CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2706|Reply: 4

Honda Smart Home : Honda Membina Rumah Mesra Pintar Masa Hadapan

[Copy link]
Post time 15-1-2015 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Honda Smart Home : Honda Membina Rumah Mesra Pintar Masa Hadapan (19 Gambar)


Taman Sri Honda.. Jalan Civic dan Lorong Accord

Sejak tahun 1959 Honda sudah menghasilkan kenderaan bermotor. Mereka pada awalnya menjual Motosikal dan sehingga kini Boon Siew Honda adalah motosikal yang mudah kita lihat di jalanraya seluruh Bolehsia. Pada tahun 1999 mereka menceburi bidang kenderaan hibrid berkuasa pentrol dan elekrtik. Maka tidak mengejutkan kini Honda memasuki pasaran rekaan rumah pintar pula. Sebuah rumah konsep Honda Smart Home seluas 2000 kaki persegi siap dibina di kampus University of California Davis. Ianya akan menjadi tapak menguji keberkesanan sistem rumah pintar dan mesra alam rekaan mereka selama 3 tahun.

Apa yang pintar mengenai rumah ini? Ia membekalkan tenaga elektrik dan bekalan airnya sendiri. Tenaga elektrik dijana menggunakan panel solar manakala air hujan ditadah dan ditapis menggunakan laman sekitar rumah. Sistem pemanas air dan rumah menggunakan kuasa geotermal juga boleh dipasang pada rumah pintar ini. Ianya juga dicipta khas dengan sistem pengecasan untuk kereta Honda Fit rekaan Honda. Elektrik boleh digunakan untuk mengecas kenderaan ini ataupun disedut untuk digunakan oleh perkakasan rumah. Keseluruhan rumah pula boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar.

Pendeka kata rumah anda kini lebih pintar dari diri anda sendiri. Kami tertarik dengan sistem pengumpulan air hujan rumah ini. Kami nak sistem ini sahaja dahulu kerana di Lembah Klang catuan air dan mencapai tahap bangsat. Kalau boleh proses air sendiri memang kami nak potong khidmat Syabas yang bebal. Hidup HONDA!








Sumber Honda
kredit:www.blogserius.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 09:14 AM | Show all posts
kalau buat kat malaysia..mau ber-juta2 RM nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 09:19 AM | Show all posts
kalau kat Malaysia rakyat biasa mcm aku ni mmg x mampu la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 10:36 AM | Show all posts
idadzira replied at 15-1-2015 09:19 AM
kalau kat Malaysia rakyat biasa mcm aku ni mmg x mampu la

samalahh.. mampu tengok jerkk

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:05 PM | Show all posts
Wah cantik dan menarik ideanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.060746 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list