View: 2187|Reply: 16
|
[Tempatan]
Muflis akibat kad pengenalan hilang........
[Copy link]
|
|
Jason (tiga, kiri) bersama Kim Chai (dua, kanan) menunjukkan laporan polis dan dokumen sokongan yang telah diseleweng bagi pinjaman kenderaan mewah.
JOHOR BAHRU – Malang buat seorang pembantu kedai kopi apabila dia bukan hanya menanggung hutang puluhan ribu ringgit malah turut diisytiharkan muflis.
Mangsa, Gan Kim Chai, 40, yang menghidap sindrom lembam terpaksa menanggung hutang bank sebanyak RM123, 610 bagi pinjaman kenderaan terpakai jenis Honda Accord di atas namanya.
Dia yang dua kali kehilangan kad pengenalan pada 2003 dan tahun lalu mendakwa dokumen tersebut telah diselewengkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Gaji saya kurang RM1000 sebulan, mana mampu beli kenderaan mewah, perkara ini telah dirujuk dengan pihak bank, namun hasil siasatan mendapati salinan dokumen bagi pinjaman tersebut menggunakan nama dan nombor pengenalan milik saya namun ditukar gambar dan alamat.
“Dokumen sokongan juga bukan milik saya,” katanya kepada pemberita bersama Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam, Jason Teoh di Kelab Media Cina, Taman Maju, di sini.
Kim Chai yang diwakili adiknya, Gan Ah Hock, 35, kerana tidak fasih bercakap kesal apabila disahkan muflis oleh mahkamah pada 29 Disember lalu.
“Kita telah tiga kali merujuk perkara ini dengan pihak bank dan mendapatkan pengesahan Bank Negara, Jabatan Pendaftaran Negara selain tindakan susulan ke mahkamah, namun hasilnya sangat menghampakan.
"Semakan mendapati tandatangan salinan perjanjian bank serta dokumen penyata gaji juga bukan milik saya malah penyeleweng juga didapati membayar ansuran bulanan RM 1282 selama 16 bulan," katanya.
Sementara itu, Jason berjanji akan membantu mangsa memberi khidmat guaman percuma selain menggunakan saluran MCA.
“Kami akan tulis surat ke bank, Ketua Polis Johor mengenai status siasatan, meneliti kes ini dengan lebih terperinci kerana dengan jelas bukti-bukti yang dikepilkan telah disalahgunakan,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ilang-1.353541
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke trace number kereta tu? Kan segala doc dan grant ada kat bank. |
|
|
|
|
|
|
|
budus la lu....org kelentong tu bukan ambik kereta pun...dorang ambik cash la dol...
kereta tu atas paper jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... Tambah2 lg sebab OKU. |
|
|
|
|
|
|
|
lavamerah replied at 24-1-2015 11:47 AM
budus la lu....org kelentong tu bukan ambik kereta pun...dorang ambik cash la dol...
kereta tu ...
Ba ...aku mewakili rakyat yang budus dan naif...
cer explain skit mcm mana penipu tu wat loan keta dapat duit?
Hati tulus mulus mcm aku ni..tak tau taktik penipu..dah kena tipu baru tahu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana boleh bagitau orang taktik ni...
nanti ahli sindiket nak makan apa..??
|
|
|
|
|
|
|
|
lavamerah replied at 24-1-2015 12:16 PM
mana boleh bagitau orang taktik ni...
nanti ahli sindiket nak makan apa..??
Kedekut ilmu laa lu baa...
Mcm mana aku nk bukak bisnes scam cenggini...
mungkin cuma perlu wujudkan "kedai used car"..pakai ic pelesu tu..setelkan document..apply loan kat bank..
bank officer..keja lebih kurang, petang jumaat mood cuti..xyah check no tipon vs ic number. .approve kan adja..
mcm mana dgn pemeriksaan puspakom?. |
|
|
|
|
|
|
|
bank officer...???
ermmmmm...
masyukkkk..
|
|
|
|
|
|
|
|
lavamerah replied at 24-1-2015 12:30 PM
bank officer...???
ermmmmm...
Ok..paham skit..
wei..biasa loan approve. .sape yg bg "komisyen". bank officer yg bg kedai ke? Atau sebaliknya..." |
|
|
|
|
|
|
|
Tiga termasuk seorang bekas kerani bank dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini kerana menggunakan kad pengenalan palsu bagi membuka akaun di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad untuk urusan jual beli tanah empat tahu lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
lavamerah replied at 24-1-2015 12:40 PM
Tiga termasuk seorang bekas kerani bank dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini ke ...
Demnngg. ...nyesal tak blaja sunggoh2 jadi kerani bank..mesti masyukkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
..masyuk dalam..
lu jangan main2...officer bahagian fraud bank semua bekas2 pegawai jenayah kolar putih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak macam tu. Trace lah owner kereta tu number plate semua ada kat grant tu
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi lu kena belajar ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 24-1-2015 01:12 PM
Hahaha...lawak la lu. Sebelum nak apply loan kereta tu kan mesti ada doc semacam number chassis, number engine, surat cukai jabatan hasil dalam negeri, kastam baru boleh buat loan tu. Lu ingat bawa ic je pergi bank untuk apply loan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 tahun ade kes camni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sindrom lembam tu mcm mna? Kesian kim chai dhla sindrom, bankrap plak tu, then tanggung hutang lgk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|