CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11530|Reply: 8

Novel Terpakai bySriibrahim

[Copy link]
Post time 10-2-2015 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mimie219027 at 20-2-2015 11:14 PM

Assalamualaikum...

Saya menjual novel2 terpakai....sy akan update dr semasa ke semasa ok For more novel sinopsis visit my
FB : https://www.facebook.com/novelterpakaibysriibrahim

Harga TIDAK TERMASUK POSTAGE
1-2 Buku ---> RM6 (SM)/RM10(SS)
3-5 Buku ---> RM9 (SM)/RM15(SS)


1. Lafazkan Cintamu by Aida Adriana (Alaf21) - RM14
2. Seredup Kasihmu by Nia Azalea (Alaf21) - RM8  --------- SOLD
3. Bukan Puteri Lindungan Bulan by Liana Afiera Malik (Creative Enterprise Sdn Bhd) - RM30  --------- SOLD
4. Baju Pengantin Mak Andam by Areila Sahimi (Kaki Novel) - RM14
5. Cinta Mekar Di Hati by Rose Harissa (Alaf21) - RM15
6. Kenangan Terindah by Hezzy Azra (Alaf21) - RM15
7. Hatiku Milikmu by Zaharah Muhammad (Creative Enterprise Sdn Bhd) - RM18
**UPDATE 11/2/2015
8. Ria Qistina by Bikash Nur Idris (Alaf21) - RM10
9. Setia Menanti by Fauziah Ashari (Alaf21) - RM15
10. Senafas Rindu by Damya Hanna (Alaf21) - RM15
11. Kerana Kasih by Anis Sofea (NHF Media) - RM15
12. Sambutlah Cintaku by Bikash Nur Idris (Alaf21) - RM8 --------- SOLD
13. Cinta Datang Lagi by Bikash Nur Idris (Alaf21) - RM15
14. Kabus Kasih by Eka Farhana (Alaf21) - RM10
15. Belaian Jiwa by Eka Farhana (Alaf21) - RM15
**UPDATE 12/2/2015
16. Tiada Batasan Sayang by Norhayati Berahim (NB) - RM17
17. Semusim Rindu by Aleya Aneesa (Alaf21) - RM13  ----- BOOKING
18. Gelora Jiwa by Aisya Sofea (Alaf21) - RM13
19. Bisikan Rindu by Mimie Afinie (Alaf21) - RM12
20. Sedalam Cintamu by Dina Farhana (Alaf21) - RM6
21. Bingkisan Dari Hati by Norhayati Berahim & Anuar Kamaruddin (NB) - RM18
22. Gerimis Dihati by Sharifah Abu Salem (Alaf21) - RM10
**UPDATE 13/2/2015
23. Pergilah Sepi by Fauziah Ashari (Alaf21) - RM7  --------- SOLD
24. Cinta Marissa by Kreisya Reisya (Alaf21) - RM7
25. Kau Sayangku by Bikash Nur Idris (Alaf21) - RM13
26. Bahasa Kalbu by Muliati Abdul (NSCR) - RM18  ----- BOOKING
27. Cinta? by Misya Syakira (Nylea Publishing) - RM17
28. Buatmu Kekasih by Aisya Sofea (Alaf21) - RM16
29. Makin Aku Cinta by Hasreeyati Ramli (Alaf21) - RM5
30. Mawar Cinta by Tanne Hadihaz (NSCR) - RM8
31. Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa (Alaf21) - RM14  ----- SOLD
**UPDATE 14/2/2015
32. Arca Kasih by Norzailina Nordin (Alaf21) - RM13
33. Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir (Alaf21) - RM16
34. Air Mata Kasih by Syamimi Aminolah (Creative Enterprise Sdn Bhd) - RM20
35. Selamat Malam Tan Sri by Sri Diah (Alaf21) - RM12
36. Sukma Rindu by Fariza Zuliana (Alaf21) - RM9
37. Impian Kasih by Liza Zahira (Alaf21) - RM10
38. Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni (Alaf21) - RM16
39. Tarikh Luput Cinta by Lynn Dayana (Alaf21) - RM16
40. Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa (Alaf21) - RM16
**UPDATE 15/2/2015
41. Selaut Kasih by Azilawati Mat Angsar (Alaf21) - RM9
42. Tika Rindu Berlagu by Lily Suriani (Alaf21) - RM16
43. Hadirnya Cinta by Pitteriah Abdullah (Alaf21) - RM8
44. Seindah Memori by Ilani Mysara (Alaf21) - RM12
45. Lagu Cinta by Iejay Zakaria (NB) - RM16 ----- BOOKING
46. Masih Ada Rindu by Mimie Afinie (Alaf21) - RM12
47. Kisah Kasih by Kreisya Reisya (Alaf21) - RM8  --------- SOLD
48. Cinta Dua Jiwa by Rania Firdaus (Alaf21) - RM14
49. Menyemai Cinta by Iffa Irdina (Nylea Publishing) - RM15  --------- SOLD
50. Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura (Alaf21) - RM16
**UPDATE 16/2/2015
52. Sedetik Cinta by Kreisya Reisya (Alaf21) - RM10
53. Angkara Saka by Zaifuzaman Ahmad (Alaf21) - RM9
54. Rahsia Mimpi by Zaifuzaman Ahmad (Alaf21) - RM13
55. Bukan Milikmu by Salleh Shihabuddin (Buku Prima) - RM15
56. Sepupuku Suamiku by Lynn Allyna (Kaki Novel) - RM14
57. Kalau Ada Jodoh by Mimie Afinie (Karnadya) - RM15
**UPDATE 18/2/2015
58. Sayangku Casper by Mazni Anita (Buku Prima) - RM22
59. Rahsia Hati by Maria Alina (Alaf21) - RM16
60. Isteri Separuh Masa by Suri Ryana (Kaki Novel) - RM16
61. Aku Milikmu by Aleya Anessa (Alaf21) - RM10
62. Soalnya Hati by Nurul Syahida (Buku Prima) - RM12  --------- SOLD


