CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16388|Reply: 28

Kenapa No 4 dan 7 tidak disukai kaum Cina?

[Copy link]
Post time 21-1-2015 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa No 4 dan 7 tidak disukai kaum Cina?


Kenapa nombor 4 tidak digunakan oleh masyarakat cina?
Seperti  yang kita sedia tahu nombor 4 sangat digeruni dan ditakuti oleh masyarakat cina, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jika kita menelitikan, nombor 4 tidak digunakan sebagai nombor rumah, kedai, harta atau kenderaan oleh masyarakat cina. Bukan sahaja nombor 4 tetapi nombor-nombor yang berakhir dengan 4 seperti 14, 24, 34….104, 2004,  dan seterusnya juga dielakkan oleh masyarakat cina.
Nombor 4 dipercayai bahawa membawa celaka, nasib malang dan kemalangan. Nombor 4 dielakkan oleh masyarakat cina bukan kerana nombor tersebut tetapi kerana ucapannya dalam bahasa cina. Apabila seorang mengucap nombor 4 dalam bahasa cina ucapannya akan berbunyi sebagai “Si”  atau “Se” yang ucapannya sama dengan perkataan “Si” yang membawa maksud mati. Kalau nombor yang berakhir dengan 4 akan disebut sebagai 14 “She Se”- “ Sepuluh mati” atau “Yi Se” – “Satu mati”, 104 “Yipai Se”- “Seratus mati” atau “Yi Ling Se”- “Satu kosong mati”.
Walaupun ucapan nombor 4 iaitu “Se” tidak membawa maksud mati tetapi ucapannya sangat rapat dengan ucapan “Si” yang bermaksud mati. Oleh sebab itu nombor 4 dianggap sebagai nombor yang membawa celaka dan di elak oleh masyarakat cina dari menggunakannya.
Contoh 1: Kalau sebuah rumah menggunakan nombor 4, apabila seorang cina mengucap rumah nombor 4, dia akan membacanya dengan ucapan “Rumah mati” atau “ dan ini di anggap sebagai membawa sial kepada rumah dan penghuninya kerana orang yang mendengarnya akan tersalah faham sebagai rumah yang berlaku kematian.
Contoh 2: Apabila sebuah kenderaan didaftar dengan nombor 4, setiap orang cina yang melihat kenderaan tersebut akan mengucap perkataan “Si’ yang rapat dengan maksud mati. Katakanlah nombor kenderaan tersebut adalah 114, apabila seorang cina melihatnya akan mengucap “ Yi Yi Se”  yang ucapannya rapat dengan “Satu satu mati” ataupun mati satu persatu.
Kenapa Nombor 7 dielakkan dari digunakan untuk rumah dan kedai
Bukan sahaja nombor 4 yang dibenci masyarakat cina, tetapi ada juga orang cina yang tidak suka dengan nombor 7 kerana, ucapan nombor 7 “Ci” dalam bahasa cina sama ucapan dengan perkataan “pergi” atau “keluar”. Apabila menggunakan nombor 7 untuk kediaman atau perniagaan, mereka terasa takut seolah-olah mereka akan dihalau dari kediaman atau perniagaan mereka. Nombor-nombor yang berakhir dengan 7 juga cuba dielakkan oleh masyarakat kita.

kepercayaan tentang nombor oleh masyarakat lain
Bukan sahaja masyarakat cina tetapi kebanyakan masyarakat dari seluruh dunia mempercayai sesuatu nombor sebagai membawa tuah dan sesuatu nombor sebagai membawa celaka. Contohnya masyarakat cina mempercayai no 8 membawa tuah, masyakat India mempercayai nombor 6 akan membawa tuah.
Orang Melayu mempercayai nombor 76 akan membawa celaka kerana ucapannya rapat dengan “terjunan” dan orang Inggeris percaya nombor 13 akan membawa celaka, dan orang India percaya bahawa nombor 8 akan membawa celaka dan sebagainya. Sekarang suatu kepercayaan yang baru telah ujud di kalangan masyarakat dunia, bahawa nombor 26 akan membawa celaka kerana banyak bencana alam telah berlaku di dunia ini pada 26 hari bulan termasuk Tsunami di Aceh.

Kenapa-Beberapa nombor ditakuti manusia
Setiap nombor dan huruf yang ujud di dunia ini mempunyai ucapan dan akan mengeluarkan gelombang atau lebih dikenali sebagai getaran atau “Vibration”. Gelombang yang dikeluarkan itu, mungkin yang baik atau kurang baik.
Getaran dan gelombang seumpama ini, dipercayai dikeluarkan oleh huruf atau nombor tetapi sebenarnya tidak; yang mengeluarkan gelombang dan getaran ini ialah badan manusia yang mengucap huruf dan nombor tersebut. Perkara dan bayangan yang ujud di otak manusia tersebut semasa mengucap sesuatu nombor atau huruf akan menjadi getaran dan tersebar ke seluruh dunia. Apabila sejumlah besar manusia mempercayai sesebuah nombor sebagai baik atau tidak baik, kepercayaan ini akan menjadi getaran yang kuat dan menghasilkan impak yang kuat.

