View: 2535|Reply: 18
|
[Tempatan]
Atok ku kahwin lagi.
[Copy link]
|
|
Pasangan pengantin baharu, Mohd Kasim menyerahkan mas kahwin kepada isterinya, Norisah.
< 1 / 1 >
PORT DICKSON – "Jodoh pertemuan ketentuan ALLAH, hadirnya di luar jangkauan dan kita sebagai manusia yang di beri kesempatan dan peluang itu wajib mensyukurinya."
Itulah yang diberitahu mempelai, Mohd Kasim Mohd Tahir, 74, sebaik sahaja sah bergelar suami kepada Norisah Karim, 47.
Mohd Kasim seorang penceramah agama berkata, dia sendiri tidak menyangka perkenalannya dengan Norisah pada 2011 akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan.
“Perkahwinan ini sebagai satu amanah besar dan saya akan sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan baik termasuklah tanggungjawab terhadap keluarga anak-anak dan isteri pertama,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jamek Dato’ Haji Abdullah Sijang, di sini.
Mohd Kasim sah menjadi suami Norisah dengan dua kali lafaz selepas dinikahkan oleh mantan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad mewakili bapa pengantin perempuan.
Hadir sama kesemua enam anak-anak Mohd Kasim serta cucunya, adik beradik dan sahabat handainya dan keluarga pengantin perempuan.
Mohd Kasim berkata, dia mahu melakukan perubahan yang positif yang pastinya tidak melanggar syariat Islam.
“Tadi (semalam) saya sendiri bangun memberi khutbah nikah yang lazimnya disampaikan oleh juru nikah ataupun individu lain. Saya menyampaikan khutbah mengupas tentang pernikahan dan Islam.
“Saya memberanikan diri untuk berbuat demikian dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.
Sementara itu, Norisah ketika ditemui mengakui dia sangat berdebar menanti detik dinikahkan.
“Ini adalah pernikahan pertama saya dan memang sangat berdebar. Rombongan kami tiba agak lewat namun bersyukur kerana ALLAH sentiasa memudahkan perjalanan urusan pernikahan ini,” katanya.
Norisah anak keenam daripada sembilan beradik berkata, dia terbuka pintu hati untuk hidup berpasangan dengan Mohd Kasim apabila mimpi yang selama ini mengganggu tidur malamnya terungkai.
“Sejak tahun 1987, seorang lelaki yang tidak dikenali sering hadir dalam mimpi saya berulang-ulang kali. Sehinggalah beberapa bulan lalu, saya yakin bahawa lelaki itu adalah suami saya sekarang ini yang telah saya kenal sejak 2011 kerana saya menyewa di kedainya.
“Untuk membuat keputusan ini, saya telah melakukan solat istikharah dan yakin dengan jodoh yang ditentukan ALLAH ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la atuk.. Akhirnya perempuan tu berjumpa juga jodohnya..moga bhgia hingga ke syurga |
|
|
|
|
|
|
|
awat la letak watermark dekat muka nihhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
kuat lagik ke tuk?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 11:02 PM
kuat lagik ke tuk?..
Kuat lah tu, taruk kelapa tua kat anu pun Masih boleh tahan tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER posted on 25-12-2014 11:03 PM
Kuat lah tu, taruk kelapa tua kat anu pun Masih boleh tahan tu!
puh hebatttttttt...pukulan minyak kepala dara la tuhhh..
|
|
|
|
|
|
|
|
datuk dapat anak dara tu..
tahniah la |
|
|
|
|
|
|
|
miss_baby posted on 25-12-2014 11:54 PM
datuk dapat anak dara tu..
tahniah la
anak dara tua
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah atuk tapi tak nampak muka clear la |
|
|
|
|
|
|
|
Happy Honeymoon tok musim ujan neh |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah la...sempat kut merasa bersuami dlm 7,8 tahun gitu..
tahniah atuk dapat nurse baru..nurse lama boleh berehat,,boleh p makan angin dengan anak2..main dgn cucu |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 11:02 PM
kuat lagik ke tuk?..
Kuat untuk apa? |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr posted on 26-12-2014 12:44 AM
Kuat untuk apa?
ko jangan nak bawa saya ke melucah tu..kuat pun buat2 tak faham..
|
|
|
|
|
|
|
|
redz85 posted on 25-12-2014 11:56 PM
anak dara tua
Ok la tu dpt anak dara muda nanti semput lak atuk nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 25-12-2014 03:02 PM
kuat lagik ke tuk?..
apa mksud mu itewww? |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr posted on 25-12-2014 04:44 PM
Kuat untuk apa?
buat inesen lakkkk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|