CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19981|Reply: 60

Neelofa jawab isu Istana, Ameera & Maulana

[Copy link]
Post time 29-1-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode




Pertengahan tahun lalu, penghijrahan Neelofa untuk tampil berhijab mendapat reaksi positif daripada peminat. Selang beberapa bulan kemudian, timbul gosip mengatakan Neelofa bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja.


Terbaru, Neelofa sekali lagi tampil memberikan penjelasan berhubung isu kahwin kerabat. Apa pula jawapan Neelofa kali ini ya?


Sukar Beri Penjelasan


Memetik laporan Mangga Online, Neelofa bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu ini kerana sedar ianya melibatkan kerabat. Kalau tersalah cakap, lain pula jadinya kan?


Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. Jadi sukar untuk saya bercakap hal ini. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara ini.

Saya sedar, dalam usia saya yang akan memasuki 26 tahun tidak lama lagi, saya akan terus berdepan dengan persoalan tentang bila nak kahwin. Jadi perkara macam ini tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, saya gembira dan tenang dengan kehidupan saya sekarang. Bidang perniagaan yang saya ceburi bersama keluarga juga membuatkan saya gembira sekarang ini.


Pengajaran Yang Baik Buat Ameera


Berhubung kontroversi adiknya, Ameera yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat di ruangan komen Instagram, Neelofa sudah menasihatinya.


Sebenarnya, tak adil juga untuk adik saya apabila berterusan dikecam kerana dia bukan artis dan dia baru berumur 14 tahun.

Semasa gambar saya dengan Maulana itu mendapat komen-komen negatif daripada followers Instagram saya, adik saya ada suarakan rasa tidak puas hatinya. Tapi saya suruh dia diamkan saja perkara itu.

Namun, dia tetap hendak memberi komennya. Nampaknya, selepas itu, dia pula yang kena hentam teruk sehingga menyebabkan dia pula yang trauma.

Bagaimanapun, pengalaman itu menjadi satu pengajaran yang baik untuk dia.


Budaya Masyarakat Pakistan


Pada masa sama Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.


Sebenarnya, ia adalah gambar candid yang diambil semasa saya menghadiri majlis perkahwinan saudara saya. Ramailah keluarga saya dari Kelantan dan Pakistan yang hadir.

Kebetulan, Maulana itu adalah saudara kepada pakcik saya. Dia datang dari Pakistan dan bercakap dalam bahasa Urdu dengan pakcik saya. Ada juga keluarga saya yang boleh berbahasa Urdu. Saya tidak faham sangat bahasa Urdu.

Apabila Maulana itu berjumpa sanak saudara kami, dia akan meletakkan tangannya di atas kepala kami sambil mengucapkan kata-kata ‘Meri beti’ (bermaksud My daughter).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 12:16 PM | Show all posts
pasal isu istana tu lopa mcm mengiyakan jer bunyik nya..kalau x betul mesti dia nafikan jer kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:16 PM | Show all posts
beti beta tu aku paham
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:25 PM | Show all posts
so yang kata pegang ubun2 kepala sbb nak baca doa cepat jodoh tuh ape pulak
yg org hencap tuh ialah konon pegang ubun2 kepala sambil bedoa
doa style baru ke ape, ada ke doa mcm gitu dlm islam
ko adik beradik ke ko bakal somi istri ke kesah lain okeh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:31 PM | Show all posts
kat sini boleh lak bg penjelasan..
waktu post gambaq tu knp tak cakap awal2..
org lain lak yg merasa tempiasnya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:37 PM | Show all posts
Salute neelofa part damage control nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2015 12:44 PM | Show all posts
Aku baru tau Neelofa ini Paki.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 12:51 PM | Show all posts
lopa tak menafikan isu istana... mungkin gosip tu betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 12:54 PM | Show all posts
kalau org yg lepas akad tu mende yg letak tgn atas kepala bini?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:02 PM | Show all posts
Dalam alim2 Sultan Kelantan tetap nak berbinikan retis. Dulu dgn DCT sekrg dgn Neelofa lak. Kali ni Tengku Anis restu ke?

