CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 32077|Reply: 27

[2015] PUAKA BALAI GOMBAK

[Copy link]
Post time 22-1-2015 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 30-12-2015 01:08 AM



Smalam tgh tgk Villa Nabila kat wayang, sempat tgk trailer filem antu Msia terbaru. X tau nak ckp camner, nmpak cam best pun yer.. cam poyo pun yer Rasanya biarpun Puaka X ni betul2 wujud klu x silap, tp rasanya dalam filem ni smua lakonan semata2 sbb trailer die sah2 nmpak hantu yg sgt2 jelas. Klu betul la antu yg real, da boleh jadik popular satu dunia sbb antu Indon yg muncul dalam Wujud Tabu pun x se-jelas dalam filem ni So kat bawah ni, setelah Iols google pasal filem ni, inilah yg iols dpt kongsikan kat Cari. Thx to Budiey.com.




Showbiz Productions Sdn Bhd telah mendokumentarikan pengalaman penyiasat paranormal Puaka X menerusi filem “Puaka Balai Gombak“. Setelah menempa kejayaan melalui filem romantik komedi “Mat Tudung” pada tahun 2014, Showbiz mengambil langkah menerbitkan filem seram yang berkonsep dokumentari.

Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani merupakan sebuah kumpulan penyiasat paranormal yang berkelakuan langsi dan sering melanggar pantang larang, tidak seperti kumpulan penyiasat paranormal yang lain. Sertai debaran penyiasatan Puaka X melalui filem “Puaka Balai Gombak” yang akan berada di pawagam pada 29 Januari 2015.


Sinopsis:

Ramai mempercayai bahawa sesebuah tempat atau lokasi itu dikatakan berpuaka setelah berlaku sesuatu tragedi yang melibatkan kematian atau kawasan yang telah lama ditinggalkan. Alam mistik sering menjadi sebuah topik yang subjektif dan menjadi perbalahan dikalangan masyarakat kerana masing-masing mempunyai perspektif yang berbeza-beza terutama sekali di kalangan ahli-ahli kumpulan paranormal di Malaysia mahupun di luar negara. Antara tempat-tempat yang sering menerima kunjungan kumpulan-kumpulan paranormal tempatan adalah seperti Balai Gombak, Highland Towers, Villa Nabila, Apartment Riviera II, Taman Rekreasi Mimaland di Gombak dan banyak lagi.

Puaka X merupakan sebuah kumpulan paranormal tempatan yang menggunakan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan paranormal yang lain. Kumpulan Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani sering menimbulkan kontroversi dengan menerjah ke lokasi-lokasi yang terang-terangan dikatakan ‘keras’ oleh para ahli paranormal dan melakukan apa sahaja yang melanggar pantang larang untuk mengutuk kenyataan mereka di blog rasmi Puaka X.

“Kasi redah!” merupakan tagline utama kumpulan Puaka X yang sering menyahut cabaran oleh kumpulan-kumpulan paranormal lain untuk menyiasat lokasi-lokasi yang paling ‘keras’ di Malaysia seperti di sebuah rumah banglo tinggal di Taman Tenaga Puchong, Apartment Riviera II, sebuah banglo di Kuala Kubu Bharu, taman perumahan di Shah Alam, kolej lama di Bangi dan banyak lagi.

Semakin hari Puaka X semakin galak mencabar sesiapa sahaja di luar sana untuk membuktikan keberanian mereka kerana bagi Amar, Rizal dan Dani, mereka tidak akan percaya kewujudan ‘hantu’ selagi ia tidak muncul di depan mata.

Sehinggalah mereka sendiri menerima cabaran oleh seseorang yang tidak diketahui melalui email untuk ke lokasi yang benar-benar ‘keras’, iaitu Balai Gombak. Ibarat buku bertemu ruas, Puaka X tidak sedar apa yang sedang menanti kehadiran mereka. Pahit getir sepanjang penyiasatan mereka bertiga dirakamkan menerusi filem “Puaka Balai Gombak”.

