CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 4

[Tempatan] Thaipusam: Khidmat tren tanpa henti Sabtu ini

[Copy link]
Post time 28-1-2015 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Thaipusam: Khidmat tren tanpa henti Sabtu ini
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad  di talian 1300 88 5862 atau Twitter @ktmkomuter.


[size=100%]
KUALA LUMPUR, 27 Januari:
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  akan menyediakan perkhidmatan Tren Tanpa Henti selama 24 jam bermula Sabtu  ini sempena perayaan Thaipusam.

Pengurus Besar Bahagian Operasi KTMB, S.  Mahendran berkata perkhidmatan yang terlibat adalah KTM Komuter dan tren  elektrik (ETS).

“Perkhidmatan itu disediakan bagi memberi  kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khasnya penganut agama Hindu  serta pelancong yang ingin berkunjung ke Batu Caves,” katanya pada sidang  akhbar di Stesen KTM Komuter Batu Caves hari ini.

Perkhidmatan KTM Komuter bermula Sabtu ini  hingga 4 Februari itu melibatkan laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang-Batu  Caves dan Rawang-Sungai Gadut-Rawang, yang dilanjutkan perkhidmatannya dari  12 tengah malam hingga 5.30 pagi.

Perkhidmatan ETS (Gold) pula yang bermula Sabtu  ini hingga 3 Feb melibatkan empat perjalanan sehari bagi sektor Ipoh-Batu  Caves (4.30 petang dan 11 malam) dan Batu Caves-Ipoh (7.30 malam dan 2  pagi).

“Seramai 500 kakitangan dijadualkan bertugas  sepanjang tempoh itu untuk memastikan keselesaan dan keselamatan  penumpang,” kata Mahendran.

Beliau berkata orang ramai dinasihat menggunakan  tren untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan belanja  serta mempraktikkan kaedah ‘Park n Ride’.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh  menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1300 88 5862 atau Twitter @ktmkomuter.



TRP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2015 08:11 AM | Show all posts
bukankan lebih afdhal berjalan kaki sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:22 AM | Show all posts
Itu landasan meter gauge kan? Sempitnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 08:55 AM | Show all posts
okla tu
harap2 nanti dah xde parking triple kat mrr2
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 09:07 AM | Show all posts
VEl VEL...VEL VEL.....
Suara suara yg akan berkumandang dipersekitaran ..
VEL VEL...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064140 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list