CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kedaionlinemy

[2015] CICAKMAN 3 - ZIZAN RAZAK [12 Mac 2015]

[Copy link]
Post time 5-3-2015 10:56 PM | Show all posts

jgn la nk impi cgi mcm avatar lak.... bajet bebbb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2015 04:07 PM | Show all posts
anak aku beria2 ajak tgk citer ni kat wayang aku kata tggu tayang time raya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 04:31 PM | Show all posts
er..nape aku rasa nak bawak anak2 aku gi tengok citer ni??
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2015 09:16 PM | Show all posts

yup, trailer nampak jalan citer cam ok jer.....maybe aku pun nak tgk citer nih kat wayang cuma xkan letak apa2 ekspektasi laaa...pegi otak kosong so kalo citer ala2 Into The Wood xder laa rasa tensen sgt.......

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 10:46 AM | Show all posts
tahap cgi filem malaysia masih belom sampai level yg bagus... sbb org nak tgk dia punya cgi je... jalan citer no.2
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2015 11:47 PM | Show all posts
Filem Cicakman 3 yang bakal ditayangkan pada 12 Mac ini menyaksikan rombakan watak secara menyeluruh.


Yang pasti, ia bukan sekuel kepada Cicakman 1 dan Cicakman 2. Kini, selepas tujuh tahun Cicakman kembali digarap KRU Studios bersama Grand Brilliance dan Astro Shaw dengan adunan jalan cerita serta perwatakan yang berbeza.


Ia menyaksikan watak Man dan Cicakman dibawa Zizan Razak menggantikan Saiful Apek.


Selain itu, filem arahan Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar ini juga memperkenalkan karakter baru iaitu Superbro lakonan Fizz Fairuz yang mencetuskan elemen ‘the dark side’ dalam filem ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU, Norman Abdul Halim, transformasi watak Superbro dari lakaran kepada realiti membabitkan kos yang tinggi


“Kostum Superbro jauh lebih mahal berbanding Cicakman kerana ia dihasilkan lengkap dengan sistem teknologi.


“Kostum untuk kedua-dua watak itu saja mencecah ratusan ribu ringgit. Malah, kos paling tinggi untuk pembikinan filem ini ialah dalam menghasilkan dua kostum itu,”katanya.


Menurut Yusry, mereka terpaksa menghasilkan dua kostum untuk watak Superbro tetapi berbeza dari segi penggunaan bahan.


Satu daripadanya akan dipakai Fizz dan satu lagi dipakai pelakon lagak ngeri yang menjadi ‘stand in’ kepada Fizz dalam beberapa babak.


“Kostum yang dipakai pelakon lagak ngeri kami dibuat daripada getah untuk memudahkan pergerakan untuk adegan aksi. Ia juga lebih berat berbanding kostum dipakai Fizz.


“Saya tabik kepada pelakon lagak ngeri kami yang diterbangkan khas dari Thailand kerana dalam keadaan kostum yang berat, dia mampu melakukan babak aksi termasuk berlawan,” katanya.


Selain itu, kostum untuk watak Cicakman juga dihasilkan lebih dari satu dan salah satunya digunakan untuk babak terbakar.


Fizz yang turut membawa watak sebagai Inspektor Azman dalam filem ini mengakui dia menghadapi kesukaran untuk berlakon setiap kali memakai kostum Superbro.


“Proses memakainya saja sudah rumit. Itu belum lagi ketika berlakon dan melakukan pergerakan. Memang saya tidak selesa, lebih-lebih lagi terpaksa memakainya selama tiga jam dalam sehari,” katanya.


Fizz berkata, ada juga kejadian skru di kostum itu tercabut dan proses memasang semula mengambil masa dan mengganggu sedikit kelancaran penggambaran,” katanya.


Dalam pada itu, Norman berkata, pihaknya mengharapkan Cicakman mampu setanding dengan watak superhero ciptaan Marvel di Hollywood yang mendapat keuntungan bukan saja daripada penerbitan filem tetapi juga barangan cenderahati atau ‘merchandise’.


“Cicakman 2 ditayangkan tujuh tahun lalu. Kita boleh tampil dengan strategi pemasaran seperti ini tetapi agak berisiko. Tambahan pula filem, selepas tamat penayangan selalunya orang akan lupa.


“Perancangan kami yang seterusnya adalah menerbitkan Cicakman dalam format drama bersiri. Sekiranya percubaan ini berjaya dan Cicakman mampu dikenali sebagai satu jenama sebagaimana Upin Ipin, pasti pelaksanaan itu dilakukan,” katanya.


