CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 562|Reply: 0

[Tempatan] Tiada aduan kes rasuah, penyelewengan dana banjir RM500 juta

[Copy link]
Post time 27-1-2015 09:28 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima aduan rasuah membabitkan penyaluran dana RM500 juta untuk mangsa banjir di negeri yang terlibat dengan bencana itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, Bilik Gerakan suruhanjaya itu menerima 71 panggilan sejak Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir (JIPTDB) dilancarkan 13 Jan lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 59 panggilan diklasifikasikan sebagai panggilan umum manakala 12 lagi panggilan sebagai tidak puas hati terhadap agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Tujuh panggilan diterima membabitkan perasaan tidak puas hati terhadap pejabat daerah, jajahan serta penghulu, tiga membabitkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan masing-masing satu bagi Majlis Agama Islam (Pahang) dan pertubuhan politik," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa ditemui selepas menjadi tetamu dalam program bual bicara 'Dalam Radar' kendalian Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini pada Isnin.

JIPTDB ditubuhkan bagi memastikan pengurusan dana dan tabung banjir kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikendalikan dengan telus dan bebas daripada penyelewengan.

Selain SPRM, jawatankuasa itu turut dianggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Audit Negara.

Mustafar berkata, suruhanjaya itu turut menasihatkan pemohon bantuan banjir supaya tidak memalsukan maklumat untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

"Sekiranya ada pemohon yang melakukan penipuan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara sehingga tempoh 20 tahun boleh dikenakan jika sabit kesalahan," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052000 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list