Apa2 pun baginda antara Sultan yg paling aku minat & respek
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 29-1-2015 01:02 PM
Dalam alim2 Sultan Kelantan tetap nak berbinikan retis. Dulu dgn DCT sekrg dgn Neelofa lak. Kali ni  ...

Tak taw plak sultan kelantan pernah nk try ctdk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:13 PM | Show all posts
dulu masa aku kecik2 selalu org buat aku mcm ni.. diaorg letak tangan diaorg kat kepala aku lepas baca la ayat2 suci Al-Quran, lepas tu bgi duit sedekah.. sbb aku anak yatim dari umur 2tahun dah tak ada ayah.. bila tiba bulan muraham jer, ramai lah kawan2 arwah atuk aku dtg umah buat mcm tu kat aku.. sbb dulu kecik lagi fikir main jer bila atuk aku panggil aku berdiri jerlah bila kawan2 dia letak tangan kat kepala aku tu.. duit yg kawan2 dia sedekah tu atuk dgn mak aku buat tambah2 beli kelengkapan sekolah dgn buat menabung..
aku terlupa pada nama perbuatan tu dan fungsi yer.. tapi sesuatu yg baik untuk diamalkan tapi dah ramai yg tak tahu amalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:15 PM | Show all posts
bambimbom replied at 29-1-2015 01:08 PM
Tak taw plak sultan kelantan pernah nk try ctdk...

Mmg ada gossip ni dulu. Betul ke tak, tak tau ler. Tapi mmg bertebaran lah dari mulut ke mulut
Tengku Anis tak restu & tak rela bermenantukan retis, cepat2 nikah kan Tengku Mahkota ( masa tu ) dgn
sorang puteri raja dari belah2 Pattaya sana tak silapnya. Memang cantik tapi sepatah haram tak reti cakap melayu.
Dengarnya dah divorce tapi tak siapa berani nk confirmkan bnda ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
loveocean replied at 29-1-2015 01:13 PM
dulu masa aku kecik2 selalu org buat aku mcm ni.. diaorg letak tangan diaorg kat kepala aku lepas ba ...

bkn ke pegang kepala ank yatim kan dpt pahala. tu pasal org duk usap belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:29 PM | Show all posts
apa la nak dirisokan pasal jodoh...adoyaiii...when it comes, comes lah...if xde lg, just move on with ur life lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:32 PM | Show all posts
Lavender_Violet replied at 29-1-2015 05:15 AM
Mmg ada gossip ni dulu. Betul ke tak, tak tau ler. Tapi mmg bertebaran lah dari mulut ke mulut
Te ...

tengku anis nak panjangkan kerabat dia,dia kan belah2 siam sana..

tp anaknya tu x cinta,maka x panjang lah jodohnya..bercerai..

biasalah tengku anis..ala2 dictator gitu..

dah terkena dgn bekas menantu indon tu,harap2 jadikan lah pengajaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawen je ngan bisnesman lofa..
Lg berkembang bisnes anda..
Kawen ngan kerabat..susah nak jaga protokol segala..
Pada aku la
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 01:47 PM | Show all posts
PERNAH TGK GMABAR fdato harun din ke sape ya yg darulsyifa tu..
diorg pn ada buat cara mcm ni..pegang kepala perempuan..tp lapik tudung la.
ada ternmpak kt kedai..mcm graduasi darusyifa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender_Violet replied at 29-1-2015 01:15 PM
Mmg ada gossip ni dulu. Betul ke tak, tak tau ler. Tapi mmg bertebaran lah dari mulut ke mulut
Te ...

Gosip ctdk tu xtaulah..tp.betul bekas isteri beliau ialah ku zubaidah kerabat ku anis kt siam sinun
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 02:13 PM | Show all posts
loveocean replied at 29-1-2015 01:13 PM
dulu masa aku kecik2 selalu org buat aku mcm ni.. diaorg letak tangan diaorg kat kepala aku lepas ba ...

bapak aku slalu buat. dulu2 la. especially klau dia hantar time nak balik asrama.dia letak tgn atas kepala, then baca doa.pesan macam2.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.148487 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list