CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 7

[Tempatan] Tergamak serang ibu dengan pisau

[Copy link]
Post time 2-2-2015 08:03 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Akibat ketagih dadah, seorang pemuda sanggup menyerang ibu dan abang iparnya dengan pisau di rumah mereka di Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, dekat sini, kerana enggan memberinya wang untuk membeli dadah, kelmarin.
       
        Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, ibunya yang berusia 50-an itu diselamatkan oleh menantu lelakinya.
       
        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, menantu mangsa yang berada di rumah nampak dua beranak itu sedang bertengkar selepas pemuda berusia 23 tahun itu meminta wang daripada ibunya.
       
        “Pada awalnya, menantunya tidak ambil peduli kerana situasi sebegitu memang sering berlaku sebelum ini terutamanya apabila mangsa enggan menyerahkan wang seperti yang diminta.
       
        “Tetapi, menantunya terpaksa masuk campur setelah melihat suspek seperti dirasuk dan mengamuk dengan memegang sebilah pisau sambil mengacukannya ke arah mangsa,” katanya.
       
        Wan Abd Aziz berkata, campur tangan menantunya itu membuat pemuda itu makin naik angin dan bergaduh dengan abang iparnya itu.
       
        "Dalam pergelutan itu, pemuda tersebut cedera ringan terkena pisau itu. Dia dibawa ke klinik kesihatan," katanya.
       
        Walaupun abang iparnya itu tidak cedera, dia mengambil keputusan membuat laporan polis sebagai langkah keselamatan.
       
        Pemuda itu ditahan pada hari yang sama.

SUMBER:SINAR HARIAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak nya kes melawan mak pak sebab dadah di pantai timur ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 08:44 AM | Show all posts
dh ketagih apa pun mesti buat nk dapat ...tu la bahana dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 09:07 AM | Show all posts
benci betul dgn dadah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam bermusim pulak kes lawan mak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 09:11 AM | Show all posts
Tgk tajuk aku dah boleh agak mesti kat Ganu............... Dadah lah ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2015 09:31 AM | Show all posts
Ummah-ummah pemakan budu nih mmg perangai tak senonoh ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 09:36 AM | Show all posts
Kerajaan negeri2 pantai timur perlu gigih buat kempen kesedaran anti dadah besar2an sbb nampak sgt problem dadah kat sana teruk sangat sampai jadi masalah sosial dan penyebab rosaknya institusi kekeluargaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.644306 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list