Adakah Amar, Rizal dan Dani berjaya merakamkan sebarang aktiviti paranormal di Balai Gombak? Adakah mereka akan mula percaya akan kewujudan makhluk halus? Sertai penyiasatan Puaka X menerusi filem “Puaka Balai Gombak” yang akan berada di pawagam berhampiran anda pada 29 Januari 2015.



Credit : http://www.budiey.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Balai gombak ni kat mane?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 02:30 PM | Show all posts
dauswq replied at 22-1-2015 02:14 PM
Balai gombak ni kat mane?

Mnurut blog2 paranormal, kat jalan lame nak ke Bentong... dekat2 area Mimaland..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2015 02:38 PM | Show all posts
Edited by Ferr_Remy at 22-1-2015 03:21 PM

Sedikit kontroversi yang belum mendapat liputan, motip Puaka X curi gambar PAGPARANORMAL lekat kat dinding bilik kerja Puaka X? Tnpa kebenaran plak tu.


TEAM PAGPARANORMAL



BILIK KERJA PUAKA X - SEDUTAN FILEM



Kredit: http://pag-paranormal.blogspot.c ... pagparanormal.html#



Motip chuols?? Puaka X ni x wujud ke ape smpai kena pakai pic kumpulan lain? Susah beno ke nak tgkap pic kumpulan sendiri?



Tp klu tgk trailer filem, mmg berani oo budak2 Puaka X ni... mulut xde insurans, kojernyer asek nak menjerit seru pontianak jer smbil maki hamun. Very the budak2 nak up punyer prangai.. Bg diorg maybe cool, bg aq yg da matang ni.. x brkenan aq tgk prangai BBNU ni..




Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyo .. Balai Gombak Lama takdalah sekukuh dalam filem ne ok .. Siap dua tingkat bagai .. Berbatu penuh lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 06:38 PM | Show all posts
tak paham aku
siapa puaka x?
siapa papagomonormal??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2015 11:24 PM | Show all posts
dorg pergi banyak tempat klo xsilap. bukan balai gombak je
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:00 PM | Show all posts
Mulut dorang memang puaka... Tapi rasanya cite ni pasal dorang nak cakap jangan bongkak dan cakap besar la. satu aku respect dengan director filem ni... walaupun hanya berlakon.. footage yang dorang amik memang dekat tempat2 angker yang blog2 paranormal selalu pergi tu... riviera... memang femes dalam mps.. situ memang angker. balai polis gombak pun sama.... siapa tahu pasal riviera mmg seremss la... credit aku utk footage tempat asal yg memang angker. ingat senang nak pegi shoot tengah malam sampai ke subuh dengan mulut puaka macam tu???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2015 09:54 PM | Show all posts
td g cinema ada gak perasan showtime filem ni. tp promosi filem ni sgt2 la slow n aku pun tertanya2 cerita apa ni?

tkt2 hasil mcm lebih kurang filem ia wujud jerk..

kalo mcm ia wujud tu mmg menyesal la tgk kat cinema. baik layan dpn leptop jerk

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2015 11:42 PM | Show all posts
aerolz replied at 28-1-2015 04:00 PM
Mulut dorang memang puaka... Tapi rasanya cite ni pasal dorang nak cakap jangan bongkak dan cakap be ...

byk hantu ke atau so so ajer ? seram x??
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:28 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 23-1-2015 02:20 PM
Poyo .. Balai Gombak Lama takdalah sekukuh dalam filem ne ok .. Siap dua tingkat bagai .. Berbatu pe ...

itu kat tmn tenaga puchong.
aish byk yg kondem je cuba pergi tgk and bg review bru kita leh kondem ramai2
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 01:37 PM | Show all posts
Skrng ni kalo pi wyg nk lyn filem horror melayu ak mmg dh sangsi sgt2....kalo tgk hnya akn merugikan duit poket ja...walaupn teringin nk tgk tp in the end..mesti rsa kecewa pnya....huhu...kalo la ada filem2 melayu yg sehorror dgn insidious ke...conjuring ke...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 11:30 AM | Show all posts
toyaq_03 replied at 4-2-2015 01:37 PM
Skrng ni kalo pi wyg nk lyn filem horror melayu ak mmg dh sangsi sgt2....kalo tgk hnya akn merugikan ...