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2015 01:18 AM | Show all posts
Edited by mimie219027 at 11-2-2015 10:36 PM

1. Lafazkan Cintamu by Aida Adriana (Alaf21)

Harga : RM 14
Condition : 9/10

Sinopsis :

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.
Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...




2. Seredup Kasihmu by Nia Azalea (Alaf21)

Harga : RM 8
Condition : 6/10

Sinopsis :

Kisah silam Lea Haryani sentiasa menghantui hidupnya. Lea Haryani dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan kedua orang tuanya. Setelah ibunya meninggal dunia, Mak Longnya, Sutinah memeliharanya sehingga dewasa.

Lea Haryani tidak begitu senang dengan sikap Mak Longnya. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lea Haryani tidak menyenangi hati Mak Long. Ada-ada sahaja, Mak Long juga suka mengungkit asal-usul keturunan menyebabkan Lea Haryani terasa kerdil untuk berhadapan dengan masyarakat.

Setelah dewasa dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, sikapnya yang pasif terbawa-bawa hinggakan ke universiti. Di universiti dia tidak mempunyai kawan rapat melainkan kawan sebilik bernama Suziyan.

Emir Sofwan yang satu kuliah dengan Lea Haryani cuba menggodanya tetapi tidak dilayan. Pelbagai cara dilakukan oleh Emir Safwan untuk memikat hati Lea Haryani namun tidak berhasil. Dengan bantuan Profesor Halim, akhirnya Lea Haryani dipertemukan dengan Emir Safwan.

Mama Emir Safwan tidak berkenan dengan Lea Haryani dan menyuruh anaknya itu memilih Syamen, anak Datin Jawaher. Emir Safwan tetap dengan pendirian memilih Lea Haryani. Akhirnya berlakulah konflik. Lea Haryani mengalah dan menyuruh Emir Safwan akur dengan pilihan mamanya. Emir Safwan tidak boleh terima kerana hatinya benar-benar mencintai Lea Haryani. Berjayakah Emir Safwan memujuk hatinya yang telah terluka untuk menawan hati Lea Haryani kembali? Berapa mahalkah harga yang harus dibayar untuk satu kemaafan?