Selain Zizan dan Fizz, Cicakman 3 turut dibintangi Lisa Surihani, Bell Ngasri, Rashidi Ishak, Adam Corrie, Azizah Mahzan, Yus Jambu dan Sathiya.


Kostum Cicakman kurang kemas


Jika kostum Superbro dilihat lebih berkualiti dan dilihat hampir setaraf dengan kostum watak terkenal Hollywood, Robocop, lain pula ceritanya kostum untuk watak hero Cicakman di mana pembuatannya kurang kemas.


Ketika menjelaskan perkara itu, Yusry mengakui ia memang disengajakan dan ia sudah dibincang dengan Ghaz di peringkat praproduksi lagi.


“Kita tampilkan watak Man sebagai seorang lelaki yang berdepan masalah rumah tangga dan suami yang ‘loser’ sebelum dia secara tak sengaja mendapat kuasa luar biasa Cicakman.


“Menerusi dua filem Cicakman sebelum ini, berbanding Saiful Apek yang membawa watak itu, saiz tubuh Zizan dilihat lebih tegap. Disebabkan itu ada babak menunjukkan Man tidak boleh memasang zip kostum sebenar Cicakman,” katanya.


Menurut Yusry, ada juga babak menunjukkan Man mencari kostum Cicakman di kedai pakaian. Jadi dari segi logik, pasti kostum yang dijumpai tidak kemas,” katanya.


Membezakan antara Cicakman 3 dengan sebelumnya, garapan jalan cerita kali ini tidak menampilkan komedi semata-mata tetapi diimbangi isu kekeluargaan bagi mencapai sasaran khalayak penonton.


Pembikinannya juga menggunakan teknik Imej Janaan Komputer (CGI) selain dikuatkan dengan babak aksi.

Zizan dan Fizz tak kisah guna ‘stand in’

Adakah Zizan dan Fizz puas berlakon dalam Cicakman 3 kerana sebahagian babak membabitkan mereka menggunakan pelakon lagak ngeri sebagai ‘stand in’?


Bolehkah mereka terima jika ada peminat dalam kalangan kanak-kanak menganggap mereka adalah pelakon sebenar watak itu sedangkan apa yang dipamerkan bukan 100 peratus dilakukan mereka sendiri?


Menurut Zizan, watak Cicakman dan Superbro adalah rekaan semata-mata. Jadi penggunaan pelakon lagak ngeri bukan sebagai satu helah atau menipu.


“Saya mengaku memang tidak pandai melakonkan babak aksi. Bukan saya tidak mencuba langsung, cuma ada bahagian yang terlalu teknikal dan perlu dilakukan oleh pelakon lagak ngeri atas aspek keselamatan,” katanya.


Bagi Fizz pula, dia tidak puas melakonkan watak Inspektor Adam dan Superbro biarpun watak itu nampak hebat dalam filem.


“Bukan tidak mahu buat tapi tidak dibenarkan buat. Saya harus akur dengan keputusan itu bagi mengelak timbulnya sebarang masalah kepada pihak produksi apabila tercedera,” katanya.


Sementara itu, Yusry berkata, biarpun ada babak tertentu pelakon lagak ngeri muncul sebagai ‘stand in’, tetapi untuk babak ‘close up’ seperti pergerakan tangan harus menggunakan pelakon asal kerana pergerakan yang mereka lakukan memberikan rasa.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2015 12:02 AM | Show all posts
filem KRU ni iols dh byk kali tertipu
lihat shja trailer Merong Mahawangsa dulu..lihat trailer i sgt teruja..hakikat filem sedeyyy

dont ever mention filem omputih mereka yg x menjadi tu..apa tajuknya Vikingdom?? sedeyhh ganda 23!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 12:57 AM | Show all posts
best citer nih.....aku bagi 7/10

plot : Memang x sangka jalan citer Cicakman kali nih menarik. Konflik yg terbina memang unpredictable...banyak scene yg misleading, kita sangka jadi camnih tgk2 sebaliknya berlaku....contohnya part Cicakman lawan dgn robot jahat tu, igt dia akan guna skill putuskan ekor untuk lepaskan diri rupanya sebaliknya....nak tau kena tgk sendiri

Lakonan : mmg bukan typikal gedik2 Zizan......aku puji lakonan Zizan dalam citer nih, nampak dia mampu bawa watak superhero dgn baik sekali....x dinafikan laaa mmg laaa gedik2 tu susah nak buang tp kematangan Zizan dlm citer KRU kali nih aku salut abis laaaaaa

teknik CGI : nak kata berkualiti sgt tu idok ler, tp mmg memukau laa hasil kerja tangan KRU Studio nih.....kalo citer AVATAR diambil sebagai neraca, aku bagi 3/5 dari CGI citer Avatar ti utk Cicakman3 nih.....superb wooooooo

Perkembangan watak : Yg nih laaa sedikit slack....pelakon pembantu x cukup kuat untuk membawa perkembangan jalan cerita.....watak pegawai penyiasat tu macam x perlu saja......tp watak Jaga dekat Supermarket lakonan sape ntah mmg best.....aku gelak x henti2 bila igt balik babak dia cuba kejar penjahat yg melarikan diri dgn troli supermarket dia tu.......

