CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Haram buat binaan kekal di kubur

[Copy link]
Post time 2-2-2015 10:43 AM | Show all posts
pooh~key replied at 2-2-2015 10:32 AM
Haram bagiku, haram bagimu jua. Itulah philosopi of life pak pak lobai dan mak mak lobainita.

Ikut kepentingan nafsu nafsi memasing jah. Pe kater pukul sama rata, kalau haram bagi si polan pprt, haram jua bagi si yg mulia. Jika tiada tulur, tidak perlulah buka mulut mengharamkan itu ini utk marhaen adja. Tangkap bagai, dalam setengah kes. Cakap tiada serupa bikin.

Hakikatnya, dosa zina, merokok, minum arak pada golongan marhaen dihitung dipantau, tapi kalau mende yg sama dibolehkan pada satu golongan itu malah jatuh sunat, gitewww?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 10:43 AM | Show all posts
nagapompuan replied at 2-2-2015 10:34 AM
Hok aloh. Rumah bagai..takkan deme tak tahu setelah roh meninggalkan jasad, takdernya jasad itu na ...

tapi itu kenyataannya...org masih merasakan itu lah rmh si mati sehingga hari kiamat...kita kena hormat tu..pendirian masing masing...kubur masing masing....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
nagapompuan replied at 2-2-2015 10:43 AM
Ikut kepentingan nafsu nafsi memasing jah. Pe kater pukul sama rata, kalau haram bagi si polan ppr ...

Oh kau sedang bersidang pasal tu rupanya. Ya, tepat sekali hujah kau. Aku sokong seratus peratus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:46 AM | Show all posts
Simunggu replied at 2-2-2015 10:43 AM
tapi itu kenyataannya...org masih merasakan itu lah rmh si mati sehingga hari kiamat...kita kena h ...

Kalau gitu, simati marhaen tidak perlu fefeeling berumah lepas mati yek? Homeless giteww. Cuma jika dilahirkan berdarjat adja selamat berumah hinggalah lepas hayat dikandung badan..untung sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:53 AM | Show all posts
pooh~key replied at 2-2-2015 10:45 AM
Oh kau sedang bersidang pasal tu rupanya. Ya, tepat sekali hujah kau. Aku sokong seratus peratus.

Iya gitewww donk abam pooh. Segala aksi puak suci ini bersangkutan jua. Jangan suka suki mahu mengharam segala jika tidak bertulur. Memecah belahkan marhaen yg sejak azalinya mengikut bak bebiri adja,

Bila udah berkuasa, mahu berani jalankan tugas dgn adil dan saksama. Jgn hipokrit sambil tika menjunjung sembah ratu giteww. Mana boleh ada 2 set undang2

Ker deme ini dilantik untuk jadi polisi akhlak marhaen, pantau segala bebiri tetapi tidak tuan bebiri? Ketahuilah, bebiri juga sudah cerdik sekarang. Bukan dungu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:53 AM | Show all posts
Edited by rykall at 2-2-2015 10:56 AM
alesandra replied at 2-2-2015 09:25 AM
ko tu lagi bangang ...subject agama fail

ko tu mmg bengong...sbb benda ni ada khilaf ulama...sbb apabila dikatakan semua pusara/ kubur x boleh letak binaan, mmg di Arab Saudi termasuk raja pun tanam kat tmpt biasa...TETAPI ulama mempunyai khilaf sbb ada pula segelintir ulama mengatakan termasuk makam nabi dan sahabat pun hendaklah diratakan juga di Madinah tu kalo ikut perkara ini....tapi berani ke nak buat?. subjek agama aku sentiasa A.....  

Baca yang aku bold tu.

1) HUKUM BINAAN ATAS KUBUR

Kalau kita lihat kepada kawasan perkuburan islam di sini,kita akan melihat kebanyakan kubur membuat binaan
( simen,mozek,pagar besi dll ) di kawasan kubur. berikut adalah perbahsan para ulamak berkenaan batu nisan dan binaan di kuburan. moga dapat pencerahan tentang isu tersebut :

1.Imam Muhammad bin Idris al-Syafi`iy ( Imam Asy-syafie )melarang kubur ditinggikan melebihi sejengkal (7 inci) dan beliau melarang kubur di tembok dgn bahan binaan (Fiqh Sunnah, 4:150)

2. Kubur para Rasul, sahabat dan setaraf dgnnya pun tidak ada pengecualian. Kata Imam Syafi'iy, aku menyaksikan kubur para sahabat mmg tidak ditinggikan..(ibid)

Ada pun, amalan masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada termasuk dalam perhiasan itu tadi.

Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan.

Perbuatan memacak sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat.

Barangkali berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati. Perbuatan memacak sesuatu yg basah dan menanam pokok kemboja bertentangan dengan sunnah kerana pelepah tamar itu khusus buat Nabi saw sahaja.

Imam Bukhari membantah apa jua hujah utk berbuat demikian kerana tak ada kaum salaf yg melakukan demikian (Fiqh Sunnah, 4:165)

Tetapi tidak pula disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam khurafat.

3. Membuat Binaan Atas Kubur

jabir berkata :"Rasulullah saw melarang mengapur kuburan dan duduk di atasnya atau membangunnya ( meninggikan tanah atau binaan) atau menulis di atasnya." ( HR Muslim,abu daud dan an-nasaie )

Imam asy-Syafie, Imam an-Nawawi, Ibnu Hazmin melarang perbuatan tersebut

4. Menulis Nama Pada Nisan

sebahagian ulama spt imam asy-syaukani membenarkannya tetapi sekadar utk mengenal identiti kubur sahaja spt nama dan bukannya ayat2 al-quran spt yang ada pada batu nisan sekarang kerana ia termasuk larangan dalam hadis di atas.

5. Tanah Perkuburan Bukan Hak Peribadi

tanah perkuburan adalah tanah wakaf hak milik orang islam, maka membina batu,kepok,pagar dan sebagainya akan menyempitkan kawasan perkuburan dan jumlah kubur akan menjadi terhad dek kerana banglo kecil yg dibina oleh waris simati.

saya menasihati supaya membuat tanda sekadar batu nissan yg ringkas sahaja, dan terangkan hal tersebut secara hikmah mudah2 mudahan usaha kita mencontohi sunnah Rasulullah saw memberi syafaat kepada puan dan si mati.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2015 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
nagapompuan replied at 2-2-2015 10:53 AM
Iya gitewww donk abam pooh. Segala aksi puak suci ini bersangkutan jua. Jangan suka suki mahu meng ...

Tapi apakan daya, masih terdapat bebiri yang masih kurang bijak. Masih jua berkiblatkan golongan yang setkan 2 jenis undang2 ini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 10:59 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 2-2-2015 11:01 AM
nagapompuan replied at 2-2-2015 10:46 AM
Kalau gitu, simati marhaen tidak perlu fefeeling berumah lepas mati yek? Homeless giteww. Cuma jik ...

rmh itu lah kubur si mat ngok...bukan benda hiasan di luar....

apa yg diletak, dihias di luar sbb sentimental value org yg masih hidup je sbb org rasa itu lah tempat rehat si mati sehingga dihidupkan semula....nak tunjuk betapa sayangnya kita pada si mati....

ada org lepas kubur je langsung tak ziarah datang melawat...mcm tak ada feeling langsung...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 11:01 AM | Show all posts
1. Fatwa: Membina Maqam Atau Apa-Apa Binaan Atas Kubur (FATWA KEDAH)

Soalan:

Haruskah disisi syarak membina apa-apa binaan, maqam atau sebagainya di atas kubur?


Jawapan:

1) Makruh dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang di dalam tanah yang dimilki oleh orang yang membuat binaan kecuali binaan itu dibuat bertujuan untuk menyelamatkan kubur dari digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir seumpamanya.

2) Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang boleh jadi kekal selepas hancur mayat dengan tiada apa-apa tujuan seperti yang tersebut di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang di wakaf untuk perkuburan dan wajib dirobohkan kerana binaan yang kekal wujudnya selepas hancur mayat itu menghalangkan orang-orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu dengan tiada ada apa-apa sebab yang diluluskan oleh syarak dan meruntuhnya itu hendaklah dengan kebenaran qadhi atau dengan kebenaran Majlis Agama Islam jika ditakuti berbangkit perbalahan atau pergaduhan dan sebagainya, batu-batu dan perkakas-perkakas binaan itu menjadi hak milik warisnya dipulangkan kepada mereka jika tiada waris atau ada tetapi mereka enggan mengambilnya maka menjadi hak kepada Baitulmal.

