CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2421|Reply: 0

hati-hati bila pekerjaan mula memudaratkan diri

[Copy link]
Post time 23-12-2014 01:10 AM | Show all posts |Read mode
Penting! 5 Cara Pekerjaan Mula Membunuh Dirimu

                       
Pernah dengar ungkapan kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja! Apa dia? Wanista kongsikan beberapa cara pekerjaan secara perlahan mula membunuh diri anda yang diperolehi daripada Majalah EH.
1. Kongsi Penyakit
Kajin National Science Foundation mendapati, 26 peratus penduduk amerika tetap ke tempat kerja walaupun mereka jatuh sakit manakala 34 peratus pula hanya menunggu sehingga rasa kritikal saja sebelum buat keputusan untuk berehat di rumah. Tahukah kamu terdapat lebih 500 jenis bakteria di pejabat namun teman sebelah meja kamu tetap menunggu sehingga keadaan mereka melarat sebelum pulang awal. The Environmental Protection Agency (EPA) ada memberi peringatan tentang “Sick Building Syndrome” dimana situasi bila beberapa pekerja mengadu mengalami sintom sakit yang sama seperti sakit kepala, tekak, rasa lesu dan tak bermaya namun tiada penyakit khusus yang boleh dikenal pasti.
2. Bertambah Gemuk
Menurut kajian kesihatan di Australia, seharian duduk berjam di kerusi akan beri kesan negatif pada fungsi metabolisma. Maksudnya, kurang kalori yang dapat dibakar bila kamu duduk  sejurus membawa pula pada kenaikkan berat badan dan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan jantung. Usah terkejut, risiko kematian juga meningkat misalnya wanita yang duduk lebih dari 6 jam sehari, keberangkalian untuk mati adalah sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dari sesorang yang duduk kurang 3 jam sehari.
3. Sakit Bahagian Belakang, Bahu & Tengkuk
Berdiri seharian terlalu lama juga beri potensi buruk pada kamu. Jika perkerjaan kamu menghendaki posisi untuk kamu berdiri lebih lama, ketahui bahawa kamu berpontensi untuk mengalami kesukaran peredaran darah, lemah anggota badan dan lenguh belakang. Lazimnya perkara ini biasa berlaku dalam dunia perkerjaan yang memerlukan kamu untuk berdiri sepanjang masa.
4. Penglihatan Bertambah Buruk
Pernah tak kamu dengar “Sindrom Penglihatan Komputer”?  Ya, ia merupakan gangguan untuk menggambarkan masalah berkaitan dengan penglihatan disebabkan penggunaan komputer yang lama. Bukan saja penglihatan kabur, kamu juga akan terasa kering di bahagian mata, pening kepala hingga ke tengkuk dan sakit di bahagian bahu. Walaupun ianya hanya sementara, cuba beralih pandangan sekurang-kurangnya satu jam sekali dari komputer.
5. Tekanan
American Psychological Association (APA) menyatakan bahawa ramai yang tertekan di tempat kerja, pasti akan mengalami sintom fizikal misalnya sakit dibahagian kepala, keletihan, lesu dan loya malah boleh terpengaruh dengan tindak balas berkaitan emosi seperti baran. Separuh dari pekerja yang dikaji selidik mendakwa bahawa pada mulanya mereka akan berasa tertekan kemudian ia memberi kesan negetif pula pada produktiviti mereka. Centers for Disease Control and Prevention menegaskan lebih banyak kamu tertekan dengan lambakan kerja, lebih tinggi risiko kecederaan dan kemudaratan.


sumber:wanista.com             
          
         

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.207908 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list