Senang cakap aku bagi 5 bintang laaa utk citer KRU Studio nih..............







































.......aku merepek jer tu....mana laaa aku pegi tgk pun citer nih,hahahahahhahahahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 03:34 AM | Show all posts
axl_bach replied at 11-3-2015 12:57 AM
best citer nih.....aku bagi 7/10

plot : Memang x sangka jalan citer Cicakman kali nih menarik. Ko ...

choiiiiiiiiiiiiii i tertipu k
i ingat kru upah u buat ulasan
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 07:53 AM | Show all posts
axl_bach replied at 11-3-2015 12:57 AM
best citer nih.....aku bagi 7/10

plot : Memang x sangka jalan citer Cicakman kali nih menarik. Ko ...

speechless kejap

i tertipu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 07:55 AM | Show all posts
rasanya kalau nak buat stunt sendiri boleh je
pelakon luar mostly sekarang buat stunt sendiri..they study kaw2 before berlakon..belajar kung fu lah, ballet lah, ada yg amek military training kalau watak perlukan they to do so
yang nak jadi gemuk, betul2 put on weight..
i think pelakon kita boleh buat..kalau x manja sangat
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 09:55 AM | Show all posts
hero muka mintak penampo.....cemana nak tengok??
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 02:06 PM | Show all posts
axl_bach replied at 11-3-2015 12:57 AM
best citer nih.....aku bagi 7/10

plot : Memang x sangka jalan citer Cicakman kali nih menarik. Ko ...

Nokharommmmmm.
1st masa baca aku ingat ko ni dah kena bayar dgn kru studio.
sekali, HAHAHAMPEH.


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 05:22 PM | Show all posts
ahmad_dhani91 replied at 11-3-2015 03:34 AM
choiiiiiiiiiiiiii  i tertipu k
i ingat kru upah u buat ulasan

hahahahahaha, mesti ko dah berkobar2 kan nak g wayang tgk citer ni lepas baca review aku tu.......

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 05:22 PM | Show all posts
mzzenma replied at 11-3-2015 07:53 AM
speechless kejap

i tertipu jugak

pisyoooooo...................hahahahahahhahah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2015 05:23 PM | Show all posts
afheyz replied at 11-3-2015 02:06 PM
Nokharommmmmm.
1st masa baca aku ingat ko ni dah kena bayar dgn kru studio.
sekali, HAHAHAMPEH.
...

tu laa review setulus ikhlas sesuchi Embun Nan Syahdu di AidilFitri dari aku, mana ada aku dapat bayaran sesen pun dari KRU Studio mehhhh....................wakakakakakakaka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2015 09:04 PM | Show all posts
axl_bach replied at 11-3-2015 12:57 AM
best citer nih.....aku bagi 7/10

plot : Memang x sangka jalan citer Cicakman kali nih menarik. Ko ...

mak aih... terkena aku. nice one.

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 01:26 AM | Show all posts
mzzenma replied at 11-3-2015 07:55 AM
rasanya kalau nak buat stunt sendiri boleh je
pelakon luar mostly sekarang buat stunt sendiri..they ...

rasanya yg btol2 put on weight ada kan...dulu Si Afdlin Shauki dia bagi besar badan utk citer Buli....sekali x turun2 dah badan dia.....sblom tu dia berlakon citer hamende dgn Erra tu badan dia ok jer......

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 02:56 AM | Show all posts
axl_bach replied at 12-3-2015 01:26 AM
rasanya yg btol2 put on weight ada kan...dulu Si Afdlin Shauki dia bagi besar badan utk citer Buli ...

ooo kalau compare film ni dgn cicakman 1 dan 2, mana lg bagus??

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 07:34 AM | Show all posts
kawan2 sekalian....

hari ni kuar filem ni kt wayang...

patut ke x patut aku pi tgk filem yg mmg sah2 xbest tambah2 zizang blakon...


tp niat di ati ni suci murni nk support filem melayu....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.351673 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list