CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7142|Reply: 137

[Tempatan] Kad kredit punca ramai taksub 'shopping'

[Copy link]
Post time 27-1-2015 09:33 AM | Show all posts |Read mode
MEI LI mempunyai tabiat membeli belah yang boleh dianggap sangat tidak munasabah.

Membeli belah bukan lagi menjadi tabiat, tetapi sudah menjadi seperti hobi. Mei Li suka memakai pakaian-pakaian berjenama dan cantik.

Dia sering kali dilihat membeli pakaian di butik-butik mewah. Tidak dapat dibayangkan dengan hanya berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, dia boleh hidup dengan gaya hidup mewah seperti itu. Bagaimana Mei Li mampu untuk membeli barangan mewah tersebut?

Tentunya dengan menggunakan kad kredit.

Seperti dijangka, Mei Li akhirnya terperangkap dalam hutang kad kredit akibat daripada tabiatnya itu.

Dia pernah beberapa kali mengeluarkan tunai pendahuluan daripada kad kreditnya untuk menampung pembayaran minimum kad kredit yang lain kerana dia tidak mampu untuk membayar amaun penuh setiap bulan. Tetapi, itu sedikit pun tidak mengurangkan tabiat berbelanjanya. Keadaan ini berlarutan selama beberapa bulan.

Walaupun Mei Li sedar sudah berada dalam masalah hutang kad kredit, tetapi dia merasakan masalah itu bukanlah masalah besar dan masih boleh mengawal aliran tunai  dengan baik.

Akhirnya, pada suatu hari, Mei Li menerima surat daripada pihak bank menyatakan dia  mempunyai hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM20,000 untuk tiga kad kredit!

Mei Li terdesak,  buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Pendapatan bulananya sudah tentunya tidak mencukupi untuk menampung hutang kad kredit sebanyak itu. Keadaan ini juga menyebabkan dia bergaduh dengan teman lelakinya dan mengalami kemurungan yang teruk.

Disebabkan tekanan berterusan daripada pihak bank, Mei Li bertindak mendapatkan bantuan daripada AKPK.

Mei Li mengambil keputusan untuk datang ke AKPK di atas kerelaan sendiri selepas mendapati dirinya tidak mampu lagi mengawal hutang dan aliran tunai.

Selepas mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor AKPK, Mei Li telah memasuki program penstrukturan kredit (PPK) di mana pihak AKPK membuat perbincangan dengan pihak bank untuk menstrukturkan pembayaran bulanan kad kredit Mei Li.

Selepas beberapa tahun, Mei Li akhirnya berjaya melangsaikan kesemua hutang kad kreditnya. Mei Li sedar akan kesilapannya dahulu yang begitu taksub untuk berbelanja hanya kerana ingin memiliki pakaian berjenama yang mahal.

Kini, dia mengamalkan hidup di dalam kemampuan dan dia juga sekarang bertindak sebagai ‘penasihat kewangan’ kepada rakan-rakan dan keluarganya dengan memberitahu mengenai keburukan penyalahgunaan kad kredit untuk berbelanja.

Kad kredit sepatutnya menjadi medium pembayaran elektronik untuk menggantikan bayaran tunai dan bukan sebagai kredit mudah. Tanamkan sifat hidup di dalam kemampuan atau ukur baju di badan sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 09:38 AM | Show all posts
kad kredit ada pro n kon die.

kalau susah nak disiplin better tak yah guna lebih dr 1 kad.

skrg mmg xsusah nak nampak kaya luaran, tapi bulan2 dia je yg kena tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:45 AM | Show all posts
iols takde kad kredit.Pakai debit je. Insaf sudah, memang best ada, tapi kalau tak kawal memang luar kawalan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:57 AM | Show all posts
belajar daripada pengalaman lebih bermakna
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:58 AM | Show all posts
hakak harap hakak berjy kurgkan nafsu shopping ni..ble kredit dh 0 blik mula la gatal tgn ni nk swipe jah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Penting reti guna dan sedar diri berbelanja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2015 10:11 AM | Show all posts
Edited by garnet at 27-1-2015 10:12 AM

