CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2751|Reply: 0

senaman untuk yang nak seksikan kaki korang

[Copy link]
Post time 23-12-2014 01:07 AM | Show all posts |Read mode

Tidak berpuas hati dengan kaki anda? Sering merasakan yang kaki anda tidak sempurna seperti atlet atau model di luar sana? Tidak perlu risau, kami ada senaraikan 7 jenis senaman yang harus anda lakukan bagi mendapatkan kaki yang seksi dan menarik.
1. Berbasikal
Berbasikal bukan sahaja mesra alam; ia juga adalah satu latihan yang sangat baik untuk menguatkan otot kaki anda. Berbasikal melibatkan pergerakan berterusan kaki, dengan itu menawarkan kaki anda satu senaman yang lengkap dan baik. Mengayuh peddles basikal dengan kaki menggunakan kuasa yang membolehkan kaki anda menjadi lebih kuat dan juga menggantikan lemak di kawasan seperti paha dan betis anda dengan otot.
2. Berenang
Berenang adalah satu aktiviti yang menyeronokkan. Selain daripada memberikan anda satu senaman yang lengkap, ia juga memberi manfaat pada kaki dengan gerakan yang berterusan. Gerakan pada kaki yang berterusan membantu membuang lemak pada kaki, sekaligus memberikan impak kaki yang seksi jika dilakukakan secara berterusan.
3. Berlari
Berlari membantu membakar lemak pada kaki. Pastikan anda ambil masa untuk berlari sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari supaya anda dapat lihat kesan kaki yang cantik tidak lama lagi. Selain itu, berlari juga menjadikan kaki anda lebih kuat dan merangsang imuniti badan. Perlu diingatkan juga, pastikan anda memakai kasut sukan yang sesuai untuk larian agar kaki tidak tercedera.
4. Menari
Menari merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan, yang melibatkan anggota badan utama iaitu kaki. Menari dengan kerap mampu menjadikan kaki anda lebih fleksibel dan kuat. Apabila anda lakukan aktiviti menari dengan kerap, ia dapat membantu membakar lemak di kaki dan dapat membentuk kaki yang seksi.
5. Berjalan
Berjalan adalah bentuk senaman yang paling mudah, tidak memerlukan banyak usaha dan boleh dilakukan di mana sahaja. Malah jika anda tidak dapat mencari masa yang cukup untuk pergi berjalan-jalan, anda boleh berjalan apabila anda mendapat peluang. Sebagai contoh, letakkan kenderaan anda jauh daripada tempat kerja supaya anda mempunyai alasan untuk berjalan ataupun keluar lah berjalan apabila membeli makanan atau ke kedai. Ia benar-benar akan membantu anda dalam jangka masa panjang dan juga pendek.
6. Mendaki
Mendaki merujuk kepada perbuatan seperti mendaki tangga ataupun aktiviti seperti mendaki gunung. Ia adalah satu latihan yang baik untuk kaki anda kerana ia menggunakan tenaga yang banyak. Mendaki dapat membakar kalori yang banyak dan kesannya, anda dapat lihat pada susuk kaki yang seksi dan menarik seperti yang diidamkan. Jadi, apa kata mulai hari ini, anda menaiki tangga, tidak perlu lagi menggunakan lif!
7. Tidur
Ya, tidur sangat penting! Kaki anda perlu berehat dan dijaga supaya ia dapat bersedia untuk bersenam lagi. Oleh itu, sentiasa pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti supaya apabila bangun keesokan harinya, badan anda berada dalam keadaan yang sempurna untuk meneruskan rutin senaman diatas.
sumber:wanista.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.169650 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list