CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 1

[Tempatan] Terkejut kena bayar RM18,000

[Copy link]
Post time 17-1-2015 03:18 PM | Show all posts |Read mode

IPOH - Seorang pesara kerajaan terkejut apabila diminta membayar tunggakan pinjaman perumahan sebanyak kira-kira RM18,000 sedangkan pembayaran balik pinjaman tersebut didakwa sudah selesai pada 2009.

Difahamkan, M Ratannavelu, 81, yang berkhidmat selama 18 tahun dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membuat pinjaman perumahan berjumlah RM36,000 pada 1984.

Anaknya, R Thanalaxshimi, 52, berkata, berdasarkan surat diterima dari bahagian pinjaman perumahan pada Jun 2011, terdapat tunggakan bayaran antara Januari 1985 hingga April 1988 dan April 1991 hingga Julai 1992 yang perlu dijelaskan oleh ayahnya.

Dakwanya, bagaimanapun pembayaran balik yang dibuat menerusi pemotongan pencen bapanya itu selesai pada 2009.

“Semakan yang kami buat di bahagian pencen mendapati potongan bagi tujuan bayaran balik pinjaman perumahan ada dibuat bagi tempoh Mac 1991 dan Disember 1991, bagaimanapun maklumat pembayaran tidak dapat dikemukakan kerana dilupuskan."

“Potongan bulanan sebanyak RM185.12 bagi tempoh Ogos 1993 hingga Julai 1994 juga ada dibuat, pemotongan pencen ini berakhir pada Oktober 2009. Ia terbukti kerana pada November 2009, bapa saya sudah menerima bayaran pencen penuh sebanyak RM366.23."

“Tetapi apabila dapat surat kata ada tunggakan, kami jadi keliru, tak sangka hal begini akan berlaku, “ katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, semalam.

Thanalaxshimi berkata, sekiranya dihitung dari pemotongan pencen bermula Mac 1991 hingga Jun 2009, bapanya melunaskan bayaran pinjaman lebih RM40,000.
Katanya, mereka sekeluarga mahu pengesahan yang jelas sama ada terdapat tunggakan seperti dinyatakan atau sebaliknya.

“Saya mahukan pengesahan sama ada bapa yang berhutang atau membayar lebih kepada bahagian pinjaman perumahan memandangkan jawapan diterima dari bahagian pencen bercanggah dengan apa diminta oleh bahagian pinjaman perumahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung masalah tersebut supaya ia dapat diselesaikan segera. - sinarharian



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencen rm366 je..

Siannya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063864 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list