CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5916|Reply: 58

[Tempatan] Dibuang sekolah kerana jaga emak sakit

[Copy link]
Post time 26-1-2015 04:28 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Seorang pelajar tingkatan dua tidak menyangka masih mendapat peluang menyambung pelajaran walaupun dia tidak hadir ke sekolah sejak Mei tahun lepas.

        Oleh kerana itu Nur Erny Amira Md Zalani, 14, telah dibuang daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini pada Ogos tahun lalu.
          
        Namun Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sanggup memberi peluang kedua kepadanya untuk menyambung persekolahan.

        Dia yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di sini berkata, dia tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga ibunya yang sakit serta tiga adiknya yang masih bersekolah.

        "Saya terpaksa menunggang motosikal untuk menghantar adik-adik ke sekolah yang terletak kira-kira 3.2 kilometer dari rumah kami sebelum ini di Taman Kota Nelayan Kuala Kedah.

        "Semasa emak sihat, dia yang hantar dan ambil adik-adik dari sekolah. Saya terpaksa berkorban untuk beri peluang adik-adik bersekolah," katanya kepada pemberita.

        Nur Erny Amira merasa kesal selepas dibuang sekolah dan berfikir harapan untuknya menamatkan persekolahan sudah tidak ada.

        "Namun saya beryukur sebab ada pihak yang perihatin membantu saya untuk kembali ke sekolah," katanya.

        Kakak sulungnya Nor Atin Atika, 21, yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan mengambil tanggungjawab menjaga enam orang adiknya yang berumur  antara 7 hingga 18 tahun selepas ibu mereka meninggal.

        Dua adik lelakinya yang sudah bekerja turut membantu menampung persekolahan empat orang adik mereka yang lain.

        Kes keciciran Nur Erny Amira dikesan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah pada Disember tahun lepas dan mengemukakan rayuan kepada  Jabatan Pelajaran Negeri.

        Pengerusinya, Shamsul Bahar Abdul Rani berkata surat jawapan kepada rayuan mereka untuk pelajar itu bersekolah semula diterima pada 19 Januari lepas. –  Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kerana berjaya menyelamatkan adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:34 PM | Show all posts
Ya Allah kesiannya .. 8 adk bradik? Bapa dia mn? Ciannya yg kecik2 tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:37 PM | Show all posts
pusat zakat ada tolong x?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung sape dpt adik ni jadi istri
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 05:11 PM | Show all posts
maknanya dua adik lelaki dia pun dah tak sekolah..
kasihannya.. harap ada pihak yang dapat beri bantuan
sekurang-kurangnya tempatkan semua adik beradik ni di asrama anak-anak yatim ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 05:21 PM | Show all posts
aku tk paham laa.. .so mak die sakit ke meninggal

  Kakak sulungnya Nor Atin Atika, 21, yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai pekerjaan mengambil tanggungjawab menjaga enam orang adiknya yang berumur  antara 7 hingga 18 tahun selepas ibu mereka meninggal.


Dia yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di sini berkata, dia tidak hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga ibunya yang sakit serta tiga adiknya yang masih bersekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 05:24 PM | Show all posts
Dua adik lelakinya yang sudah bekerja turut membantu menampung persekolahan empat orang adik mereka yang lain.


adik dia umur brape la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 05:28 PM | Show all posts
pesal bangsat sgt cikgu kt situ?

bukan nk check dlu ke apa?

ka SOP sekolah mmg gitu?

buang aja budak2 tk sekolah, tk yah check, esok2 jadi perompak,  perogol lantak pi la, boleh guna ayat "sessunggguhnya Allah tidak merubah sessuatu kaum klu dia tak merubah dirinya sndiri".. biar bdak2 ni berubah sndiri gamaknya..

