CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1835|Reply: 10

[Tempatan] Tujuh ditipu syarikat beli kereta

[Copy link]
Post time 26-1-2015 10:31 AM | Show all posts |Read mode

                                                                                                                        
  •                                                                                                                                                         Peter Tan (empat, kiri) bersama tujuh mangsa yang ditipu syarikat berkenaan mohon pihak berkuasa bertindak segera.
                                                               
                        
                KLANG – Hasrat tujuh mangsa menjual kereta mereka kepada sebuah syarikat menerusi 'online' berakhir dengan kerugian apabila ditipu dalam urus niaga tersebut.
        
        Syarikat yang dimiliki seorang peniaga berpangkat ‘datuk’ itu bukan sahaja gagal melunaskan bayaran, bahkan juga tidak menukar nama geran atau status kereta.
        
        Mangsa, Mohd Zainorizam Mohammad, 28, berkata, dia berhasrat menjual kereta jenis Perodua Myvi Se yang dibeli pada 2013 lalu dengan harga RM42,500.
        
        Menurutnya, dia mahu menjual kereta itu untuk membeli Honda Jazz, lalu mengiklankannya menerusi sebuah portal jual-beli pada 18 Oktober tahun lalu.
        
        "Dua hari lepas tu, saya terima panggilan daripada individu yang mahu beli kereta dan setuju bayar RM1,000, sekali gus saya tak payah buat penambahan pada bayaran.
        
        “Kami kemudiannya bertemu di pejabat syarikat itu di Jalan Pahang dan saya menerima bayaran. Selang beberapa jam, individu itu datang ke rumah saya di Seremban untuk ambil kereta dan beberapa dokumen. Saya ingat proses jual kereta termasuk tukar nama semua dah selesai,” katanya kepada Sinar Harian bersama enam lagi mangsa yang berdepan masalah sama tampil meluahkan perkara itu kepada aktivis masyarakat Klang, Peter Tan Hock Chai, semalam.
        
        Malangnya, Zainorizam yang juga penjawat awam berkata, beberapa minggu kemudian, dia terkejut menerima panggilan sebuah bank yang meminta menjelaskan bayaran bulanan kenderaan itu.
        
        Menurutnya, selang sebulan, bank yang sama masih menghubungi minta jelaskan bayaran dan dia mula menyedari yang proses menukar nama masih belum dibuat.
        
        “Risau berlaku perkara tidak sepatutnya, saya buat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak, Wangsa Maju pada 20 Januari lalu.
        “Saya minta syarikat itu pulangkan semula kereta, tapi kos yang diminta tidak masuk akal hingga cecah RM5,780,” katanya.
        
        Khuatir masalah berlarutan, katanya, dia bersetuju untuk jelaskan bayaran itu pada syarikat tersebut.
        “Tapi mereka bagi syarat supaya saya tarik balik laporan polis. Lebih menyedihkan, saya terpaksa jelaskan bayaran bulanan kepada bank walaupun kereta hilang,” katanya.
        
        Seorang lagi mangsa, Lim Yee Boon, 30, berkata, dia turut mengiklankan di portal yang sama pada Jun tahun lalu untuk menjual kereta Mercedes Benz C180K dengan harga RM123,000.
        
        “Individu dari syarikat sama di Jalan Pahang hubungi saya untuk beli kereta ini dan pada bulan yang sama, kami jumpa untuk urusan pengambilalihan kereta.
        
        “Selepas urusan itu selesai, tiga bulan kemudian, pihak bank hubungi minta saya lunaskan bayaran bulanan kereta iaitu RM2,200 sebulan.
        
        “Saya terkejut dan baru sedar rupanya dokumen yang saya tandatangani itu palsu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak 21 Oktober 2014.
        
        Sementara itu, Peter Tan berkata, kesemua mangsa berjaya dikumpulkan selepas mereka bertemu menerusi Facebook.
        
        “Saya akan bersama-sama mangsa bawa kes ini ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut. Kami syak wujud ketirisan hingga kes mangsa gagal diselesaikan.,” katanya
sumber:sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 10:36 AM | Show all posts
bagitahulah syarikat mana!!!! asik asik berita cam ni. baik tak yah masuk berita je!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 10:39 AM | Show all posts
adoila ..orang tak beli dah keta 10k ke atas

skang ni beli keta rega 10k kebawah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 10:58 AM | Show all posts
munchkin replied at 26-1-2015 10:36 AM
bagitahulah syarikat mana!!!! asik asik berita cam ni. baik tak yah masuk berita je!!!

akhbar malaysia..biasala..takut individu berpangkat datuk agaknya...kot kot kena datuk yg ada kabel baikkkkkk..susah akhbar tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:08 AM | Show all posts
Tak nak dedah nama takut kena saman lah kot....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 11:18 AM | Show all posts
nak jual kereta harga tinggi..hujung hujung kena tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:25 AM | Show all posts
aku masa deal dgn agen rumah...aku amik gmbr ic dia dgn mintak biz kad dia dulu
kalo kantoi senang nak buat polis report...nasib baik ok
kalo la org tu kalut2 xnk bg mmg sah penipu

yg mangsa2 ni xtaula nape xbuat langkah2 pencegahan mcm tu
sbb melibatkan puluhan ribu...kalo barang RM20-30 tu xpela  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 11:30 AM | Show all posts



mmg biasa kes mcm nii
kena hati penipu byk di luarrrr


regards
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:40 PM | Show all posts
Z77 replied at 26-1-2015 10:58 AM
akhbar malaysia..biasala..takut individu berpangkat datuk agaknya...kot kot kena datuk yg ada kabe ...

ha ah kan??? nanti kalau berkabel tu terlepas je sesenang. geram tul.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:55 PM | Show all posts
napela tk pi dgn kwn yg pakar bab2 ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.071074 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list