View: 1686|Reply: 14
|
[Tempatan]
Pesta liar tengah malam
[Copy link]
|
|
- Bekas botol arak berselerak di taman permainan sehingga mengundang rungutan penduduk.
SAUJANA UTAMA - Bukan sahaja menjadi port berdua-duaan tanpa segan silu, taman permainan yang gelap tanpa kemudahan lampu di beberapa taman di sini turut menjadi lokasi sekumpulan kaki mabuk.
Lebih dikesalkan, aktiviti kurang sihat umpama pesta liar tengah malam itu mengundang rungutan kepada penduduk berikutan bekas botol arak yang dibuang dengan sisa kaca boleh mengancam nyawa anak mereka.
Bukan sahaja tidak ‘makan saman’, kaki mabuk yang berkumpul pada waktu malam didakwa mengganggu dan menakutkan orang ramai terutamanya penduduk yang lalu lalang di kawasan itu.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama, Khairul Annuar Jalaluddin berkata, pihaknya sangat kesal dengan tindakan sekumpulan lelaki yang masih menjadikan kawasan taman permainan sebagai sebagai lokasi untuk melepaskan gian minum arak.
Menurutnya, bukan sahaja taman permainan di Bukit Saujana tetapi taman permainan lain di Padang Anggerik, Bidara dan Padang Cergas Astana turut dijadikan lokasi melepak setiap malam.
“Keadaan itu menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk yang mahu membawa anak mereka beriadah di taman permainan terbabit setiap petang apabila pemandangan dicemari dengan botol kaca berselerak.
“Kaca yang bertaburan juga boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang lincah bermain dan sebelum kejadian tak diingini berlaku, tindakan tegas wajar diambil pihak berwajib,” katanya.
Khairul Annuar berkata, jika keadaan ini dibiarkan tanpa pemantauan pihak bertanggungjawab, pastinya ramai penduduk akan merungut apabila melihat keselamatan anak mereka terancam bila-bila masa.
“Aduan pernah dibangkitkan kepada pihak berkuasa supaya rondaan dapat dijalankan bagaimanapun masalah sama masih berulang seolah-olah kaki arak terbabit tidak takut pada undang-undang.
“Kalau boleh, wujudkan undang-undang atau peraturan melarang meminum arak atau minuman keras di kawasan awam terutamanya di kawasan penempatan majoriti Melayu,” katanya.
Seorang lagi penduduk, yang juga Timbalan Pengerusi Bidara Saujana Utama 3, Hafizul Din berkata, pihaknya juga bimbang dengan masalah sosial di kawasan ini apabila pasangan kekasih sering menjadikan taman permainan untuk berdua-duaan pada waktu malam.
“Mungkin disebabkan lampu ada yang tidak berfungsi dan ada kawasan yang gelap, mereka mengambil kesempatan untuk berdua-duaan di taman permainan sehingga lewat malam.
“Saya pernah sekali mengejar pasangan kekasih yang kantoi beberapa kali tapi masalah itu tak akan selesai tanpa kerjasama semua pihak. Memang sakit mata tengok tapi nak buat macam mana.
“Sebab itu kalau boleh penduduk mohon lampu jalan di kawasan taman permainan dapat dipantau sebaik mungkin supaya kawasan sentiasa cerah dan selamat untuk dilalui.
“Masalah kaki mabuk dan gejala sosial perlu dibendung lebih awal kerana tidak mahu memberi kesan buruk kepada anak penduduk selain menjejaskan imej kawasan perumahan yang sedang membangun,” katanya.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Saujana Utama ni kat belah mana... |
|
|
|
|
|
|
|
kajang?Rawang?Shah Alam?Sg Buloh? apa daa punya wartawan....dia ingat semua org tau saujana utama tu kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal apa brand arak kena blur? Takut org bli? |
|
|
|
|
|
|
|
Saujana Utama ni kat Sg Buloh....dkt ngan Puncak Alam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan masalah pesta liar
ini masalah ummah PPRT yang buang botol dan can minuman merata2 tak reti2 nak cari tong sampah....
kalau yang versi syumul, buang plastik polisterin bungkus nasi dagang....
sama ja kejinya...
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu x kan buat demikian, indon, paki, bangla, rohingya pun suci...
ni mesti cina dan india yg buat |
|
|
|
|
|
|
|
mana2 taman yg tersorok mmg selalu akan jd port punye
kat taman jiran aku ni pon bersepah tin arak
dah xnk bw anak main taman tu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ini mesti kecimpret tonggang arak dengan kaum2 DAPig.... sampah masyarakat betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 29-1-2015 12:48 PM
sambil melukis gambar belakang...entah apa motip nya... |
|
|
|
|
|
|
|
since derang tak makan saman.. apakata penduduk di situ beli kamera murah kat lelong tu pastu rekod video then post ke fb. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.... @kecimpret memang minat bahagian belakang.....lazat katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
specis kunyit...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|