CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2091|Reply: 17

[Dunia] Rakyat Cina jadikan Malaysia sebagai transit sertai IS

[Copy link]
Post time 22-1-2015 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-1-2015 10:13 PM

PUTRAJAYA – Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan militan IS, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam China Meng Hongwei dalam pertemuan mereka di pejabat Ahmad Zahid di sini, pada Rabu.



Ahmad Zahid berkata Kuala Lumpur dan Beijing memandang berat isu ancaman keselamatan dan komited untuk mengekang masalah itu secara lebih teliti.

“Walaupun ada perjanjian antara Malaysia dan China untuk atasi masalah keganasan dengan tindakan menangani keganasan, tapi masalah ini berat.

“Ini kerana kita dapati terdapat jalinan di peringkat antarabangsa antara pengganas-pengganas dari China dengan pengganas-pengganas dari negara lain di rantau Asia Tenggara,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Meng itu.

Ditanya mengenai kemungkinan kumpulan rakyat China itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan di negara ini, Ahmad Zahid berkata buat masa ini tiada maklumat mengenainya diterima.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata buat masa ini belum ada sebarang cadangan atau perbincangan untuk memberikan visa percuma kepada pelancong dari negara lain kecuali China.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada Selasa, berkata pemberian visa secara percuma kepada pelancong antaranya dari China bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.


Mengulas perkara itu, Ahmad Zahid berkata pelancong dari negara Tembok Besar itu yang berhasrat datang ke Malaysia tetap perlu memohon visa.


“Visa tetap perlu dipohon. Tetapi yang dikecualikan (percuma) adalah bayaran sebanyak 80 Yuan Renminbi yang dikenakan ketika ini.

Katanya kabinet memutuskan bahawa pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan pemberian visa percuma itu akan dibuat selepas semua peraturan dan syarat-syarat diperhalusi oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

“Selepas itu kita akan umum secara rasmi di Kedutaan Malaysia di China dan semua Konsulat Jeneral Malaysia di China,” katanya. – BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua tiga hari ini CI dicemari oleh virus China.:
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem plak is china nii....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat betul pengaruh IS ni sampai rakyat China pun join....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
La. MYR 40 je visa PRC ne ... Dorang caj kita MYR 60. Tu tak masuk yg nk urgent
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hugiehugie ddk sblh kiri sekali maklumlah kurang ensem. Spidey yg ensem ddk no 2 dari kiri pttlh Botak LiCinpeng terpikat.
Calling2 hugiehugie kebangga & Spidey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2015 12:52 AM | Show all posts
slavehunter replied at 22-1-2015 11:45 PM
Kuat betul pengaruh IS ni sampai rakyat China pun join....

Dorg nak cepat2 pergi sorga kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 12:59 AM | Show all posts
Silap2 jadi bahan membontot IS jer memandangkan percentage gayah closeted or biseksual banyak dalam kultus2 cenggitue. Sume jenis kultus pun mesti akan membiakkan gayah penibai pungkok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2015 01:24 AM | Show all posts
boyagombak replied at 23-1-2015 12:49 AM
Hugiehugie ddk sblh kiri sekali maklumlah kurang ensem. Spidey yg ensem ddk no 2 dari kiri pttlh Bot ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni jenis Cina mix Arab dekat South China kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 01:58 AM | Show all posts


Mcm neh ke???
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm org mongolia
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 08:13 AM | Show all posts
spiderman80 replied at 22-1-2015 10:12 PM
Dua tiga hari ini CI dicemari oleh virus China.:

spidey jangan cakap camtu.. PuanBotakChinPeng kan cina
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Orange1 replied at 23-1-2015 12:52 AM
Dorg nak cepat2 pergi sorga kekdahnya.

Tapi muka Is China innocent jer...cam malu2 kucing nak berperang.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 12:21 PM | Show all posts
Apa ilmu orang IS ni duk menyongsang...dahysat betol
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 06:25 PM | Show all posts
Kuat betul pengaruh IS ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2015 10:42 PM | Show all posts
Alhamdulillah..... semangat untuk mempertahankan Islam Sunni Syumul itu harus dipooji.

Cuma yang mana agak menyonsang itu perlu diluruskan sedikit.

Kalau tak bercanggah dengan syariah, iols aman-aman adja konsepnya.

Yang pasti, cina-cina ini seribu kali lebih molia dari cina dap yang terang tang tang anti Melayu dan Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
This is skeri..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069078 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list