CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 3

[Jenayah] Edisi Tak Macho:13 Gangster Bergaduh Perebutan Tempat Parking Di Tahan Polis

[Copy link]
Post time 27-1-2015 08:59 AM | Show all posts |Read mode
13 Gengster gaduh rebut tempat letak kenderaan ditahan Polis




Polis menahan 13 individu disyaki terlibat dalam insiden tembakan membabitkan dua kumpulan gengster di Flat Taman Desa Gombak semalam berhubung rebutan tempat letak kenderaan sempena Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dua daripada mereka merupakan wanita dan kesemuanya ditahan di sekitar perumahan dan kedai  di daerah tersebut.

Kesemua suspek ditahan sejak semalam itu berusia antara 19 hingga 30 tahun.

"Kesemua mereka ditahan reman selama lima hari bermula semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media taklimat pengurusan trafik sempena Thaipusam di Kuil Batu Caves di sini.

Gara-gara berebut kawasan tempat letak kenderaan bagi perayaan Thaipusam yang akan berlangsung di Kuil Batu Caves pada 3 Februari ini, seorang lelaki nyaris maut akibat terkena tembakan oleh individu yang tidak berpuas hati dengannya.

Kejadian berlaku pukul 6.30 pagi semalam semasa mangsa yang berusia 26 tahun hadir di  kawasan berhampiran sebuah flat Taman Desa, Gombak bagi meninjau lokasi tempat letak kenderaan sebelum terserempak dengan sekumpulan lelaki.

Mengulas lanjut, kata Ali, kejadian itu mungkin berpunca daripada kegagalan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

"Kita juga merampas barang berkaitan dengan insiden untuk disiasat. Daripada 13 suspek itu ada yang mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis.

"Mangsa kejadian dirawat di hospital Selayang dan kita menyiasat kes ini dalam semua aspek termasuk kaitan dua wanita itu dalam insiden tembakan terbabit,"katanya.

Katanya, bagi menjamin keselamatan 1.6 juta pengunjung dan penganut Hindu ke Batu Caves, seramai 1,200 pegawai dan anggota polis akan bertugas bermula esok hingga 6 Februari.

Tambah beliau, polis juga menempatkan balai polis bergerak di lima zon sekitar kuil tersebut bagi memantau sebarang insiden kutipan parkir haram.

Kita akan memantau pengutip parkir haram atas jalan dan bawah jambatan sekitar kuil yang turut mengancam untuk merosakkan kenderaan pengunjung Thaipusam.

"Walaupun terdapat kawasan parkir persendirian sekitar kuil ini, berlaku insiden kutipan parkir haram di atas laluan dan tempat terlarang oleh individu tidak dikenali.

"Polis akan pantau secara serius dan mencegah aktiviti mereka mengikut Seksyen 50 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mana-mana pengunjung dipaksa parkir haram dan dikutip wang sila lapor kepada polis," tegasnya. - MalaysiaGazette




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 09:17 AM | Show all posts
sebab parking tembak menembak....19-30 tahun...

bila ditembak polis...ada pihak bela plakkk..

ohhh malaysiaku
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:36 AM | Show all posts
macam tanah sendiri je siap nak kutip parking

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:36 PM | Show all posts
tegas?

not the first time kot..and thats not the only place yang ade parkir haram.. nak kena ade kes tembak2 mcm ni baru nak bertindak..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.894301 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list