CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2750|Reply: 0

Ragbi: Liga Super Ragbi Malaysia 2015: Aksi bermula!

[Copy link]
Post time 28-1-2015 08:55 PM | Show all posts |Read mode

Aksi pertama Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia 2015 di antara pasukan COBRA menentang pasukan Mersing Eagles yang telah berlansung di di padang A Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Serdang:
Kejohanan Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia kembali membuka tirai kejohanan ragbi pertama bagi tahun ini di mana aksi dari 12 pasukan akan merentap di sepanjang kejohanan untuk merebut kejuaraan di mana 4 pasukan akan berentap pada perlawanan minggu pertama ini yang berlansung di di padang A Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Pada perlawan pembuka, Mohamad Azran Abu Bakar selaku winger bagi pasukan Mersing Eagles berjaya mendapatkan kutipan mata try pertama di mana pasukan ini bermain dengan baik di awal permainan. Pasukan Cobra yang masih mencari rentak permainan di separuh masa pertama berjaya untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dengan kutipan mata try dari Mohd Hafiizh Zainal pada minit ke 44. Selang 19 minit kemudian sekali lagi pasukan Cobra berjaya menambah kutipan mata sekali lagi dengan try yang dilakukan oleh Vahmid Rabeke dan conversion berjaya disempurnakan oleh Zahangir Khan Majith Khan selaku flyhalf.


Badrul Hisham Jamaludin(tshirt biru) memberi taklimat kepada pasukan Mersing Eagles sebelum perlawanan bermula.

Asakan demi asakan percubaan Mersing Eagles yang dikendalikan oleh Badrul Hisham Jamaludin untuk kembali mengawal permainan akhirnya berjaya membuahkan hasil mendapat satu lagi kutipan mata penuh melalui asakan try dari pemain center iaitu Joshua Barak Kiniviliame dan kutipan mata conversion dari pemain fullback iaitu Abdul Anas Azwal bin Ruslan.

Artikel sepenuhnya & kredit:
http://www.sukandaily.com.my/v4/2015/01/liga-super-ragbi-malaysia-aksi-bermula/






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059811 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list