3. Bukan Puteri Lindungan Bulan by Liana Afiera Malik (Creative Enterprise Sdn Bhd)

Harga : RM 30
Condition : 8/10

Sinopsis :

Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahndanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...



4. Baju Pengantin Mak Andam by Areila Sahimi (Kaki Novel)

Harga : RM 14
Condition : 9/10

Sinopsis :

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. Mereka asalnya bukannya sebulu. Namun kalau Zain dah menghulurkan salam perkenalan, Aleeya pun tak adalah nak jual mahal sangat. Jalan Ajerlah. Sebab Aleeya bukan jenis orang yang sombong tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa, kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tahu nak kata apa sebab dia tak tahu apa yang dia rasa. Yang dia tahu dia fobia untuk jatuh cinta sebab takut kene tinggal, dia takut kecewa macam pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat keliru.

Tiba-tiba badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yang langsung tak boleh tengok muka. Jauh di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yang harus mengambil inisiatif untuk menyelamatkan hubungan ini? Biar simpul dileraikan, biar kusut yang dilembutkan, biar yang serabut dirapikan, Biar jadi wangi macam sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? Rozy? Azizul?




5. Cinta Mekar Di Hati by Rose Harissa (Alaf21)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.

Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.

Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.

Tengku Alia Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran



6. Kenangan Terindah by Hezzy Azra (Alaf21)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

SANGGUP berkorban tanda cinta, tetapi Marisa tidak rela mempersiakan usia muda untuk berkahwin dengan Ridzwan. Apatah lagi selepas itu terpaksa berpisah kerana Ridzwan ingin melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bukan bermakna cintanya tiada harga. Dia tahu, Ridzwan keliru dalam mengukur sejauh mana cintanya. Mustahil Ridzwan tergamak membiarkan diri berpaut pada yang lain, menabur duri pada cintanya. Namun, hati lelaki sememangnya sukar dijaga. Kesetiaannya pedih dicalar luka.

Kemudian, dugaan membadai lagi. Ayah tercinta pula pergi buat selamanya. Tanggungjawab pada keluarga dan syarikat digalas di usia muda. Kesabarannya berbalas, TUHAN hadirkan seorang insan untuk menghapuskan air mata, merawat lukanya dan berada di sisi... ketika suka atau duka.

Masa berlalu... Ridzwan kembali menagih cinta. Hati Marisa tidak pernah keliru, cintanya terhadap si dia semakin menebal. Namun, dirahsiakan nama si dia daripada pengetahuan Ridzwan, tidak mahu lelaki itu tersalah anggap. Ketika rahsia tersingkap, dapatkah Ridzwan menerima kenyataan yang dia kenal insan itu?



7. Hatiku Milikmu by Zaharah Muhammad (Creative Enterprise Sdn Bhd)

Harga : RM 18
Condition : 10/10

Sinopsis :

Isteriku,
Maafkan aku kerana kelekaanku membuatkan engkau terpaksa menjalani hidupmu yang pahit sendirian. Aku leka dengan kehendak nafsuku sehingga aku tidak menyedari kewujudan cintamu. Maafkan suamimu ini…
Aku dapat rasakan engkau berkecil hati denganku. Kerana itulah engkau mahu lari daripadaku. Engkau merasakan duniamu yang sunyi terlalu indah. Engkau merasakan dunia lukamu terlalu mahal. Kerana itu engkau sehingga kini seperti mahu lari daripadaku… mahu lari daripada cintaku. Alhamdulillah… kini engkau tidak mampu untuk lari lagi kecuali Allah memutuskan nafas kita sebagai penamatnya. Aku tidak akan biarkan waktu membawa dirimu daripadaku walau sesaat. Kerana telah terlalu banyak cinta yang engkau berikan kepadaku… dan kini adalah masa untuk aku pula memberikannya kepadamu. Dan janganlah rasa bersalah… kerana aku memberikan apa yang kuada ini bukan kerana simpati, tetapi kerana hatiku ikhlas ingin memberikannya kepadamu.