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 05:39 PM | Show all posts
arira_arora replied at 26-1-2015 05:21 PM
aku tk paham laa.. .so mak die sakit ke meninggal

  Kakak sulungnya Nor Atin Atika, 21, yang suda ...
banyak berita sekarang ni tunggang langgang
kena bacer 5-6 kali baru paham

rasa nya adik ni jager adik2 dier dan berenti sekolah masa mak sakit
pastu bila mak meninggal
adik2 dier di ambik akak dier


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 05:42 PM | Show all posts
kalau tak pandai...takyah sekolah lagi la..



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:08 PM | Show all posts
GARIS PANDUAN TINDAKAN PEMBERIAN AMARAN DAN TINDAKAN BUANG SEKOLAH

TINDAKAN UTK PELAJAR PONTENG...

1. Ponteng berturut2..amaran pertama,hari ke 3 (surat biasa) amaran ke 2..7hari selepas amaran pertama,hari ke 10 (SURAT BERDAFTAR) amaran AKHIR 14hari selepas amaran ke 2/hari ke 17 (surat berdaftar)..BUANG SEKOLAH..14hari selepas amaran akhir/hari ke 31 tandatangan pengetua (surat berdaftar)

2.ponteng berselang..amaran pertama (surat biasa) amaran ke 2..10hari selepas amaran pertama/hari ke 20 (surat berdaaftar) amaran akhir 20hari selepas amaran ke2/hari ke 40 (surat berdaftar) BUANG SEKOLAH ..20HARI SELEPAS AMARAN AKHIR hari ke 60 ttgn pengetua (surat berdaftar)

garis panduan ni saya ambil daripada Buku Jadual Kedatangan Murid...
so guru2 erpaksa mematuhi garis panduan ini jika pelajar tidak hadir tanpa sebab...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah ade juga yg nak menbantu adik ni.. syg kalau xde pelajaran dek..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian mujur ada yg bantu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:41 PM | Show all posts
besar pahala menjaga ibu yg sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:43 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-1-2015 05:39 PM
banyak berita sekarang ni tunggang langgang
kena bacer 5-6 kali baru paham

Btol la tu..m konpius btol ayt berita ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada 3 adik beradik yg dah habis sekolah, kenwoa disuruh budak umur 13 thn yg jaga emak sakit?
2. Ayah dia mana?
3. Cikgu kelas pun... x siasat ke apsal anak murid lama x mai... y cant they b pro active?
4. I guess, before issue surat berenti, counselor has to interfere or whatever they call it. Fishy di situ..

whatever it is, congrats GPMS. JOB WELL DONE,
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 26-1-2015 06:08 PM
GARIS PANDUAN TINDAKAN PEMBERIAN AMARAN DAN TINDAKAN BUANG SEKOLAH

TINDAKAN UTK PELAJAR PONTENG.. ...

Tq makwa sbb post info ni..dpt ilmu baru hari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 08:22 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 26-1-2015 07:55 PM
Tq makwa sbb post info ni..dpt ilmu baru hari ni..

procedure yang kita kena ikut..cikgu xikut cikgu salah..kita kerja kena ada black n white...bukan susah pun,budak tu buat je surat memaklumkan dia xdpt hadir kerana jaga ibu sakit..sampai lama mana pun dia xakan dibuang..lagi pun bersama surat amaran tu dikepilkan jawapan atas ketidakhadiran tu...n siap ada lagi tarikh parent utk buat temujanji dgn pihak sekolah berkaitan dgn ketidakhadiran pelajar tadi...surat amaran 2 ,terakhir dan notis buang sekolah tu dihantar dgn AR register,bermakna sampai ke tangan penerima..ni mungkin budak ni abaikan surat tu..

sebeanr nya cikgu pun malas nak buat procedure ni....tapi dah tugas..
lagi pun lepas dibuang,dia boleh je mohon bersekolah balik dgn pihak ppd..
isi borang..xlama pas2 boleh masuk balik sekolah yang sama...


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang nak buang pelajar cepat plak bertindak & birokrasi segala bila nk mintak sambung blajaq. Tp tang kakitangan awam yg ponteng bertahun takde plak nk proaktif gantung & buang keje.... Padahal dibayar gaji...

Pakai tapak kaki ker time gubal peraturan2 ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.102646 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list