliau kepada Bernama.

  KEMBALI KE MALAYSIA

Sekembalinya ke tanah air, Mohamed Razali melibatkan diri dalam perniagaan pengukuran buat seketika sebelum menceburi bidang akuakultur.

"Pada tahun 2006, saya dan dua orang rakan kongsi warga Australia menubuhkan Aquagrow dan memohon pinjaman daripada Agrobank memandangkan pada masa itu kerajaan memang menggalakkan pertanian secara komersil," katanya.

Perlaksanaan projek menjadi lebih lancar kerana sudah ada sangkar ikan di perairan Langkawi yang menunggu sahaja untuk digunakan.

Dengan kelulusan yang diberikan pihak berkuasa, Aquagrow membaiki serta meningkatkan mutu sangkar ikan 'high-density polyethylene' (HDPE) itu serta kemudahan yang ada seperti apa yang dapat dilihat pada hari ini.

Antara kemudahan itu termasuk sangkar bulat, kolam penetasan dan pemeliharaan anak ikan selain daripada jeti dan bot di Bukit Malut.

"Setakat ini hasilnya boleh dikatakan memuaskan dengan pengeluaran lebih daripada 100 tan ikan. Hasil pada tahun depan dijangka boleh mencapai sehingga 500 tan memandangkan begitu banyak anak ikan dalam sangkar sekarang.

"Hasil pengeluaran ikan dijangka melambung tinggi pada tahun 2016 apabila anak ikan mencapai berat antara tiga dan empat kilogram yang boleh dipasarkan di luar negara dalam bentuk filet (isi ikan)," katanya.

PERINTIS TERNAKAN IKAN  DALAM SANGKAR

Mengimbau kembali pencapaiannya, Mohamed Razali memberitahu penulis apa yang dilakukannya penuh dengan risiko terutama di peringkat awal.

Mohamed Razali berasa amat bersyukur dapat mengatasi segala rintangan dan perniagaannya semakin mantap.

Beliau menjadikan pengasas bank Al-Rajhi, Sheikh Suleyman Al-Rajhi sebagai mentor bagi memburu kejayaan. Selain terlibat dalam bidang perbankan Sheikh Suleyman juga terlibat dalam industri akuakultur terbesar dunia dengan memiliki syarikat National Aquacuculture Group (NAQUA) yang beroperasi di Laut Merah.

Berdasarkan kejayaan yang dicapai setakat ini, Mohamed Razali berkata Aquagrow sedang membangunkan ternakan ikan dalam sangkar bertaraf dunia di Laut Andaman berhampiran Langkawi serta Laut China Selatan berhampiran Pulau Perhentian.

"Wawasan kami adalah untuk menjadi pengeluar terbesar ikan laut akuakultur di kalangan negara-negara ASEAN menjelang 2020," katanya.

--BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 01:28 PM | Show all posts
bagus invest buat ni..sayangnya kena bagi komitment..jenuh nak turun naik laut
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:35 PM | Show all posts
tahniah sis.
smoga maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 01:47 PM | Show all posts
Orang Kelantan sis...selayaknya dicontohi bukan macam lava multinick tu.

Btw berapa kos  sebijik sangkar tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 01:52 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 22-12-2014 05:47 AM
Orang Kelantan sis...selayaknya dicontohi bukan macam lava multinick tu.

Btw berapa kos  sebijik  ...

Tak pasti tapi ini modalnya.
"Penternakan berskala tinggi seperti ini memang memakan modal yang besar paling minima RM20 juta

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 02:15 PM | Show all posts
kat langkawi?
hmm bakal jadi mangsa khianat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2014 02:59 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 22-12-2014 01:52 PM
Tak pasti tapi ini modalnya.

wahhhhh...gigel tengok modalnya...

Siapa2 yang baru nak mula/berjinak berniaga dalam sangkar kena bijak kurangkan kos...tu baru namanya usahawan...iaitu mereka yang berusaha dr bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:00 PM | Show all posts
Gemukkkkkkk posted on 22-12-2014 02:15 PM
kat langkawi?
hmm bakal jadi mangsa khianat?

Kenapa sis?

Siapa yang nak khianat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 03:08 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 22-12-2014 01:52 PM
Tak pasti tapi ini modalnya.

20j?...banyak benda lain lagi boleh buat yg kurang resiko...ikan sangkar? siapa tahu? kalau rugi? kalau kena racun?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 03:23 PM | Show all posts
hmmm target aku ni someday, nak buat penternakan ikan sangkar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 03:27 PM | Show all posts
Simunggu posted on 22-12-2014 07:08 AM
20j?...banyak benda lain lagi boleh buat yg kurang resiko...ikan sangkar? siapa tahu? kalau rugi?  ...

hat ni dia pi buat kat adelaide dulu agaknya start kecil2an pastu baru start venture buat besar macam ni.Kalau jenis pikir panjang biasanya pun gitu.kalau trus buat 20 juta memang terkincit ye dop
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:52 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 22-12-2014 03:00 PM
Kenapa sis?

Siapa yang nak khianat?

oi oi punye le ganas avatar dan bahasa aku, ko bahasakan aku sis
semestinya lah aku jantan

anyway, kena hati-hati sikit kat sana tu.  dunia kecik jadi ramai yang nak hidup senang atau halang orang lain jadi senang daripada dia dengan cara hasad dengki.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2014 10:56 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 22-12-2014 03:27 PM
hat ni dia pi buat kat adelaide dulu agaknya start kecil2an pastu baru start venture buat besar ma ...

lagpun business partner heshe ummah kokesen oz.
beliau bukan buka kat langkawi jah.
kat tok bali kelantan pun ada dan akan buka di pulau perhentian jua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa posted on 22-12-2014 02:56 PM
lagpun business partner heshe ummah kokesen oz.
beliau bukan buka kat langkawi jah.
kat tok bali ...

Kalau berdikit-dikit dengan perancangan yang bagus memang boleh berjaya iols percaya.Kalau belum cari benih ikan dah pinjam 20 million kendian xde perancangan kewangan sempurna memang selayaknyalah hancur
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:16 AM | Show all posts

Semalam tengok Chef Yang (chef hong kong) bawa penuntun pergi kaw ternakan ikan dlm sangkat ...mak aiiii besar besar ikan dok dlm sangkar tu. Pelanggan tetap hotel dan restaurant seluruh H.Kong.

Kaya lah wehh. Korang tak dpt buat mcm ni buat ternakan ikan talapia pun dah cukup. Cari jer paya paya terbiar .. lepas tu tak perlu lah merc iphone6 bagai. Kerja macam kuli janji duit dlm bank berkepok kepok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:50 AM | Show all posts
ikn kerapu ni kan.. xde resepi masak lain ke selain masak masam manis/3rase ngan stim?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 03:56 AM | Show all posts
DARSITA posted on 23-12-2014 02:16 AM
Semalam tengok Chef Yang (chef hong kong) bawa penuntun pergi kaw ternakan ikan dlm sangkat ...mak ...

mmg laa besar........ bagi makan tahi manusia
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 04:40 AM | Show all posts
Dalam gambar ikan kerapu???  bertaraf dunia tapi nama ikan pun tak betul... merapu punya wartawan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ikan, buatlah lobster ke ketam ke kupang ke keranh sangkar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.065825 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list