Isteriku….
Tunggulah… engkau akan faham juga nanti. Engkau akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hatiku ini. Jangan engkau cuba lari dari kenyataan ini kerana cinta kita bukan ilusi….


8. Ria Qistina by Bikash Nur Idris (Alaf21)

Harga : RM 10
Condition : 8/10

Sinopsis :

Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.

Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?
Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'




9. Setia Menanti by Fauziah Ashari (Alaf21)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrinamemujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri.

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Ajmal.

Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihahtelah merobek kesetiaan Ajmal. Malah, Ajmal sanggup menikahi Fatihahyang tercela maruahnya.

Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.




10. Senafas Rindu by Damya Hanna (Alaf21)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibawa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwaFariz terus lumpuh tak keruan.

Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Vivianna menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Vivianna adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.

Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yang bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.

Antara Shafika, Vivianna dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun, akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.




11. Kerana Kasih by Anis Sofea (NHF Media)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

Syafiq bertarung hebat untuk memenangi hati Mariah. Dia Berjaya, namun dalam perjalanan cintanya, Mariah banyak meminta. Pun kerana cinta, dia tetap menurut walaupun dengan berat hati.
Menyedari sikap Syafiq itu Mariah memutuskan hubungan cinta mereka lalu menoleh kepada Johari. Malangnya Johari kemudiannya kembali kepada tabiat lazimnya yang buruk itu. Mariah dan Johari bertengkar sehingga mengakibatkan kemalangan. Ekorannya Mariah terlantar dan kemudian terpaksa berkerusi roda.
Mariah benar-benar trauma. Segala-galanya dia salahkan Johari dan langsung membencinya. Dia malu mendedah diri kepada umum.
Kerana kasih Syafiq terus mengambil peranan untuk memulihkan. Bagaimanakah sudahnya Mariah dan bagaimanakah pula Johari, lebih-lebih lagi buah hati Syafiq, iaitu Aida?




12. Sambutlah Cintaku by Bikash Nur Idris (Alaf21)  ----- SOLD

Harga : RM 8
Condition : 9/10

Sinopsis :

Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.
Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.
Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.

Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.



13. Cinta Datang Lagi by Bikash Nur Idris (Alaf21)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 01:42 PM | Show all posts
Edited by mimie219027 at 13-2-2015 12:44 PM

14. Kabus Kasih by Eka Farhana (Alaf21)

Harga : RM 10
Condition : 9/10

Sinopsis :

CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.

Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.

Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.

Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?





15. Belaian Jiwa by Eka Farhana (Alaf21)

Harga : RM 15
Condition : 10/10

Sinopsis :

Indahnya cinta yang membelai jiwa takkala kau berada di sisi. Manisnya madah bila dicita tatkala kau ucapkannya. Namun, sering pula aku resah bila ada saja penghalangnya. Pedih dan sedih dihina hanya aku yang merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yang mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan untuk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yang tahu betapa parahnya aku menanggung. Maka, perlu lagikah aku merahsiakan gelodak hati ini?
Syed Danial Hafizi… di manakah harus kuletakkan harga diri ini bila Tengku Amnah mempersoalkan keikhlasan hatiku? Persoalan yang terus memburu dan mengacau damai kasih tika cinta suci kita telah kukuh tersemat di sanubari. Ah… aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini.
Zahri… kasih sayangku terhadapmu hanyalah kasih saying seorang adik terhadap abang. Aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini kerana aku belum bersedia kea rah itu. Walaupun pahit dan penuh duka, aku nekd menoktahkan hubungan ini. Maafkan aku…
Adim… sikap ambil beratmu membuatkan aku terharu. Bergetar jiwa ini bila penahan matamu menikam jantungku. Namun, bila menyedari siapa diri ini, rasa bersalah bercambah di hati.
Alisya rimas mendambakan cintanya. Antara tiga lelaki itu, yang manakah harus dia menyemai kasih? Di saat cinta bersemi, perhatian lelaki itu amat dinantikan. Lantaran, dia berasa damai menumpang teduh di bawah payung kasih yang menjadi hak mutlaknya.



