CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10271|Reply: 100

[Tempatan] Kekasih lama sudah di temui yang kini menetap di australia.

[Copy link]
Post time 27-1-2015 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2015 07:34 PM



GEORGE TOWN: Misi bekas tentera British, Warren Holbrook adalah untuk menjejaki seorang wanita rakyat Malaysia yang patut dikahwininya pada 1968 membuahkan hasil.
Wanita berkenaan, Wan Jamilah Wan Hussein, kini menetap di Australia. Bekas abang iparnya berjaya untuk menghubungkan semula Holbrook bersama beliau menerusi panggilan telefon.

Holbrook, di mana kisahnya disiarkan The Star pada Isnin, terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Wan Jamilah.
"Panggilan pertama yang saya terima daripada bekas abang ipar Jamilah pada kira-kira pukul 9.30 pagi. Dia (bekas abang ipar) di Kuala Lumpur ketika dia menghubungi saya," katanya berusia 69 tahun.



"Pada kira-kira pukul 10.15 pagi, saya mendapat panggilan daripada Jamilah," tambah Holbrook.
Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira 10 minit," katanya, sambil menambah bahawa Jamilah berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada 1971 dan dikurniakan dua anak dan seorang cucu.
"Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami akan berhubung.

"Jamilah masih pulang ke Pulau Pinang, sekurang-kurangnya sekali setahun, biasanya pada April, untuk menziarahi saudara-maranya," kata Holbrook yang berterima kasih di atas usaha bekas abang ipar Jamilah.

"Saya pernah tinggal bersama dia (bekas abang ipar Jamilah) apabila saya datang dari Kluang, Johor, untuk berjumlah Jamilah (di Pulau Pinang), dan dia akan meminjamkan saya motosikal untuk saya berjumpa dengan Jamilah," katanya mengimbas kembali.

Telefon bimbit Holbrook sering berdering sejak kisahnya disiarkan di The Star.
Saya terima sejumlah panggilan dan pesanan teks. Ada antara mereka mengucapkan selamat berjaya untuk menjejaki Jamilah, manakala yang lain berkata mereka akan cuba membantu saya mencari Jamilah.

"Malah ada antara mereka mempunyai maklumat dan cadangan bagi membantu dalam mengesan di mana Jamilah berada," katanya.
Saya bersyukur di atas bantuan dan keprihatinan semua pihak, dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di atas ucapan mereka," kata Holbrook, yang menghabiskan masanya pada pagi isnin dengan menjawab banyak panggilan telefon dan membalas pesanan teks.

Dia turut ditemuramah menerusi panggilan telefon oleh sebuah stesen radio tempatan pada Isnin."Saya beritahu mereka semua yang saya telah menemuinya (Jamilah)," kata Holbrook, yang belum berkahwin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 07:29 PM | Show all posts
Ohhh da kawin....Forever Alone
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:30 PM | Show all posts
Setia giler avvang British neh, sweet sgt love storey dierhhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:35 PM | Show all posts
Cepat2 hapdet citer akak Jemilah tiew pulak woiii!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa, ada jugak jumpa.. Setia sungguh abam holbrook ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenek jem memang tasty dgn ummah kokesen...x dpt briton...ausie pun jadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2015 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen dengan kokosen juga nek fiona~~~
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:01 PM | Show all posts
wow. nek jamie pernah kawin orang tempatan. pastu kahwin ngan orang aussie. moga berbahagia nek jamie. teringin nak tenok gambar nek jamie. mesti cung!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 27-1-2015 07:30 PM
Setia giler avvang British neh, sweet sgt love storey dierhhh!!!

Setia betui beliau...sedehhh baca kak bedah.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:02 PM | Show all posts
dia anak org kaya, masa remaja tahun 60an pn dh ada kete sendiri.

tu mmg kaya gilos.. ntah2 paknya anto pi ostolia, duk sana study pstu kawin
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:06 PM | Show all posts
Aku rasa dia pun tak berharap sangat yang nenek fiona tu masih belum kahwin.. lol Mungkin cuma ingin mengenai keadaannya sahaja. Sekurang-kurang dia tahu yang jamilah ni bahagia, dia pun tumpang gembira juga la. Itulah cinta..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:16 PM | Show all posts
tak dok jodoh ngan british .. dapat lelaki Oz lak ... mmg taste nek fiona ni jatey jatey kokesen erk  ... hebatttttt
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:22 PM | Show all posts
hebatnye la nenek jamilah ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:23 PM | Show all posts
finesse replied at 27-1-2015 08:06 PM
Aku rasa dia pun tak berharap sangat yang nenek fiona tu masih belum kahwin.. lol Mungkin cuma ingin ...

tepat sekali dik..cinta banyak maksud dan cabangnya bukan sekadar cinta mati ataupun bunuh diri bila putus cinta..akak yakin atok warren sangat gembira bila tahu nenek jamilah bahagia bersama keluarga dan beliau pasti sedih jika tahu nenek jamilah hidup kesusahan dan keseorangan..

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kokosen spesis setia kannn
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 08:48 PM | Show all posts
noor2 replied at 27-1-2015 12:01 AM
Setia betui beliau...sedehhh baca kak bedah.....

Khenn, I terkesima menengok betapa setianye ummah kokesen neh huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2015 08:56 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 27-1-2015 12:48 PM
Khenn, I terkesima menengok betapa setianye ummah kokesen neh huhu

klu gitu mohon kak bedah cari abam kokosen barang seorg dua..

tentu tidak mengecewakan kak bedah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebak mu nek fiona
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:05 PM | Show all posts
old flame masih menyala, cinta tak semestinya memiliki...

btw bila sebut nenek jamilah teringat forumer melah janda... org yg sama kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 09:14 PM | Show all posts
aku perasan artikel ni guna nama family mamat ni.

biasanya artikel melayu mana reti macam mana nak guna surname tapi yang ni elok ja pulak. Ka artikel translate?...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.428993 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list