Negara asal : Malaysia

Negeri : Kedah

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
maksudnya takleh wat kepuk ke?
kepuk yg just letak sekeliling tu? bkn marmar.

arwah mak sblm ninggal dulu byk kali sebut nnt kalo dah ninggal mahukan kuburnya ade batu nisan bernama dan kepuk. itu shj lah.
tp takat nih kami cuma buat batu nisan je kepuk tak buat lg. igt nk buat juga tp risau plak bila baca ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:04 AM | Show all posts
HUKUM MENGGUNAKAN SEMULA TANAH PERKUBURAN ISLAM (FATWA SELANGOR)

Oleh :Bahagian Istinbat


Isu kekurangan tanah perkuburan Islam di negara kita timbul hasil daripada penelitian terhadap beberapa isu semasa yang dibincangkan dalam akhbar harian negara kita. Masalah yang berlaku ini terutamanya di bandar-bandar besar telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan beberapa bulan yang lepas. Pelbagai cadangan dan pandangan untuk mengatasi masalah ini telah dikemukakan oleh orang ramai termasuklah cadangan untuk mengguna semula tanah perkuburan yang lama.


Memandangkan isu ini telah mendapat perhatian ramai, maka satu fatwa telah dibuat untuk memperjelaskan pendirian syara’ mengenai perkara ini.


HUJAH DAN DALIL

Kubur dari segi takrifannya merujuk kepada tempat yang digunakan untuk menanam manusia yang telah meninggal dunia.


Kawasan perkuburan menurut Islam adalah tempat yang perlu dihormati. Umat Islam ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan adab dan dianggap tidak menghormati mayat di kawasan perkuburan tersebut seperti mendirikan penempatan di atasnya, membina tembok, menggali balik mayat tanpa tujuan dan sebagainya.


Dalam sebuah hadis ada menyebutkan bahawa :


Maksudnya :

“Nabi s.a.w. menegah dari membina tembok di atas kubur, tinggal di atasnya, membuat binaan dan menulis di atasnya”. (Riwayat al-Tarmizi)


Perbuatan menggali balik mayat dari kubur ditegah oleh Islam kerana ia mencarik kehormatan mayat, tetapi dalam keadaan tertentu dan ada tujuan yang munasabah menurut syara’ maka ia dibolehkan.


Walaupun begitu, para fuqaha’ Islam berselisih pendapat tentang sebab atau tujuan yang membolehkan mayat

digali semula, antaranya :


i Fuqaha’ Hanafiah berpendapat sebab yang membenarkan kubur digali semula ialah apabila ia bersangkutan dengan hak-hak manusia pada kubur atau mayat tersebut seperti tanah kubur tersebut ialah tanah yang dirampas, kain kapan mayat diambil dari kain yang dirampas, ada harta orang lain dalam kubur tersebut atau seumpamanya. Adapun sekiranya hanya bersangkutan dengan hak-hak Allah pada mayat tersebut seperti mayat tidak dimandikan sebelum dikebumikan, tidak disembahyangkan atau seumpamanya maka tidak harus digali semula selepas selesai dikebumikan.


ii. Fuqaha’ Malikiah pula berpendapat kubur boleh digali semula dalam lima keadaan;

a. Apabila kain kafan tersebut daripada harta yang dirampas.

b. Apabila mayat dikebumikan di tanah milik orang lain tanpa keizinan.

c. Apabila terdapat harta orang lain bersama mayat walaupun sedikit.

d. Apabila terdapat keperluan (dharurat) untuk mengebumikan mayat lain.

e. Apabila wujud keperluan memindahkan mayat berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan.



iii. Fuqaha’ Syafiiah pula berpendapat kubur boleh digali semula dalam keadaan dharurat sahaja. Antara dharurat tersebut ialah mayat yang tidak dimandikan sebelum ditanam, mayat yang ditanam di tanah atau bersama pakaian yang dirampas, harta yang terjatuh ke dalam kubur, mayat yang tidak mengadap kiblat, mayat yang ditanam di masjid dan seumpamanya.



iv. Fuqaha’ Hanabilah pula mengharuskan kubur digali semula sekiranya ia dibuat untuk menyempurnakan perkara yang wajib dan untuk tujuan-tujuan yang baik. Antara perkara tersebut ialah mayat yang tidak dimandi atau disembahyangkan sebelum ditanam, mayat yang tidak mengadap kiblat, harta yang terjatuh ke dalam kubur dan sebagainya. (Wazarah al-Awqaf wa al-Shu’un al-Islamiah, al-Mawsuahal-Fiqhiah, Jld. 32, hlm. 252-255)



Ini merupakan pendapat-pendapat fuqaha’ Islam tentang hukum menggali balik kubur mayat sebelum reput.