Pi tengok filem Bangunan. U takkan rasa diperbodohkan. Seram gila gila!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 09:12 AM | Show all posts
blekkep replied at 6-2-2015 11:30 AM
Pi tengok filem Bangunan. U takkan rasa diperbodohkan. Seram gila gila!

OOHHHH......serius ka seraaammmm.......kalo btui mggu ni nk pi lyn...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2015 05:49 AM | Show all posts
Edited by Ferr_Remy at 24-2-2015 05:53 AM

OK da tgk online smalam.. hahaha sian eh citer ni sorg je  review?   Meh sini aq tlg tmbah review

Secara keseluruhan, cerita ni amat mengecewakan. Walaupun filem ni berbentuk mockumentary, sayang pelakon2 baru ni x pandai nak berlakon langsung. Cara diorg lontarkan skrip terlalu skima, sekaligus sometimes nmpak mcm tgh membaca or tgh perah otak nak kluarkan ape yg diorg hafal. LOL Da la skrip lemah, BBNU giler skrip filem ni smpai kekadang rasa mcm nak lempang jer pelakon2 yg ade dlm ni. Mulut tahap puaka. Macam pondan gengster jer.

Jalan cerita ada... tp olahan sgt membosankan. Aku plg benci tgk si gemuk yg asek nak tunjuk good isap rokok ala2 ganja. Bajet sgt la korg ni smpai lakonan aq rasa kdg2 over sgt. Bangga sgt ke buat mata stim isap rokok pastu jalan mcm x betul? Tau la berlakon.. tp ko igt ganja tu legal ke kat Msia?

Dari sisi keseraman plak, dissapointed. Lu org bajet mcm nak sindir geng paranormal Malaysia, tp lu punyer idea filem mcm filem smpah yg teramat smpah. Ending yg cliche. Whatever. Klu da ending ghuper camtu, baik la korg buat je filem betul, x payah nak mockumentary sgt.

1 bintang. Actually dpt 1 bintang pun sbb tmpat diorg shooting tu real. Tu je aku respect, bak kate forumer dlm Cari ni yg da tgk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahaha BBNU memang buat kita rasa macam nak tombok je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2015 02:56 PM | Show all posts
dah tengok.

skrip fail, acting fail, jalan cerita so-so..aku bajet real macam wujud (10% je acting), last2 awal2 cerita dengar dialog pun dah tahu fake 100%. dialog sangat potong stim. hantu pun kelakar dan cliche.

x layak diberi bintang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaa... Xbest la ni ??,
Nyesal beli cd cetak rompak dia semalam,
Rugi je 5.00 aku.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:14 AM | Show all posts
Felycya replied at 26-2-2015 08:25 AM
Hahahaa... Xbest la ni ??,
Nyesal beli cd cetak rompak dia semalam,
Rugi je 5.00 aku.

adeh ada lg org beli cd zaman ni ye bro.

download je. kalo x pun, pow dr kawan2

pd aku la cerita ni x bosan.

lebih baik dr ia wujud. ia wujud nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 01:25 AM | Show all posts
otai_g replied at 28-3-2015 05:14 PM
adeh ada lg org beli cd zaman ni ye bro.

download je. kalo x pun, pow dr kawan2

Eh...
bukan cd...
apekename tu dvd ehh ??,

ade....
ramai lagi kot skg ni beli dvd cetak rompak ni,
salah sorangnye aku..

wakakaaa..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.108277 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list