CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7562|Reply: 36

[Tempatan] FORM 6 BERPAKAIAN KASUAL MULAI 2015

[Copy link]
Post time 23-12-2014 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar Tingkatan Enam Dibenar Pakai Kasual Dengan Bersyarat
SEREMBAN: Selepas berminggu-berminggu spekulasi, Kementerian Pendidikan mengesahkan bahawa pelajar yang akan menyambung pengajian ke Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu bermula musim persekolahan yang akan dibuka dua minggu lagi.
Mereka juga akan dibenarkan untuk memakai baju batik ke sekolah, di bawah langkah kementerian untuk "menjenamakan semula" Tingkatan Enam.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam supaya memakai pakaian mengikut standard.
Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain.



"Walaupun mereka bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan," katanya mengenai arahan itu kepada semua sekolah.
Walaupun tidak dinyatakan di dalam arahan itu, pelajar masih lagi boleh memakai uniform.
Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz 'buckles' tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
Dr Khair berkata, walaupun kelonggaran di bawah peraturan baru, pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
Beliau berkata selain baju kurung, pelajar perempuan juga akan dibenarkan memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
Manakala seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
"Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T apabila mereka datang ke kelas," katanya sambil menambah bahawa pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat.
Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka.
Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
"Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 09:40 AM | Show all posts
Skemanya. Songkok pun ada ukuran dia

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aku kt kawan abg aku dulu. Ngadu kat abang aku kata xnak amik tingkatan 6 psl kena pakai baju sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnye... Zaman iollss dulu hanya kasut je yg bezakan tgktan atas n bawah. Suka tgok budak maxwell sbb dorang pakai kain corak batik kalu x salah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:06 AM | Show all posts
ak x faham ape perlu ubah pakaian ni. kang x cam plk mne student mne cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn aku dl sm je uniform mcm budak2 spm ke bawah... X de bz pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2014 10:11 AM | Show all posts
bestnya..
zaman aku dulu pakai gak la uniform sekolah..
beza sikit boleh pakai skirt biru tu paras lutut + kemeja putih & kasut hitam
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:17 AM | Show all posts
tipuware posted on 23-12-2014 09:45 AM
Teringat aku kt kawan abg aku dulu. Ngadu kat abang aku kata xnak amik tingkatan 6 psl kena pakai ba ...

aku pulak .. masuk f6 sebab sayang nak tinggalkan uniform sekolah. . tak la .. bukan la suka sgt dgn uniform sekolah tapi sayang nak tinggalkan alam persekolahan. boleh gitu? hahahha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 10:31 AM | Show all posts
patutnya dah lama...dah tahap A level..apa barang nak sama stended budak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:34 AM | Show all posts
masuk A-Level la baru best..bleh pakai baju2 glemer
kalo masuk matriks lak bleh dpt elaun stp semester
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 10:40 AM | Show all posts
bestnya leh pakai kasul.
harap2 mereka lebih bersemangat nak belajar
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 11:01 AM | Show all posts
uniform ni dah tk relevant kot....kan lebih meriah pakaian kasual...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:40 PM | Show all posts
baru start ke piawaian cam ni? aku tgk anak buah aku form six sessi 2014 mmg dah xpakai uniform pun..  
nak beza student n cikgu, student pakai kasut sekolah kaler itam tu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 01:46 PM | Show all posts
Aku pernah pergi lawatan aras smk bandaraya dua, sekolah ringkatan 6 pertama, diaorang buat mcm style universiti... Pengetua sekolah pun pengetua cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:11 PM | Show all posts
anak sedara kaka buka sekolah ni 6 atas... sebelum cuti ari tuh dah ada ura2 cakap taun depan ni dah boleh pakai baju biasa... tapi dorang tak nak... lebih suka pakai baju sekolah baju putih kain itam...kasut itam... dia kata leceh pakai baju biasa ni banyak belanja plak tuh  nak kena tukar2 selalu... kalo baju sekolah tak banyak belanja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:16 PM | Show all posts
budak2 korea rilek je pakai baju sekolah sampai 19 tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2014 02:31 PM | Show all posts
nanti kompius lak mana cikgu mana student...tapi kalau pompuan tu leh beza, yang pakai tudung tingkat2 tu la cikgunya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:28 PM | Show all posts
alaaaa....takleh pakai songkok tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:34 PM | Show all posts
lah! kos makpak akan naik

anak asik nak beli baju baru setiap minggu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 03:34 PM | Show all posts
uihhhh ini suda baguss...zaman2 aku f6 dl,yg membezakan dgn student f1-5 hny lah baju biru,kain putih,kasut/stoking hitam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.311783 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list