|
- Mashitah (lima, kanan) bersama pemenang hadiah-hadiah utama Kempen Deposit 'Oh Yeah!' 2014 - 2015 di Shah Alam.
BANK Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) optimis mencapai tambahan jumlah deposit RM200 juta dalam Kempen Deposit ‘Oh Yeah!’ 2 bagi tempoh Januari hingga Mei ini.
Ketua Pegawai Operasi Perniagaannya, Mashitah Osman berkata, peningkatan jumlah deposit itu bakal dipacu jangkaan pertambahan dua kali ganda daripada 30,000 jumlah pemegang deposit baharu yang direkodkan pada Jun hingga Disember tahun lalu.
Katanya, sejak Kempen Deposit ‘Oh Yeah!’ 2 dijalankan, sejumlah RM60 juta deposit dicatatkan, iaitu lebih tinggi berbanding kempen pertama sebelum ini.
“Kami yakin kempen kedua yang berbaki hanya lima bulan sehingga Mei ini akan menarik lebih ramai pendeposit baharu dengan tawaran hadiah lumayan,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah-Hadiah Utama Kempen Deposit ‘Oh Yeah!’ 2.
Mashitah berkata, Bank Muamalat merancang mengadakan program seperti kempen itu pada masa akan datang sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka.
Kempen Deposit ‘Oh Yeah!’ 2 bermula 1 Jun 2014 dan tamat pada 31 Mei 2015, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM3.48 juta.
Penyertaan kempen terbuka kepada pemegang akaun baharu atau sedia ada berusia 18 tahun ke atas dengan hanya deposit serendah RM1,000.
Pada majlis itu, Rohayah Jalil diumumkan pemenang utama kempen yang menerima hadiah tunai berjumlah RM1 juta.
sumber:sinar harian
|
|