CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1323|Reply: 7

[Jenayah] Guru Bahasa Inggeris Lepas Tuduhan Edar Gambar Lucah

[Copy link]
Post time 27-1-2015 09:43 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Seorang guru bahasa Inggeris hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini daripada pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, lima tahun lepas.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membuat keputusan itu terhadap C. Shanmuga, 35, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

“Sehubungan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan serta wang jaminan dipulangkan” kata Namirah.

Mengikut pertuduhan, guru berkenaan didakwa mengedar gambar lucah kepada remaja itu yang berumur 21 tahun, di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di sini antara 21 April hingga 27 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni manakala Shanmuga diwakili peguam Haresh Mahadevan. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 09:48 AM | Show all posts
mana gambar nye?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:49 AM | Show all posts
bukti mana bukti
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:00 AM | Show all posts
Tak diceritakan mcm mana cara mengedar tu? Pakai surat ke? whatsapp ke? Mungkin tersilap hantar ke? Atau alasan popular, phone kena hack atau terkena virus

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:05 AM | Show all posts
cikgu pon ada nafsu jugaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:07 AM | Show all posts
5 tahun lepas??

lamanya.

dah basi dah ntah2 dua2 dah lupa dah cane gambar tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2015 10:11 AM | Show all posts
AIYOOO kicap ka ni ?

cap cap cap ..kicap kipas hencap

lepas hencap terus menghencap
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 10:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063680 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list