CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 7

[Tempatan] Ibu bapa akan penuhi hajat Azlan

[Copy link]
Post time 26-1-2015 10:29 AM | Show all posts |Read mode

                                                                        
  •                                                                                                                                                         Rozi yang mewakili menteri besar hadir menziarah keluarga mangsa.
                                                               


                        
                                                                                                                            KEMAMAN – Jaguh pecut paralimpik negara yang maut dalam nahas kelmarin, Mohammad Azlan Mat Lazim berhajat membina sebuah banglo untuk ibu bapanya dan membawa kedua-dua orang tuanya itu menunaikan umrah apabila memperoleh insentif khas Sukan Para Asia 2014.
       
        Bapanya, Mat Lazim Ali, 52, berkata, anak keduanya daripada empat beradik itu merancang membawanya dan isteri mengerjakan ibadah itu pada Mei nanti.
       
        “Namun, arwah pergi mengejut tanpa sempat tunaikan kedua-dua hasratnya itu, tapi hajat itu akan saya dan isteri penuhi,” katanya sebak.
       
        Katanya, kemalangan yang menimpa Mohammad Azlan, 25, itu sangat memeranjatkan kerana beberapa jam sebelum itu, kira-kira jam 11 pagi, arwah menghubunginya untuk bertanya khabar.
       
        “Kami bercakap tak lama dan sebelum letak telefon arwah minta saya cari rumah untuknya kerana dia mahu beli rumah berdekatan dengan rumah kami di Kampung Batu 3, Jalan Air Putih. Saya cakap akan cari rumah itu bulan depan.
       
        “Waktu itu, arwah maklumkan dia baru balik latihan dan cakap mahu rehat sekejap sebelum keluar makan,” katanya yang juga seorang buruh.
       
        Bagaimanapun, tiga jam kemudian, iaitu kira-kira jam 2 petang Mat Lazim menerima panggilan telefon memaklumkan anaknya terlibat nahas dengan sebuah van dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
        “Lepas dapat berita hiba tu, saya bersama isteri dan dua anak bergegas ke hospital, tapi waktu itu saya tidak beritahu isteri yang anak meninggal, saya cuma beritahu anak kemalangan kerana isteri ada banyak penyakit termasuk darah tinggi dan tak boleh terkejut. Lepas tiba di Kuala Lumpur barulah saya beritahu Azlan sudah tiada,” katanya.
       
        Mohammad Azlan yang mengalami masalah percakapan maut apabila motosikal jenis Yahama 125 yang ditunggang bersama atlet lompat jauh paralimpik negara, Farisan Jasna, 26, dipercayai dilanggar sebuah van jenis Toyota Hiace ketika ingin menjamu selera di salah sebuah restoran di Serdang Jaya, kelmarin.
       
       
        Permata keluarga
       
        Sementara itu, ibu Allahyarham, Rohani Abu Bakar, 49, berkata, kesedihan yang dialami saat menatap jenazah anaknya sebaik tiba di Hospital Serdang tidak dapat diluah dengan kata-kata.
       
        “Kali terakhir kami sekeluarga jumpanya waktu dia balik pada 5 Januari lalu bersama atlet Majlis Sukan Negara (MSN) yang lain kerana mereka bantu bersihkan rumah kami dan penduduk yang kena banjir,” katanya.
       
        Menurutnya, Mohammad Azlan ibarat permata berharga kerana arwah banyak membantu keluarga termasuk membelikan sebuah Perodua Alza untuk kegunaan keluarga, di samping turut membelikan sebuah bot gentian kaca untuk digunakan sewaktu banjir lalu.
       
       
        Tokoh Maulidur Rasul 2015
       
        Dalam temasya Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan pada Oktober lalu, Mohammad Azlan mengharumkan nama negara apabila memenangi tiga pingat emas menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38.
       
        Allahyarham juga baru dinobatkan sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul 2015 Peringkat Kebangsaan pada 3 Januari lalu atas pelbagai kecemerlangan yang diraihnya.
       
       
        Suara sayu di talian ketika perbualan akhir
        Dalam pada itu, sepupu paling rapat dengan arwah, Zurina Mohd Tahar, 23, berkata, suara arwah kedengaran sayu di hujung talian di akhir perbualan selama kira-kira tujuh minit selepas arwah menghubunginya kira-kira jam 9.45 malam sebelum kejadian.
       
        “Semasa dia telefon, saya berada di Mesra Mall Kemasik dan dia sempat beritahu mahu balik kampung pada 29 Januari ini untuk hadiri majlis kenduri kahwin sepupu kami. Kebetulan waktu itu saya juga baru hendak makan jadi kami hanya berbual seketika, tapi di akhir perbualan arwah macam berat untuk letak telefon,” katanya.
       
        Jenazah arwah yang dituntut keluarganya di Hospital Serdang tiba di rumahnya di Kampung Batu 3, Jalan Air Putih, kira-kira jam 12.10 tengah malam semalam sebelum disembahyangkan.
       
        Turut hadir menziarah, wakil Menteri Besar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman merangkap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Rohani Abdullah.
       
        Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jabor Kubur pada jam 1 pagi semalam.
       
        Pengebumian dihadiri kira-kira 200 saudara mara, kenalan, penduduk dan rombongan Majlis Sukan Negara (MSN) diketuai Ketua Pengarahnya, Ahmad Shapawi Ismail yang mengiringi jenazah dari Hospital Serdang.
       
       
        Atlet Terengganu dilindungi insurans
       
        Dalam perkembangan sama, Rozi berkata, kebanyakan atlet kelahiran Terengganu yang beraksi di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri kebanyakannya dilindungi kerajaan negeri dengan insurans kelompok.
       
        Justeru, katanya, kerajaan negeri akan meneliti polisi insurans berkenaan untuk tuntutan dan tindakan lanjut.
       
        “Saya mewakili kerajaan negeri ucap takziah kepada keluarga dan diharap mereka sabar menghadapi ujian ini. Insyaallah kerajaan negeri akan membantu keluarga sedaya termampu,” katanya.
sumber:sinar harian

               
            

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 10:53 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:08 AM | Show all posts
dapat rasakan kesudahan yg sangat baik menanti Allahyarham di 'sana' nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg baik ...
Takziah kpd keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:49 PM | Show all posts
Anak yg baik arwah ni..
semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
takziah pada keluarga arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 06:58 PM | Show all posts
mestiii nak cari gak.. mestiiiiiiii nak carik gak KEPELIKAN saat terakhir arwah sesapa pun..

hok ni..suara kedengaran sayuuuuu...

bila laaa wartawan mesia ni ni nak bijak

tapi tgkkan oang cam mamak zam pun bleh dapat tan sri, leh dapat tokoh wartawan , leh jadi minister walo  have erection can have erection...  nampak gaya sampai kiamat ler  kualiti  wartawan mesia cap ayam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2015 08:26 PM | Show all posts
al-fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:11 PM | Show all posts
takziahhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075537 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list