CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5134|Reply: 2

Anak kerap terhantuk kepala : bahayakah?

[Copy link]
Post time 22-12-2014 03:01 PM | Show all posts |Read mode
                                        Anak kerap terhantuk kepala : bahayakah?                                       
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Question: Hi docs, anak saya baru berusia 2 tahun . Dalam tempoh pembesaran dia sehingga hari ini , dia telah mengalami hentakan yang agak kuat di kepala .dia pernah beberapa kali tergelincir , terjatuh ,tersembam dan sebagainya. Sehingga ada benjol di kepala . apa yang saya laku kan ialah dengan tuam kepala anak saya dengan tuala panas atau bantal panas . Apa yang merisau kan saya apakah kesan daripada hantukan yang kuat di masa akan dtg? Sekarang anak saya sihat dan membesar seperti kanak kanak lain malah semakin cerdik. Adakah di masa akan datang kesannya boleh menyebab kan darah beku ke jika tidak mengaambil tindakan ?
Saya tunggu jawapan doktor , Terima kasih doktor .

(Nur Zulyka)



Answer: Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk menjawab persoalam Puan saya perlu menerangkan sedikit mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius dapat difahami dan langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.
Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, saya rasa semua ibu bapa akan menjadi risau kerana takutkan pendarahan di dalam kepala tetapi tidak semua hentakan mesti disusuli dengan pendarahan. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak (‘skull’) dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.



‘Scalp’ = Kulit Kepala ‘Periosteum’ dan ‘Skull bone’ = Tengkorak ‘Dura mater’, ‘Subdural space’, ‘Subarachnoid space’ dan ‘Brain’ = sebahagian dari struktur-struktur Otak


Kesan kepada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak serius tetapi secara visualnya ia boleh membimbangkan ibubapa. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius. Usaha perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.





Selain dari luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol tersebut boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ini bermaknanya ianya pendarahan tersebut di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.


Walaupun begitu apabila ada benjol ianya tidak bermaksud pendarahan hanya berlaku di luar otak dan tiada pendarahan berlaku dalaman otak. Mangsa masih perlu diberi perhatian jika dia menunjukkan simptom-simptom yang menandakan pendarahan dalaman otak, mangsa perlu dibawa untuk rawatan segera yang akan saya terangkan nanti. Benjol di kepala yg disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu untuk hilang sepenuhnya.


Mangsa mungkin akan merasa sakit di tempat benjolan tersebut dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang. ‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.




Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecedaraan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit. Ini bermakna jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan ianya tidak bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak. Kesan hentakan kepada tengkorak yang serius adalah keretakan kepada tengkorak. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ianya bermaksud hentakan yang sangat kuat dan ada risiko kesan serius kepada saraf dan otak. Ianya juga akan menyebabkan otak terdedah kepada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.


Selain daripada keretakan tengkorak, kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak. Bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana di dalam otak. Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak adalah :-


  • Pengsan selepas trauma
  • Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak
  • Amnesia/Hilang ingatan
  • Keliru
  • Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya
  • Sawan
  • Muntah lebih dari sekali
  • Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah
  • Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
  • ‘Pupils’ atau mata hitam tidak sama saiz
  • Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu

Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa mangsa ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas. Selain dari itu ibubapa juga dinasihatkan untuk:


  • Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
  • Memberi makanan yang mudah dihadam seperti bubur dan buah-buahan.
  • Membenarkan anak membuat atau bermain aktiviti-aktiviti yang ringan. Aktiviti berat dan ‘contact sports’ harus dielakkan dahulu. Aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan hentakan kepala harus dielakkan juga
  • Mengelakkan dahulu aktiviti-aktiviti yang memerlukan konsentrasi seperti membaca dan membuat kerja sekolah
  • Membenarkan anak untuk tidur apabila kembali daripada hospital. Bagaimanapun anak hendaklah perlu diperiksa dan dikejutkan secara lembut setiap 2-3 jam. Jangan dibiarkan anak tanpa perhatian dalam tempoh 24 jam pertama.
  • Apabila dikejutkan cuba bertanya soalan-soalan mudah seperti nama mereka
  • Cuba lihat mata hitam mereka (‘pupils’) jika saiznya sama. Jika berbeza hendaklah dibawa terus kepada doktor. (Anda mungkin tidak dapat memastikan ini, maka sekiranya musykil, dapatkan pemeriksaan doktor)


Jika mangsa tiada simptom-simptom seperti yang dinyatakan sebelum ini, keberangkalian pendarahan dalaman otak adalah tipis tetapi untuk mangsa pulih sepenuhnya daripada hentakan tersebut boleh mengambil masa berminggu malah ada yang hingga berbulan untuk pulih sepenuhnya. Bagaimanapun kebanyakan kes yang tiada tanda pendarahan dalaman otak, mereka akan pulih sepenuhnya tanpa ada apa-apa kesan jangka masa panjang walaupun tempoh untuk pulih mengambil masa yang lama.


Jika anak Puan membesar dengan sihat dan semakin cerdik, Puan tidak perlu risau akan darah beku atau kesan hantukan tersebut jika ada sekali pun darah beku ianya sudah diserap ke tisu sekeliling tempat hentakan tersebut seperti saya nyatakan sebelum ini.
‘Beringat Sebelum Terkena’.


Kita sering nampak ayat ini di kain pemidang di jalanraya mahu pun di televisyen. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Walaupun tiada kanak-kanak yang tidak pernah jatuh langsung seumur hidup mereka tetapi ada langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko anak mengalami hentakan atau jatuh di rumah. Antaranya


  • Memasang ‘grill/window guard’ kepada semua tingkap yang boleh dibuka di rumah
  • Memasang pagar keselamatan pada tangga rumah jika ada
  • Memastikan tiada barang-barang atau mainan pada tangga yang boleh menyebabkan anak terpijak dan jatuh
  • Memastikan anak tidak bermain-main di tangga atau pun melompat-lompat antara perabot
  • Jangan membiarkan bayi/anak kecil di tempat tinggi seperti atas katil atau sofa
  • Memastikan palang katil/’cot’ sentiasa diangkat apabila anak di dalam ‘cot’
  • Jika boleh tidak membeli permainan ‘trampoline’ untuk digunakan di rumah
  • Jika berbasikal, bermain papan roda (‘skateboard’) atau kasut roda hendaklah memastikan topi keledar dipakai
  • Menggunakan ‘car seat’ khusus untuk anak (bergantung pada umur) apabila menaiki kereta



(Answered by Dr. Faisal Mohd Fadzli)
sumber:doktorbudak.com

                               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 08:30 PM | Show all posts
Ingat lg adik aku kecik2 dulu slalu jatuh smpai berbenjol2 kepale..mmg parent aku risau btul takut skolah bodo..pejam celik pejam celik masuk mrsm then further study kat oversea skang dah master holder buka biz oil&gas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 02:07 AM | Show all posts
kedaionlinemy posted on 26-12-2014 01:39 AM
dalam hidup ni saya rasa dah lebih sepuluh kali terhantuk kepala,, tapi rasanya masih ok lagi ni - k ...

baguslah. alhamdulillah ada kepala keras dan kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.053801 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list