Manakala selepas mayat telah reput (berdasarkan pendapat pakar dalam bidang tersebut) maka tidaklah ditegah menggalinya semula. Bahkan diharamkan (iaitu selepas reput) daripada membuat binaan atau meratakan tanah di atas tanah perkuburan yang diwakafkan kerana ia akan menegah orang lain daripada mengebumikan mayat kerana menyangka kubur tersebut masih baru dan mayat belum lagi reput. Sungguhpun begitu sesetengah fuqaha’ berpendapat hal ini dikecualikan kepada kubur-kubur para sahabat Nabi s.a.w. dan orang-orang salih dan terkenal untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menziarahinya dan mengambil berkat. (Muhammad bin al-Khatib al-Syurbaini, Mughni al-Muhtaj, Jld. 1, Hlm. 545)



Berdasarkan pendapat-pendapat di atas maka bolehlah dibuat kesimpulan bahawa;



i. Tanah perkuburan mestilah dihormati dan adab-adab yang berkaitan dengannya hendaklah dipatuhi.

ii. Perbuatan menggali kubur pada asalnya tidak dibenarkan dalam Islam, tetapi sekiranya terdapat sebab-sebab.yang dharuri maka ia diharuskan. Hal ini merujuk kepada keadaan mayat yang belum reput.

iii.Sekiranya mayat telah reput maka tidaklah menjadi kesalahan menggalinya semula untuk tujuan-tujuan yang.munasabah.

iv.Keadaan reput atau tidak mayat ditentukan melalui orang yang pakar dalam bidang berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
rykall replied at 2-2-2015 10:53 AM
ko tu mmg bengong...sbb benda ni ada khilaf ulama...sbb apabila dikatakan semua pusara/ kubur x bo ...

Baca komen2 dan hujah2 kau ni macam mengiyakan sahaja bahawasanya agama isle dan christian itu tiada bedanya bukan? Ada pulbagai versinya. Versi 2.0 3.0 4.0 sebegitu.... Kehkehkeh. Mana purgi hujah2 lobai lobainita yang mengatakan janganlah kamu mengikut budaya yahudi nasroni... Mereka tak akan bahagia sulagi kita tak ikut cara mereka sebegitu. Maknanya di sini, mereka sudah bahagia bukan? Kerna kita sudah ikut cara mereka dengan jayanya... Alamak, isle sudah kalah lagikah???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:09 AM | Show all posts
rykall replied at 2-2-2015 11:01 AM
1. Fatwa: Membina Maqam Atau Apa-Apa Binaan Atas Kubur (FATWA KEDAH)

Soalan:

apa kau fikir org izinkan kau korek kubur keluarga mereka??utk kubur mayat org lain???..tu sbb org bena tembok kekal..tak bagi org korek...maklumlah..kalau PATI..main kubur je....hentam keromon..kedalaman pun tak kesah...di Sabah...dah tahu sesak..golongan PATI ini mana paduli...mereka kubur tengah malam...kadang kadang mereka sesak shj di kubur sedia ada kecuali engkau letak batu bata...kadang kadang yg mati pun kes polis...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:10 AM | Show all posts
pooh~key replied at 2-2-2015 10:24 AM
Kalau indah sangat rupa kubur melayu, tak boleh la ummah produser pilem nak kaut untung buat filem ...

betul jugak yeh.


kesian david teoh x dapat income juta juta
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 1-2-2015 10:50 PM
500 tahun yang bakal mendatang, tiada lagi ruang tanah untuk tanam orang mati...

Tak pe...ummah spt kau boleh dibakar saja kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:12 AM | Show all posts
Aku ngerti saja sbb mmg ramai jer musuh2 Islam kat Cari Forum ini...hujah kalo x sebut Isle, lobai, politikus, elohim mmg x sah.... jawab posting aku pun taraf UPSR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 2-2-2015 11:12 AM
Tak pe...ummah spt kau boleh dibakar saja kan

Ya allah sis. Fardu kifayah jangan diabaikan. Jatuh dosa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:16 AM | Show all posts


kubur dlm taman
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 11:18 AM | Show all posts
Simunggu replied at 2-2-2015 10:59 AM
rmh itu lah kubur si mat ngok...bukan benda hiasan di luar....

apa yg diletak, dihias di luar s ...

Kalau zaman dahulu, haji naik kapal, mati adja dicampak kelaut. Gimana mahu berziarah bagai utk deme2 ini yek? Baling air yasin dan bebunga kelaut barangkali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.092172 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list