Cara mengelakkan sesuatu yang kurang baik berlaku kerana nombor
Beberapa kaedah mudah digunakan oleh masyarakat dunia bagi mengelakkan getaran negatif dari nombor. Sebuah kaedah yang paling terkenal dan diguna pakai  ialah menambah huruf di belakang nombor.
Contohnya : Nombor “4” diubah menjadi “4A”. Suatu huruf “A” atau huruf lain, yang kecil akan ditambah di belakang nombor rumah, kedai atau kenderaan.
Dengan menambah huruf di belakang nombor ucapan dan getarannya akan berubah, impak yang dihasilkan dari nombor tersebut boleh dielakkan atau dikurangkan. Suatu lagi cara ialah membuang tanda nombor rumah atau kedai.
Contohnya: Katakanlah sesebuah rumah itu bernombor “4”, Tuan rumah tersebut akan membuka dan buang tanda nombor dari rumahnya. Orang yang lalu lalang di hadapan rumahnya tidak akan membaca dan mengucap nombor “4”, tetapi orang yang ingin pergi ke rumahnya dapat mengenali rumah tersebut melalui nombor rumah jirannya yang bernombor “2” dan “6”.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 01:45 PM | Show all posts
tapi skang ramai kaum cina yg aku kenal dh tak kisah ngn no 4 nih..siap ade sorang tuh bgtau semua no plat keta dia ade lah no 4...4444 pn ade..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooehh mcm2 kepercayaan org ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:53 PM | Show all posts
samada betul atau kebetulan
samala kesnya kita yakin panadol akan sembuhkan demam
padahal yg beri dan sembuhkan penyakit hanya Allah

nanti aku blk kg tanya nenek aku pasal kesahihan org melayu xsuka no 76 tu
org tua mmg suka percaya benda2 karut ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:58 PM | Show all posts
obses dgt dgn no...
padehal xde ape2 pon
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:12 PM | Show all posts
Alfa Romeo 164 pernah bermasalah utk pasaran China & Hongkong. Maka utk solution 164 diubah menjadi 168, hanya khusus utk di China & Hongkong sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 02:13 PM | Show all posts
Kepercayaan masing2 gitu la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 02:23 PM | Show all posts
Orang melayu banyak obses dgn kiraan angka ganjil (odd) dgn angka genap (even).

Contoh, apabila membuat tali ikatan sarung parang (kat tempat saya dipanggil SIMPAI), mereka akan membuat dlm jumlah ganjil. Dipercayai, jika dibuat dgn jumlah genap, org yg mengguna parang itu utk berburu tidak akan mendapat hasil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 02:34 PM | Show all posts
aku tibai je nombor ape2pun..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 04:20 PM | Show all posts
ape ade pada nombor...
tapi ramai gak ummah Islam obses ngan nombor ni.. siap pilih tarikh2 cantik nak bersalin, nikah dan sebagainya.
tapi lantaklaa... masing2 punya hal.
Bagi aku, aku suka pilih hari Jumaat...instead of tarikh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 04:20 PM | Show all posts
ade ofis dlm lift tak letak no 4
tp lobby
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 07:03 AM | Show all posts
ic aku ade 4 kali nombor 4.. huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 09:58 AM | Show all posts
Kondo adik aku tinggal takde tingkat 4, 14 dengan 24...yang ada 3A, 13A dengan 23A.....

Lepas tu aku tengok ada pameran hartanah, satu kondo ni macam tadi jugak...tapi sekali tingkat 13 tadak....giler superstitious!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 02:49 PM | Show all posts
mizzmimi replied at 22-1-2015 07:03 AM
ic aku ade 4 kali nombor 4.. huhuhu..

no hp aku ada 5x no 4..bila cina tgk mesti diorg ckp "aiya..nombor mati"..
nombor 4 & 7 adalah nombor  bertuah kami..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 03:31 PM | Show all posts
dari dulu dan kini mungkin selamanya aku suka no 7!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 04:43 PM | Show all posts
manyak suweii oo nombo ampat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 11:39 PM | Show all posts
hahaa.. cikgu math aku dulu cina, dia tengah2 duk mengajar tetiba tanya ku anak ke brapa n brapa adik bradik, aku ckp la no 2 n ada 6 siblings, terus dia cakap oo u nanti kaya oo.. aku tergelak je la.. mana la dia dapat spekulasi camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum semua. Allah menyukai yg ganjil. Sebab itu cari lah mlm lailatul qadr pd mlm2 yg ganjil bermula mlm ke 21,23,25,27,29. Allahu Ahad (satu) (1) (num ganjil). Wallahuta'alaalam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xkisah.
Bantai je pape no
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2015 11:51 PM | Show all posts
jgn percaya sgt

boleh membawa kepada syirik nnt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.144446 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list