CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2444|Reply: 6

[Tempatan] GST bukan cukai haram, kata Asyraf

[Copy link]
Post time 19-1-2015 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
[url=][/url]



        SHAH ALAM - Hujah yang digunakan untuk menjatuhkan hukum haram terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak boleh digunakan kerana mengambil kira pentadbiran Sayidina Umar Al-Khattab yang turut mengamalkan sistem percukaian.

        Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.

“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

“Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara Khulafa al-Rasyidin,” katanya.

        Beliau berkata demikian merujuk satu kenyataan  viral di internet mengenai pandangan seorang ustaz yang mengatakan GST adalah haram berasaskan hujah cukai yang dikatakan haram dari sudut agama Islam.

        Menurutnya, pandangan ustaz tersebut tidak boleh diambil kira kerana ulama mempunyai perbezaan pandangan dalam keempat-empat mazhab.

“Mazhab Hanafi mengatakan tidak boleh (kenakan cukai). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali kata boleh, jika ada maslahat.

        "Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahli syura, pakar, penasihat yang jujur lagi amanah, maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya,” jelasnya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/gst-bukan-cukai-haram-kata-asyraf-1.351746

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2015 05:49 PM | Show all posts
iyerrrr memacam cukai ada
sejak jaman berjaman
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 12:44 AM | Show all posts
kalu dah nyokong tu
kopi taik musang pon bleh jadik halal
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukai tu x salah. Yg salahnya cara kerajaan atau individu mentadbir hasil cukai tersebut. Teran2g  jatuh haram atas cukai jika tidak ditadbir dgn amanah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 05:29 AM | Show all posts
Edited by Al-Patih at 20-1-2015 05:33 AM
Yang Dipertua Yadim, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, alasan mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengenakan cukai terhadap orang Islam adalah ditolak.

“Ini kerana Saidina Umar sendiri yang mewujudkan (sistem) baharu yang belum pernah wujud masa zaman Nabi Muhammad SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai.

ini Sendat-tor baik punya kipas....

Jizyah Zaman Umayyah
Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Pengenalan


    Cukai jizyah diertikan sebagai cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang tinggal di negara Islam untuk menjamin perlindungan dan keselamatan nyawa, harta benda dan amalan agama mereka. Cukai jizyah bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila suku Yahudi Taima membayar cukai itu untuk mendapatkan perlindungan di bawah negara Islam Madinah. Pada zaman khulafa al Rasyidin sistem cukai jizyah dikembangkan akibat perluasan kerajaan Islam ke wilayah Mesopotamian, Asia Tengah, Syria dan Afrika. Dalam seluruh wilayah itu zimmi atau orang bukan Islam yang bernaung di bawah pemerintahan Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam terkena cukai jizyah.  Menjelang penubuhan pemerintahan Bani Umayyah cukai jizyah telah merupakan salah satu sumber kewangan yang penting untuk pembangunan negara Islam. Pengertian Jizyah – Cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islan ke atas nyawa, harta benda dan amalan agama mereka.
    Jizyah terbahagi kepada dua : Sulh al – Jizyah : Cukai perlindungan kepada kaum lelaki bukan Islam yang menepati syarat yang telah ditetapkan. Jizyah al Ru’us : Cukai diri.

    Latarbelakang kerajaan bani Umaiyyah.

https://fastnote.wordpress.com/jizyah-zaman-umayyah/
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman srivijaya majapahit melaka ayuthya kapal2 luar yg guna laut selat melaka untuk meniaga dan perpadangan sultan2 amik cukai jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2015 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukai dikenakan hanya pada org2 kaya atau berkemampuan itu memang diharuskan. Tapi sebab2 cukai gst diharamkan kerana ia cukai dikenakan termasuk pada orang2 miskin. Contohnya mesin basuh pasti dikenakan gst dan orang2 miskin terpaksa membayar cukai bila beli mesin basuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.283614 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list