CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3280|Reply: 17

Lebih 10 Lokasi Seram Dicari Untuk "Puaka Balai Gombak"

[Copy link]
Post time 28-1-2015 07:30 AM | Show all posts |Read mode

        




PETALING JAYA:
Pengarah filem Puaka Balai Gombak iaitu Waan Hafiz terpaksa meninjau lebih 10 buah lokasi seram popular di Malaysia sebelum memulakan pengambaran filem tersebut.

Waan berkata, cabaran utama apabila  kebanyakan tempat seram tersebut kurang menarik untuk dijadikan lokasi penggambaran.

"Kami membuat kajian dan tinjauan di lebih 10 lokasi yang dikatakan paling seram di Malaysia, namun kebanyakkannya terlalu gelap untuk penggambaran dan tidak menarik.

"Kawasan-kawasan itu sudah lama ditinggalkan dan waktu malam cahaya bulan pun tak nampak kerana sudah dilindungi rimbunan pokok liar," ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

   


Waan ditemui selepas tayangan media filem Puaka Balai Gombak, di TGV One Utama, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Waan berkata terdapat juga beberapa lokasi seram yang sering diperkatakan namun tidak mendapat kebenaran daripada waris dan penduduk setempat.

"Ada lokasi tempat persendirian yang memang tidak dibenarkan dan ada juga yang tidak mendapat kebenaran daripada penduduk di situ.



"Mereka enggan beri kerjasama dan tidak membenarkan kami melakukan penggambaran. Mereka tidak mahu tempat itu menjadi perhatian orang ramai," katanya.

Jelasnya, tiga lokasi yang dipilih dalam filem ini iaitu Apartment Riviera II, sebuah banglo di Shah Alam dan Balai Polis Gombak merupakan lokasi seram paling sesuai untuk penggambaran tersebut.

Dalam pada itu, jelasnya pemilihan tiga orang pelakon baharu iaitu Hazwan Asari, Farhaziq Ab Manaf dan Shukri Tahir adalah bagi menghidupkan jalan cerita agar tidak kelihatan ia sebagai sebuah lakonan.

"Kita memang sengaja memilih pelakon-pelakon baru supaya ia lebih kelihatan seperti paranormal sebenar.

"Bayangkan kalau letak pelakon seperti Fizz Fairuz sudah tentu orang tidak akan percaya tentang perkara itu," katanya.

Sementara itu, Waan berkata, cabaran lain ialah untuk menghidupkan rasa seram dihadapan skrin seperti mana yang mereka rasai ketika di set penggambaran.

Jelasnya, sepanjang penggambaran berlangsung dia, pelakon dan kru produksi merasakan kehadiran entiti tersebut, namun ia tidak dapat dirakam oleh kamera.

"Susah apabila kita rasa kehadiran entiti itu dan tahu mereka sedang memandang apa yang kita lakukan tetapi tidak dapat dirakam kamera.

"Secara jujur saya bukan seorang yang percaya pada makhluk halus tetapi selepas penggambaran itu, ia memberi satu pengajaran kepada saya tentang wujudnya makhluk itu," katanya.

Filem Puaka Balai Gombak terbitan Showbiz ini akan berada di pawagam bermula 29 Januari 2015.

sumber:m.star online

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 07:57 AM | Show all posts
hoh..apartment rivera tu mmg seremmmm la...dr dulu lagi aku duk ulang alik gila seram..siang2 da seram..mlm lagi la berpuaka ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:17 AM | Show all posts
balai polis Gombak lama yg dekat jalan lama Gombak nak ke Bentong tu ke?
yg tu memang banyak cerita2 mistik
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Letak pelakon2 baru boleh jual ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Apt riviera? Bkn skang tgh renovate? Tp klu bc kt bod mps..mmg seram gile apt tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 09:28 AM | Show all posts
gambo plzzz.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2015 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat konon real tp awal2 dah kata lakonan nk nmpk real... So fail..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 09:46 AM | Show all posts
x pernah dengar lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 09:56 AM | Show all posts
berani betol dorang ni, tinggi sungguh semangat sampai sanggup nak g shooting kat tempat angker gitu.

tak takut benda tu mengikut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 10:07 AM | Show all posts
wah apartment riviera yg hot kat bod MPS
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:27 AM | Show all posts
pengarah dah declare kata citer ni adalah fiksyen semata2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya pelakon yg kau hamek tu memang hazab gila. berlakon mcm mat rempit. mulut tu asek nak mencarut je. memang x nmpk real hokeh. kosser sgt. aku tgk 15mnt je lpstu aku blah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn satu opis aku pnh stay kt aptment tu lme lh dlu..die ckp mmg tk blh tdo..tiap2 mlm kna kaco..kdg2 siang pun kna..die duk 3, 4 bln je trus chow..seremmm ya amat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:06 AM | Show all posts
So apa gosipnya? Hantu berlagak diva di lokasi? Jembalang tuntut bayaran lebih?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:28 AM | Show all posts
apartment rivera tu
baca topik dia kat mps pun terasa seram dah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tgk the making pilem ni, plakon2 yg 3 org tu mcm syilake je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:41 AM | Show all posts
Jgn jadi cm cte skrip 7707 tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 11:58 AM | Show all posts
Jngan jadi mcm Highland Tower dh lah....xbest lgsung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.480294 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list