16. Tiada Batasan Sayang by Norhayati Berahim (NB)

Harga : RM 17
Condition : 10/10

Sinopsis :

Sudah tidak ada air mata untuk ditansigi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia. Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai.



17. Semusim Rindu by Aleya Aneesa (Alaf21)

Harga : RM 13
Condition : 9/10

Sinopsis :

Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?



18. Gelora Jiwa by Aisya Sofea (Alaf21)

Harga : RM 13
Condition : 10/10

Sinopsis :

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?



19. Bisikan Rindu by Mimie Afinie (Alaf21)

Harga : RM 12
Condition : 9/10

Sinopsis :

Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?

Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.

Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segalanya.

Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?



20. Sedalam Cintamu by Dina Farhana (Alaf21)

Harga : RM 6
Condition : 10/10

Sinopsis :

RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik.

Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina.

Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali.

Wajarkah Rina meninggalkan Adam sedangkan lelaki itu tulus dalam cintanya?



21. Bingkisan Dari Hati by Norhayati Berahim & Anuar Kamaruddin (NB)

Harga : RM 18
Condition : 10/10

Sinopsis :

PESANAN QADIR JILANI
Hajar, seorang penulis tersohor, dilanda masalah. Kiri kanan menikam. Ada yang mengambil kesempatan. Setegas mana jiwa wanitanya, dia kadangkala kalah dengan resah jiwa. Kata nenek, dia perlukan seseorang yang jujur, yang cerdik untuk membantu. Di mana mahu dicarinya orang yang jujur tetapi cerdik itu?
Hadi, seorang lelaki yang tegas pada prinsip, ditemui dengan secara tidak sengaja. Pada mulanya tidak ada rasa antara mereka. Tetapi Tuhan telah mengaturkan sesuatu yang cantik dan molek di sebalik pertemuan itu.


TERAWIH TERAKHIR
Qushairi, seorang sahabat sejati di sisi Anwar Arasy. Sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat temannya itu terus hidup. Sesungguhnya dia tidak sanggup menghadapi sebuah kehilangan satu-satunya sahabat yang pernah susah senang dengannya. Dalam meniti hujung usianya, Anwar Arasy isikan dengan segala amalan dan kebaikan. Segala peluang dan kesempatan direbutnya. Dan sebelum tiba masanya, hanya satu yang ingin dihajatinya... menyempurnakan terawihnya hingga ke akhir...



22. Gerimis Di hati by Sharifah Abu Salem (Alaf21)

Harga : RM 10
Condition : 10/10

Sinopsis :

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.

Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?

Dengan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja, GERIMIS DI HATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan!



23. Pergilah Sepi by Fauziah Ashari (Alaf21)

Harga : RM 7
Condition : 9/10

Sinopsis :

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.



24. Cinta Marissa by Kreisya Reisya (Alaf21)

Harga : RM 7
Condition : 9/10

Sinopsis :

Marissa meninggalkan keluarganya setelah putus cinta denganRahimi. Dia berkelana membawa diri. Di sebalik kedudukan keluarganya yangbangsawan, Marissa menyamar seperti orang biasa. Dari seorang gadis lembut danpenyayang, Marissa berubah menjadi kasar, degil dan pemarah.
Perkenalannya dengan Adibah, Ishqal, Umi Nor, Iqbal danEspariza telah membuka dimensi baru dalam hidupnya. Diam-diam, Marissa jatuhhati pada Iqbal yang pendiam. Ishqal pula bertepuk sebelah tangan bila Adibahmenolak kasihnya. Umi Nor pula dimadukan oleh suaminya dengan gadis yang sebayaanak mereka. Dan Espariza pula rupanya menjadi isteri kedua Tan Sri Ahmad Shuibiaitu suami Umi Nor. Semuanya memang tak diduga!
Dalam suka ada duka. Dalam bahagia ada derita. Begitulahtragedi yang menimpa Marissa. Setelah ternoda, dia cuba menjauhkan diri. Namun,Iqbal datang menghantar pinangan. Tapi… Marissa menolak. Akhirnya, Marissaakur; “aku cintakan kau Iqbal…”



