CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 15

[Tempatan] Bukan Lagi Radzi Yang Berambut Panjang Kerinting,Berjaket Kulit!

[Copy link]
Post time 6-2-2015 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Video bekas penyanyi rock berdakwah viral di internet
Razi yang pernah popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila kini berhijrah ke  jalan agama.


[size=100%]KUALA LUMPUR, 5 Februari:
Sebuah video yang menunjukkan bekas vokalis  kumpulan Melissa, Radzi Abd Hamid yang kini menjadi seorang pendakwah bebas  tersebar di laman-laman sosial.

Penampilan Ustaz Razi itu yang menyampaikan  dakwahnya menerusi lagu Cinta Untuk Nabila yang diubah liriknya menjadi Cinta  Untuk Nabilah telah dikongsikan oleh pengguna Facebook lebih 3,796 kali.

Rata-rata pengguna media sosial menyatakan rasa  teruja dengan persembahan Razi yang masih mantap dengan suaranya meskipun beliau  kini bergelar sebagai seorang agamawan.

Video tersebut yang berdurasi 3 minit 35 saat  dirakam dalam satu majlis ketika beliau menyampaikan ceramah.

Cinta Untuk Nabila pernah menaikkan nama  kumpulan Melissa di persada muzik tanah air pada awal era 1990-an malah hingga  kini, lagu ciptaan dan lirik oleh Rosli Selasih itu masih menjadi pilihan  pendengar di corong radio.

Selepas lebih 24 tahun, kumpulan Melissa kini  sudah berkubur, yang tinggal hanyalah Cinta Untuk Nabila sebagai lagu  evergreen.

Nyata, pengundurun penyanyi utama kumpulan itu,  Radzi memberi kesan mendalam hingga anggotanya silih bertukar ganti akhirnya  kumpulan itu terus lenyap.

Kini, Radzi yang lebih mesra disapa dengan  panggilan Ustaz Radzi bukan lagi Radzi yang dulu dengan imej rambut panjang  kerinting, berkaca mata hitam, berseluar jeans ketat dan berjaket kulit.

Ustaz Radzi kini tampil dengan gaya seorang  ustaz sesuai dengan kerjayanya sekarang sebagai penceramah bebas dan menjadi  pembantu imam di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Video berkenaan boleh ditonton di pautan  berikut:



TRP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2015 07:57 PM | Show all posts
Korang jangan buat2 tak tau plak lagu zaman rock kapak neh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 08:00 PM | Show all posts
erk, ustad celop lg ke? mudah2an ok y ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 08:53 PM | Show all posts
semoga hidayah berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2015 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Another UAI? Next....:zz
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 09:28 AM | Show all posts

Berubah Mendenye?



Masih lagi menyanyikan lagu yang sama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2015 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berhijrah ? Alhamdulillah..
Org dah berubah jgn la diungkit kisah silam dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 09:40 AM | Show all posts
shalola replied at 6-2-2015 03:00 PM
erk, ustad celop lg ke? mudah2an ok y ni

Ustaz Radzi kini tampil dengan gaya seorang  ustaz sesuai dengan kerjayanya sekarang sebagai penceramah bebas dan menjadi  pembantu imam di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.




bila lah lagi kita ni nak dapat hidayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2015 10:39 AM | Show all posts
alhamdulillah ...dia dah dapat hidayahNya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-2-2015 09:28 AM
Masih lagi menyanyikan lagu yang sama.

Lepas Gian nak nyanyi tu..kasi can lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustadz ni bnyk lvl dia. Setakat mengaji kat sekolah pondok dan yg pernah menjejakkan kalinya di universiti terulung al-azhar.

La ni org suka dgr ceramah sambil berhibur. X tahulah sampai ke idak kat para hadirin dlm ceramah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
AMDTurion replied at 22-2-2015 10:47 AM
Ustadz ni bnyk lvl dia. Setakat mengaji kat sekolah pondok dan yg pernah menjejakkan kalinya di univ ...

Kita semua ummah Islam adalah juga sebaga pendakwah hatta menyampaikan sepotong ayat alQuran pun dh kira dakwah. Cuma tahap isi penyampaian adalah bergantung kpd ilmu yg kita dpt.Namun ada org yg dpt ilmu secara x formal tapi krn gaya penyampaian yg menarik ,bukan bebelan,ada unsur2 humor yg mencuit hati diselitkan beserta cth2 yg menarik sptmana yg diterapkn oleh UAI akn dpt menarik minat audiens. Ada kelebehan berceramah dgn bakat menyanyikan lagu2 berunsur ketuhanan. Kebanyakkan yg berbakat menyanyi ni klau mengaji AlQuran pun akn jd lemak merdu spt aruah Kak Pah yg bkt semulajadinya adalah membaca alQuran
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2015 12:08 PM | Show all posts
Nabi Lah.
Igtkan bininya nama Nabilah~
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 03:48 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-2-2015 09:28 AM
Masih lagi menyanyikan lagu yang sama.

masih sedap sorenya menyanyi...

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 03:59 PM | Show all posts
aku lagu2 rock kapak ingat tp penyanyi2 nyer hampeh aku nk igt muka depa....tp mcm amy, nash igtlah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 04:07 PM | Show all posts
bagus la berubah ke arah kebaikkan...
yg tk bagus elok la ditinggalkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.622622 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list