CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12928|Reply: 79

A Rahman Hassan Sah Bergelar Suami Kepada Dramatis Fadillah Mansor

[Copy link]
Post time 25-12-2014 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:
Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam
sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Khamis.

Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.

A Rahman, 67, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media. Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan.

Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab.

Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian. Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan. Kedua-dua mempelai kelihatan berseri dengan persalinan dari rona kuning untuk majlis akad nikah tersebut.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang ditemui selepas majlis itu berlangsung memberitahu bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai bagi meraikan mereka.

A Rahmah turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadillah.

“Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat,”

katanya.
Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London. Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser. – MSTAR ONLINE Last edited by Mockingbirds on 25-12-2014 10:51 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 10:50 PM | Show all posts
tahniah.

selamat perantin baru

@sepitsiput

tukang andam tiang antik
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:15 PM | Show all posts
tahniah pok cik mok cik...
moga berkekalan selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:23 PM | Show all posts
Wow ...baju pengantin perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sonoknya kawen mlm jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah datuk n datin..lawa la datin fadilah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2014 11:34 PM | Show all posts
Tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawanye bju pengantin perempuan..tahniah dato n datin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2014 11:53 PM | Show all posts
jiwa muda gituh....tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat pngantin baru. Smoga kekal bhgia
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:14 AM | Show all posts
eh dila msteen masih lagi menantu arahman hasan ni ke tak?

mek @sepitsiput yuols ingat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:16 AM | Show all posts
Tahniahhhhh.... Syoknyer kawen hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah datuk dan datin
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:27 AM | Show all posts
cik_tonggek posted on 26-12-2014 12:14 AM
eh dila msteen masih lagi menantu arahman hasan ni ke tak?

mek @sepitsiput yuols ingat tak?

bukan dh lama divorce ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek posted on 26-12-2014 12:14 AM
eh dila msteen masih lagi menantu arahman hasan ni ke tak?

mek @sepitsiput yuols ingat tak?

tak dah.laki dia si khir rock ooo tu kan? khir dh kawin dgn author.x ingat nama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
This is seriously the sweetest thing ever.
Cuna baju pengantin perempuan tu sikit... Ermmmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dan selamat pengantin baru
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:42 AM | Show all posts
noraidil_06 posted on 26-12-2014 12:27 AM
tak dah.laki dia si khir rock ooo tu kan? khir dh kawin dgn author.x ingat nama.

dgn khir ke? bukan adik khir ke yg ensem sket tuh
ensem la khuennn nak banding dgn si khir tu
dulu kini dan selamanya tak ensem
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek posted on 26-12-2014 12:42 AM
dgn khir ke? bukan adik khir ke yg ensem sket tuh
ensem la khuennn nak banding dgn si khir tu  ...

ooooo.saloh la I ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 12:44 AM | Show all posts
exclusive_vvip posted on 26-12-2014 12:27 AM
bukan dh lama divorce ke?...

deyols ada anak khuenn yg dila pi beranak kat ostolia tapi alasan sambung study
balik sini arwah datin azizah ngaku baby tu anak angkat katanye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.107864 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list