CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2996|Reply: 14

BLR vs BR

[Copy link]
Post time 3-1-2015 09:03 PM | Show all posts |Read mode
hi semua..

nak tanya otai2 semua kat dlm bod ekonomi ni...start bulan jan 2015 ni bank dah tak pakai dah BLR tapi pakai BR..rasanya BR ni berbeza ikut bank.kan..

cuma nak tahu apa faedahnya pada customer dan kenapa bank negara perkenalkan BR ni..

terima kasih semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2015 09:26 AM | Show all posts
takde org banking or finance ke kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:28 AM | Show all posts
terpaksa tanya uncle gugel jugak

Bank Negara Malaysia (BNM) telah pun mengeluarkan Base Rate dan kadar efektif pembiayaan indikatif setiap institusi kewangan bertarikh 2 Januari 2015.

Kadar ini dikhabarkan disemak setiap 3 bulan sekali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:31 AM | Show all posts
Menurut Bank Negara Malaysia, mulai 2 januari 2015, BLR (Base Lending Rate) / Kadar Pinjaman Asas ini akan digantikan dengan Base Rate / Kadar Asas sebagai rujukan utama bagi peminjam runcit.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:33 AM | Show all posts
Kadar rujukan baharu, Kadar Asas yang menentukan kos pinjaman kadar terapung oleh bank akan diperkenalkan pada 2015 untuk menggantikan Kadar Pinjaman Asas yang digunakan selama lebih 30 tahun.

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa berkuatkuasa 2 Jan 2015, Kadar Asas yang menentukan kos pinjaman kadar terapung oleh bank akan diperkenalkan untuk menggantikan Kadar Pinjaman Asas yang digunakan selama lebih 30 tahun.

Kadar rujukan berasaskan Kadar Pinjaman Asas (BLR) diperkenalkan pada tahun 1983. BLR adalah kadar faedah yang dirujuk oleh bank di Malaysia sebelum mereka putuskan jumlah bayaran yang akan dikenakan bagi pelbagai produk / pinjaman yang mereka tawarkan.

Di Malaysia, kadar faedah pinjaman perumahan biasanya diambil sebagai peratusan atas atau di bawah Kadar Pinjaman Asas (BLR). BLR sekarang adalah 6.6%. Sebagai contoh, jika BLR semasa ialah 6.6%, kadar faedah ke atas “BLR – 2.1%” pinjaman akan menjadi 4.5%.

Kebelakangan ini, BLR telah menjadi kurang relevan sebagai kadar rujukan bagi penetapan harga pinjaman, kadar pinjaman ke atas pinjaman perumahan baru yang ditawarkan pada diskaun besar kepada BLR. BLR juga tidak mempunyai ketelusan, yang menjadikannya sukar bagi pengguna untuk membuat keputusan.

kadar rujukan baharu ini lebih relevan bagi sektor kewangan, selain mengukuhkan mekanisme penentuan kos yang lebih berasaskan pasaran.

Rangka Kerja Kadar Rujukan baharu ini bertujuan untuk menyediakan kadar rujukan yang lebih telus dan relevan bagi sektor kewangan, selain mengukuhkan mekanisme penentuan kos yang lebih berasaskan pasaran.

Pada masa yang sama, ia dapat memastikan ketelusan yang lebih tinggi bagi isi rumah dan perniagaan dan juga bagi membolehkan pengguna membuat pilihan dan keputusan yang lebih baik antara produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2015 09:38 AM | Show all posts
mana org2 banking nih...

nak tanya..kalau dulu dah buat loan guna BLR - 2.2%  (e.g cth : 6.85 % - 2.2% = 4.65%)

makna kata mulai tahun 2015 ni, semua akan guna BR lar kan (let says ada bank tawar 4.45% ) so byrn bulanan bulan2 akan lebih murah lar kan..tp yg tak bestnya BR ni akan berubah setiap 3 bulan so tak confirm byrn ansuran tu kekal kan...

kalau BLR tu dulu, tunggu BNM yg umumkan..kalau 3 tahun tak berubah oklah kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2015 09:42 AM | Show all posts
Rangka Kerja Kadar Rujukan Baharu

                                      
Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa berkuat kuasa 2 Januari 2015, Kadar Asas akan menggantikan Kadar Pinjaman Asas (base lending rate, BLR) sebagai kadar rujukan utama bagi pinjaman runcit kadar terapung.

Sejak pengenalan rangka kerja BLR pada tahun 1983, BLR telah menjadi kadar rujukan utama bagi pinjaman runcit kadar terapung di Malaysia. Sejak itu, penetapan dan pelaksanaan BLR telah berubah sejajar dengan pembangunan sektor kewangan. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, BLR telah menjadi kurang relevan sebagai kadar rujukan bagi penentuan harga pinjaman, memandangkan kadar pinjaman bagi pinjaman runcit yang baharu ditawarkan pada diskaun yang lebih tinggi berbanding dengan BLR. BLR juga kurang telus, lantas menjadikannya sukar bagi pengguna untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi.

Rangka Kerja Kadar Rujukan Baharu bertujuan untuk menyediakan kadar rujukan yang lebih telus bagi membolehkan pengguna membuat pilihan terhadap banyak produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan. Kadar rujukan baharu ini juga akan menunjukkan dengan lebih jelas perubahan dalam kos yang disebabkan oleh dasar monetari dan keadaan pembiayaan pasaran, sambil pada masa yang sama menggalakkan disiplin dan kecekapan yang lebih tinggi dalam kalangan institusi kewangan berhubung dengan penentuan harga pinjaman produk pembiayaan runcit.

