CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2973|Reply: 6

Bekas Kerani Sheila Majid Didakwa Pecah Amanah RM90,000!

[Copy link]
Post time 24-12-2014 04:27 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas.

Nasimah Kamarudin, 37, dari Kota Damansara, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zanol Rashid Hussain.



Nasimah, yang diamanahkan dengan satu buku cek akaun Maybank milik syarikat Magada Entertainment Sdn Bhd, didakwa dengan curangnya telah menunaikan lima keping cek atas namanya dan telah mendepositkan lapan keping cek ke dalam akaun banknya, membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM90,000.

Wanita itu yang ditangkap pada 28 April lepas didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat berkenaan di Jalan Balau, Damansara Heights di sini antara 1 Nov 2007 dan 28 Mac 2008, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pengadu dalam kes ini adalah penyanyi Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, yang juga pengarah urusan syarikat itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri tidak menawarkan sebarang jaminan, namun Nasimah yang tidak diwakili peguam memohon jaminan yang minimum dengan alasan perlu menyara anaknya masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan 30 Jan depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 04:44 PM | Show all posts
...sepandai2 tupai melompat...akhirnya jatuh ke tanah juga....

tapi tupai ni tak pandai coz pegi deposit cek ke account sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 04:56 PM | Show all posts
mmg bongok tindakan beliau ittew - len kali blaja dulu cara2 nak jd perompak!


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 04:57 PM | Show all posts
huhuh...ingat senang ke nak dapat duit sesenang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 04:58 PM | Show all posts
memula 4 tahun lepas. lepas tu kata tahun 2007-2008. i tak berapa paham hukum mahkamah ni.
umur sekarang 37, masa buat keje tu 7 tahun lepas, kiranya masa umur 30 dia dah teror buat keje menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 06:56 PM | Show all posts
nape percaya sangat kat minah tu sampai bagi buku cheque???....kehkehkehkeh....ehhhh bukan buku cheque kena beberapa orang sign ke baru boleh kuarkan duit...kehkehkeh....tanya jeerrr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2014 09:34 AM | Show all posts
wau .. senang kau buat duit ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052628 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list