Gambar Sirga memeluk Gruener. Sirga ketika kecil (gambar kecil).
SELEPAS tiga tahun, Sirga, seekor singa betina masih ingat kepada penyelamatnya, Valentin Gruener.
Gruener, pengasas kepada Modisa Wildlife Project mengambil Sirga di bawah jagaannya selepas menjumpai binatang tersebut terbiar dan berisiko untuk mati di Botswana.
Sebuah video yang menarik perhatian hampir 10 juta pelayar laman YouTube menunjukkan Sirga sungguh teruja apabila berpeluang bertemu dengan Gruener.
Sirga, singa betina yang beratnya 140 kilogram kini, melompat dan memeluk Gruener.
Hilang sifat buas seekor singa apabila bertemu dengan penyelamatnya.
Sumber:sinar harian
tgk muka & mata singa tu macam bahagia sgt...
subhanallah..
binatang yang x dikurniakan akal pun, begitu sayangkan org yang selamatkan dia..
huuu so cute...
Comelnyeee.. Mst dia rasa hepi dpt jumpa org yg selamatkan dia tu. Teringin gak nak peluk singa. Kan best kalau singa n harimau ni baik mcm kucing je. Ekekekeke.
Singa tu tengah kenyang kot.....cer kalo dia tgh lapo jumpa tuan dia sorg2 berjalan2 di tgh gurun sahara....agaka2 apa kesudahan hikayat hidup sang penyelamat tu.....huhuhuhuhu