Kadar Asas akan ditentukan oleh tanda aras kos dana institusi kewangan dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement, SRR). Komponen lain dalam penentuan harga pinjaman seperti risiko kredit peminjam, premium risiko mudah tunai, kos operasi dan margin keuntungan  akan dicerminkan dalam spread yang melebihi Kadar Asas. Ini memberikan kejelasan yang lebih baik berhubung dengan faktor-faktor yang menjadi asas kepada perubahan dalam Kadar Asas. Ketelusan yang lebih tinggi ini seterusnya akan membolehkan pengguna membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi. Di bawah struktur tambahan kos (cost-plus), spread akan sentiasa positif kerana tidak mungkin bagi institusi kewangan untuk menawarkan kadar pinjaman yang lebih rendah daripada  kadar rujukan. Institusi kewangan akan diberikan fleksibiliti untuk menentukan kadar tanda aras masing-masing. Kaitan yang kuat yang dijangkakan antara Kadar Asas, kadar faedah pasaran dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan membantu pelarasan yang lebih menyeluruh terhadap pembayaran balik pinjaman runcit apabila kadar faedah pasaran diselaraskan mengikut kenaikan atau penurunan dalam OPR.

Kadar Asas akan digunakan untuk pinjaman runcit kadar terapung baharu dan pembiayaan semula pinjaman sedia ada yang diberikan sejak 2 Januari 2015. Selepas tarikh kuat kuasanya, pinjaman berasaskan BLR yang diambil sebelum tahun 2015 akan terus menjadi rujukan berbanding dengan BLR. Walau bagaimanapun, apabila sesebuah institusi kewangan membuat sebarang pelarasan terhadap Kadar Asas, pelarasan yang serupa juga akan dibuat terhadap BLR. Oleh yang demikian, institusi kewangan akan dikehendaki untuk memaparkan kedua-dua Kadar Asas dan BLR di kesemua cawangan dan laman sesawang mereka.

Peralihan kepada rangka kerja kadar rujukan baharu tidak akan mempunyai sebarang impak ke atas kadar pinjaman efektif yang dikenakan kepada peminjam runcit kerana ia ditentukan oleh pelbagai faktor, termasuk penilaian institusi kewangan terhadap kedudukan kredit seseorang peminjam, kadar pendanaan pasaran dan pertimbangan yang kompetitif. Juga penting ialah perubahan-perubahan ini bukan merupakan perubahan pendirian dasar monetari Bank.



Bank Negara Malaysia
19 Mac 2014
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 09:52 AM | Show all posts
haku mmg tataw pasai BR neh...meh la sapa2 yg tau kongsi info...aku nak buat loan ASB neh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2015 09:53 AM | Show all posts
aku mmg tataw pasai BR neh..meh la sesapa yg tau share info..aku nak buat loan ASB neh
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 10:14 PM | Show all posts
Akupun tak clear mekanisme BR ni.
Just my 2 cents.
BR seperti BLR........kadar dia akan selalu di "revise". Kalau BLR........biasanya ada campurtangan BNM, rate dia more or less stabil............BR based on Banks punya cost of fund (berapa bank bayar deposit2 dari customer campur kos pengurusan). Bank besar2 mungkin BR dia lagi rendah berbanding Bank kecil. Dalam konteks money supply yang tinggi............BR mungkin rendah. Tetapi jika money supply menguncup............contoh: foreigner bawak keluar investment dia dari Malaysia seperti tahun 1998............BR mungkin kearah aliran menaik. Aku rasa BR ni BNM tak control sangat, "free market" lah katakan.

P/S Mungkin aku silap
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 10:28 PM | Show all posts
BLR selalunya diasaskan kepada Interbank Lending Rates (kadar pinjaman antara Bank) biasanya OPR (overnite policy rate ada yg sebut overnite placement rate). OPR terhasil bila Bank yang kekurangan meminjam dari Bank yang ada lebihan. Bila kadar tu "within BNM" punya policy.......tak de intervention dari BNM. Tapi bila borrowers lagi banyak dari lenders, kadar pinjaman akan menunjuk aliran menaik. BNM akan intervened dalam market untuk maintain OPR within certain band. OPR ni dijadikan asas pengiraan BLR dan itu yg aku cakap BLR ni ada watchdog @ BNM yg tengok OPR ni maintain at certain level.

Dalam BR...............Bank sendiri letak rate dia secara kompetitif and BNM mungkin kurang kawal selia BR. Customer sendiri yang kena buat tinjauan rate terbaik. Tapi BR ini akan sentiasa berubah-ubah. Be prepared.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2015 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.personalloan.com.my/base-rate-malaysia-2015/723/

td br baca. Rupenye base rate + margin plk. Tp suke suki bank tukar. Jd 4.x gak.
Kalau bank xuntung sgt, die naikkan base rate
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 10:29 PM | Show all posts
tak kira BLR atau BR........ semua ini RIBA
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 12:39 PM | Show all posts
hakak xtahu pasal BR...tp BLR rumah dah naik kot...thn lpas byr rumah RM1200 jah...now RM1450...byk jgk naik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 08:53 PM | Show all posts
habis bank mana yang terbaik untuk buat pinjaman pelaburan hartanah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064479 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list