Betul. Tambah2 bila gi mall, tgk ada SALE sana sini. Boleh 'gila' jadinya kalau ikut nafsu. Tapi ioll dah insaffff....hutang credit card dah clear semua. Tak mo dah terperangkap dgn credit card ni.  Serik dah. Betul ckp @akakmasihvogue  ....belajar dari pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:15 AM | Show all posts
dah serik dah......dulu sikit2 konon emergency...dok berjanji ngan diri sendiri, nnt dpt gaji byr...tp dok byr sikit gak....lelama bertimbun.....padan muka diri sendiri..org lain dpt bonus enjoy, aku dpt bonus dok byr hutang jer berthn2...
skrg dh serik, alhamdulillah dah rs freedom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 11:23 AM | Show all posts
Kad kredit aku tinggal satu outstanding dlm 2k..stil bleh manage lg setelah insaf 5 thn lps 20k hutang terpaksa wat personal loan utk settle kn..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:37 AM | Show all posts
gilos laa korg guna kad kredit hapa sampai berhutang puluh2 riban.....???

aku paling banyak guna kad kredit beli tix flight on9 cuti total RM13k.......balik cuti dpt gaji terus bayo bowliao
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:55 AM | Show all posts
iols takder kad kredit...

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:56 AM | Show all posts
kita kena ada control
bukan swipe suka hati bila suka tengok sesuatu yang hati teringin nak beli
just remember, whatever we use, kena repay
bila mini payment, lagi naya
recently ada lah family member minta pinjam  $$ untuk settle CC
sorry lah malas kaka nak tolong sudah, pandai swipe pandai lah bayar balik sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 11:57 AM | Show all posts
hmm..aiyaaa Mei Li , apa you sudah buat.
Lain kali pakai debit je.
Atau pun pakai cash. baru nampak dalam masa nyata duit nyata keluar dari purse tu.

macam film the confession of a shopaholic plak...hehehe.

sekarang ni ada contactless bank card dah. bayar tube pun boleh guna tu dah ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:05 PM | Show all posts
ada kawan ofis pun barang semua branded2. aku pun hairan gaji bawah 2k je pun. baru2 ni dengar dia cakap dlm fon pasal kad kredit, baru laaa aku tau. mesti branded2 tu guna kad kredit. patut la boleh nampak mewah.

nasib aku hanya mampu guna debit card je. tak lepas kot nak apply kad kredit. tidak bahaya jugak huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:08 PM | Show all posts
lurve82 replied at 27-1-2015 09:58 AM
hakak harap hakak berjy kurgkan nafsu shopping ni..ble kredit dh 0 blik mula la gatal tgn ni nk swip ...

untung la dah reset 0 baru tergerak nak shopping balik. iols ni .. baru dpt bayar separuh pun dah gatal nak mengswipe lagik


nak kena pegi AKPK la cenggini.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:09 PM | Show all posts
1 dh setel
lg satu insya allah bln 3 ni setel
lg nk dekat nk habis ni
mcm ade suara2 latar duk memujuk beli ni beli tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 12:11 PM | Show all posts

jangan sebut kad kredit tapi KAD HUTANG
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:12 PM | Show all posts
Edited by izy at 27-1-2015 12:14 PM

I ada 1 je cc- pakai buat gi overc if cash x cukup, beli tiket flight atau beli brag melebihi 1k bila xde cash in hand... Tetapi semua penggunaan cc tu hanya akan berlaku jika i ada cash dlm bank. Means after 2 days , i clear all the cc. So xde tertunggak ke apa... Sometimes  guna sbb nk amik point dlm cc... So far alhamdulillah .. Cc i zero... No tertunggak
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:13 PM | Show all posts
pittjie replied at 27-1-2015 12:08 PM
untung la dah reset 0 baru tergerak nak shopping balik. iols ni .. baru dpt bayar separuh pun dah  ...

mari la kita sama2 buat2 xnmpk jah kad plastik itu...walaupun airasia skrg tix murah giler utk g sydney...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 12:16 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 27-1-2015 12:09 PM
1 dh setel
lg satu insya allah bln 3 ni setel
lg nk dekat nk habis ni

meh hakak jd suara halus ituuu...


beli laaa...beli laaaa...

skrg CNY sales...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074827 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list