CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2744|Reply: 24

[Dunia] CEO McD bersara, jualan 2015 dijangka merosot lagi dan lagi

[Copy link]
Post time 29-1-2015 11:40 AM | Show all posts |Read mode


NEW YORK: McDonald's Corp, pemilik rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Don Thompson akan bersara hujung bulan depan dan digantikan Ketua Pegawai Jenama, Steve Easterbrook.

Saham syarikat itu yang lemah berbanding pesaing di pasaran sejak beberapa bulan lalu, naik 3.2 peratus dalam sesi dagangan tambahan malam tadi berikutan pengumuman persaraan Thompson.

Thompson, 51, bekas presiden McDonald's USA dan mengambil alih teraju kepimpinan syarikat di peringkat global pada Julai 2012, menggalas cabaran untuk menambah baik prestasi jualan baik selama sembilan tahun yang dicatatkan rangkaian restoran berkenaan.

Bagaimanapun, menjelang September tahun sama McDonald's melaporkan penyusutan jualan di setiap premis ketika jenama itu bergelut untuk memenuhi perubahan selera pengguna serta berhadapan dengan tekanan luaran merangkumi politik, ekonomi hinggalah ketakutan mengenai tahap kebersihan makanan di China.

"Saya tidak rasa berita itu sangat mengejutkan. Mungkin masa ia diumumkan, bukannya tindakan yang terbabit," kata penganalisis di Sanford Bernstein, Sara Senatore.

"Perkara ini sudah lama dibincangkan kalangan peserta pasaran," tambahnya.

Minggu lalu McDonald's dalam kenyataannya mengisyaratkan perniagaannya akan lemah dalam separuh pertama 2015 dan akan memotong bajet pembinaan tahunan ke tahap terendah dalam tempoh lebih lima tahun kerana syarikat mengurangkan pembukaan restoran baharu.

Dalam pada itu, syarikat itu dalam kenyataannya menyebut, sejajar peranannya sebagai ketua pegawai jenama, Easterbrook memperkemas inisiatif digital kumpulan itu untuk menyemarakkan inovasi menu.

Pemerhati pasaran berkata Easterbrook mempunyai rekod baik memulihkan perniagaan McDonald's di United Kingdom.

Mengikut laporan Guardian pada 2008, perniagaan di UK sudah mendatar dan tidak berkembang pada awal tahun 2000, tetapi pulih kembali selepas Easterbrook mengambil alih sebagai CEO pada 2006.

"UK adalah pasaran baik untuk tempoh agak lama, tetapi tidak selamanya," kata Senatore.

Beliau memainkan peranan memulihkan syarikat, tetapi bolehkah beliau pulihkan jenama syarikat terutama di Amerika Syarikat apabila McDonald's semakin ketinggalan kepada pesaing seperti Five Guys Burgers and Fries, Chipotle Mexican Grill dan beberapa syarikat kecil lain serta premis makanan serantau yang menawarkan hidangan lebih segar dan menyihatkan.

Begitupun, Easterbrook memang ada pengalaman menguruskan rangkaian restroran lain. Beliau meninggalkan McDonald's pada 2011 dan menguruskan beberapa jenama seperti PizzaExpress LTD dan Wagamama Ltd, sebelum kembali kepada McDonald's pada 2013.

McDonald's adalah rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia dengan 14,000 premis di AS dan 36,000 di seluruh dunia. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 11:56 AM | Show all posts
dah ramai kot sedar makanan segera ni tak elok tuk kesihatan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:14 PM | Show all posts
kat malaysia dah ramai layan burger bakar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:16 PM | Show all posts
elok pun  mcd ni bengkrap

ummah pprt mcm @kecimpret jer yg fefeeling urban mkn kat mcd ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:19 PM | Show all posts
hakak suka dgn prosperity burger tu...nyum3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 12:21 PM | Show all posts
byk pilihan sekarang kalau nk makan burger
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2015 12:25 PM | Show all posts
jgn tak tahu .... keuntungan terbesar McD buakn dari penjualan makanan .... tetapi dari manipulasi HARTANAH ........
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:29 PM | Show all posts
Modngengade replied at 29-1-2015 12:16 PM
elok pun  mcd ni bengkrap

ummah pprt mcm @kecimpret jer yg fefeeling urban mkn kat mcd ni...

Orang yang feeling urban mkn kat mcd kaki tak tempang...kau yang tempang...ironic tak?
Tu lah mulut cam chee bye bye lagik.....



















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 12:36 PM | Show all posts
Nak tingkatkan jualan...jual prosperity burger sepanjang tahun muehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:38 PM | Show all posts
Kempen save gaza jgn lupe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:39 PM | Show all posts
Sblom nih aku suka pergi mekdi sbb french fries nya empuk tp krunchy di luar.

Tapiiiiiii, kebelakangan nih, aku boleh kata dari bln december lah, kentang goreng dia rasa mcm yg aku goreng. hangus n lemau. rasa payau. puhleeese lah mekdi, kembalikan zaman kegemilangan french fries mu ittew.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:45 PM | Show all posts
Mahai nak mampos, kecik pulak .. tengok dalam brochure besaq gedabak .. bila pi beli alaaaa cenonit jerrrr... dua kali ngap clearrr .. penipu!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:51 PM | Show all posts
R2D2 replied at 29-1-2015 12:21 PM
byk pilihan sekarang kalau nk makan burger

Aku ingat lagi tahun lepas .. masa McD kena boikot, tak jauh dari kedai McD kat tempat aku tu ada la satu brader jual "burger kampung" ni. Oleh kerana aku lapaq sangat burger, aku pi kat brader tu .. aku minta la brader tu buat burger dengan harga RM12,  (harga sama macam burger McD yang aku selalu beli + tax tu tax ni ..). Brader tu kata, bro .. no hal nak buat burger RM12 sebijik, tapi payah nak bungkus le bro .. so aku kata la ..ko tak yah bungkus, ko masuk terus je dalam plastics tu ... hehehehehehe .. puaih ati, kenyang & siap sendawa lapan saat aku makan!

Boikot jer kedai penipu muka pelawak tu!

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:56 PM | Show all posts
STONER replied at 29-1-2015 12:52 PM
1 french fries satu peluru untuk rakyat gaza..... sekarang tuhan bayar cash pada McD

mana geng2 bahlol kaki ngutuk org boikott mcd time gaza dulu..??

sudah mampos ka sekor sekor jahanam2 ahli nuraka tuuu..??


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:00 PM | Show all posts
dah 1 lebih x mkn mekdi.....nasib ada ramly
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:20 PM | Show all posts
buat aje le french fries sendirik...jgn lupa goreng 2 x utk kerangupan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2015 09:51 AM | Show all posts
layan burger banjir di Ipoh lagi best ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 09:55 AM | Show all posts
Aiskrim McD murah & sedap. Burger masak sendiri je kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 10:34 AM | Show all posts
beger tepi jalan lagik sedap. murah pon murah. dan membantu bisnes muslimin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
burger mcd...ummah perasan urban....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.805183 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list