25. Kau Sayangku by Bikash Nur Idris (Alaf21)

Harga : RM 13
Condition : 10/10

Sinopsis :

ARISA NURAILIZ. Nama yang cukup indah. Apatah lagi hidupnyadikelilingi oleh insan-insan tersayang. Namun siapa sangka di sebalik sendaguraunya, ada cerita duka yang tersemat utuh di ingatannya. Tidak mungkin diamelupakan adik kembarnya, Ayana Nurailin yang telah pergi bersama cinta yangtak kesampaian. Mengapa setiap insan yang bercinta, ada saja penghalangnya?
MARINA. Dendam lama sentiasa membara. Dia tidak rela kakakkembarnya, Maliah atau anak-anak saudaranya memiliki sekelumit kebahagiaan.Baginya, Maliah pernah merampas haknya suatu ketika dahulu. Sedangkan yangpatut digelar perampas adalah dia! Dia sanggup lakukan apa saja, asalkanimpiannya tercapai untuk melihat keluarga itu musnah! Sanggupkah saudarasedarah sedaging menjadi pembunuh kerana cinta?
EDDY SHAM. Kehadiranmu menyakitkan hati dan kadangkalapenggubat hati yang sunyi. Cinta bagimu ibarat mainan di bibir. Kau bukan inginmenyintai tetapi sekadar untuk memiliki. Jika suatu hari nanti kau benar-benarsudah jatuh cinta, kau selamilah maksud itu sedalam-dalamnya. Aku harap kautemui jawapannya.

AKIF ZAMANI. Selamat tinggal Arisa Nurailiz. Walau di manapun awak berada… saya hanya mahu melihat kebahagiaan awak. Sekiranya awak bolehbahagia tanpa saya di sisi, saya akan pergi jauh. Maafkan saya, sesungguhnyahanya awak di hati ini, sayang…

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2015 12:44 PM | Show all posts
Edited by mimie219027 at 13-2-2015 10:11 PM
mimie219027 replied at 11-2-2015 01:42 PM
14. Kabus Kasih by Eka Farhana (Alaf21)

Harga : RM 10

26. Bahasa Kalbu by Muliati Abdul (NSCR)

Harga : RM 18
Condition : 9/10

Sinopsis :

Perasaan cinta anugerah Tuhan yang terindah. Bagi Zalia, hatinya tertutup untuk lelaki setelah cintanya ditolak olej Hisyam. Zalia, anak yatim piatu menumpang kasih ibu saudaranya yang menetap di San Francisco. Kehadiran Farhan yang bersikap pesimis mengundang resah di hati perempuannya. Setelah menjual syernya pada Farhan dan dengan syarat-syarat tertentu Zalia dibenarkan bekerja di Merbayu Engineering. Malangnya, kehadiran Zalia disambut dengan cacian oleh ibu saudara dan ayah Farhan. Dalam diam keletah Seera, anak angkat Farhan telah menyemarakkan kasih mereka. Tetapi pengalaman Farhan dikecewakan teman wanitanya dan ditinggalkan ibu kandung membuatkan dia tidak mempercayai wujudnya cinta. Kemunculan Hisham menagih cinta membuatkan Zalia serba salah. Kemesraan Farhan dengan Haslinda, teman baik Farhan membingungkan Zalia. Lamaran Hisham diterima bila Zalia mendapat tahu Farhan ditunangkan dengan Haslinda. Dapatkah Zalia melupakan Farhan dan Seera lantas berkahwin dengan Hisyam? Apakah tindakan Farhan dan bagaimana hubungannya dengan Haslinda?



27. Cinta? by Misya Syakira (Nylea Publishing)

Harga : RM 17
Condition : 10/10

Sinopsis :

Hidupnya seakan sepi andai tidak dapat mengusik singa betina yang bertocang satu itu. Dia suka melihat gadis itu marah. Dia suka menatap wajah malu si gadis yang merah padam. Dia bencikan singa betina yang ganas dan kasar itu tetapi dia seakan tercari-cari bila tidak bersua. Cintakah itu?



28. Buatmu Kekasih by Aisya Sofea (Alaf21)

Harga : RM 16
Condition : 10/10

Sinopsis :

“ Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna. Tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah. Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah. Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay. Dan cinta suci hanif, adalah memori terindah Intan Azureen.”

Tahun berlalu… kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. Ada jiwa yang terlupa, ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.



29. Makin Aku Cinta by Hasreeyati Ramli (Alaf21)

Harga : RM 5
Condition : 9/10

Sinopsis :

Pertemuan pertama telah membibitkan perasaan sayang Ikmal Hazrin terhadap Ira Mastura. Dia cuba memikat gadis pingitan itu. Tapi sayangnya, Ira tidak bersedia kerana Ikmal sudah bertunang dengan Anita. Bagi Ikmal pula, pertunangan ini bukan kerelaannya tapi atas desakan keluarga kerana urusan bisnes.
Tanpa diduga, Ikmal menemui disket mengenai sindiket wang palsu di pejabatnya. Mereka yang terlibat dalam jenayah ini ialah rakan-rakan sepejabatnya sendiri. Sejak itu, Ikmal menjadi buruan kumpulan samseng. Dia terpaksa ‘mencipta’ kematiannya sendiri dalam satu kemalangan jalan raya.

Ikmal terpaksa menculik Ira untuk menyelamatkannya dari menjadi mangsa kumpulan samseng tersebut. Dalam persembunyian ini, mereka mula saling mengenali perasaan dan hati budi masing-masing.



30. Mawar Cinta by Tanne Hadihaz (NSCR)

Harga : RM 8
Condition : 9/10

Sinopsis :

Lia Artika belajar di kelas malam untuk merealisasikan cita-citanya. Ika telah jatuh cinta dengan pemuda bernama Azryl Khalis. Kerana asyik dibuai rasa cinta, Ika gagal dalam peperiksaan. Ika kecewa lalu berhenti kerja dan pulang ke kampung. Tanpa diduga ayah kandungnya, Datuk Arman muncul. Ika bertekad mengubah hidupnya lalu menyambung semula pengajiannya. Kehidupannya teruji setelah ayahnya meninggal dunia dan Ika telah dihalau keluar oleh ibu tirinya. Ika terpaksa menyewa rumah tetapi malangnya teman sebiliknya yang bekerja di kelab malam sering membawa lelaki ke rumah. Atas usaha yang tidak pernah kenal erti jemu, Ika telah Berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang siswazah. Namun kini dia menghadapi dilemma kerana sering menerima bunga daripada seorang peminat misterinya. Siapakah pengirim bunga tersebut dan berjayakah Ika mengharungi rintangan yang mendatang atau dia gagal sekali lagi?



31. Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa (Alaf21)  ----- SOLD

Harga : RM 14
Condition : 10/10

Sinopsis :

EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber-gelar pe-lajar. Malangnya, ketika anak me-reka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.
Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya. Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie. Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.
Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke-putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 09:57 AM | Show all posts
Salam, saya berminat utk beli Pergilah Sepi dari Fauziah Ashari. masih ada stok ke?
Selain itu, saya nak tanya kalau awak ade buku Pelayaran Cinta dari Sarimah Ayob, kalau ada saya berminat juga nak beli walaupun awak jual pada asal dia

Hubungi saya di: 0175773143 atau hyepo.tehayam@ymail.com
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalamualaikum..saya na beli buku ria qistina karya bikash nur idris...ada lagi tak buku 2...klu ada..tolong watsap saya at 01123101427..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
assalamualaikum...sy nak beli novel cinta marissa..masih ada lg ke?? boleh email sy kalau ada d jajarius_90@yahoo.com or whatsaap di 0163481685...tq
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi.saya berminat untuk bli buku mimie afine masih ada rindu Ada lagi x bku tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh emel nurulhasimaz@gmailcom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.655323 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list